Bab 45

1.3K 63 9
                                    

Hayfa tenung Qairul dari jauh. Selepas dua hari Qairul buat keputusan untuk muat naik kenyataan berkait dengan isu Lydia di media sosial. Ini atas cadangan Daleeah, kerana Daleeah merasakan, sesi sidang akhbar itu terlalu sensitif untuk pihak Qairul dan keluarga yang terlibat. Selepas itu, Qairul memintanya menemani Qairul untuk berjumpa Linda dan Fina. Untuk berbincang tentang hal ini.

Linda dan Fina bersetuju dengan cadangan itu. Maka, Qairul memuat naik video kenyataannya di media sosial. Hayfa selaku orang luar, hanya mampu melihat Qairul membuat video untuk menjelaskan apa yang berlaku. Terasa bagai sedikit tidak berguna apabila dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menolong. Selepas membuat Qairul muat naik kenyataan di media sosial, warganet agak kecoh dengan hal itu. Masih, sebenarnya. Masih ada yang memberi komen yang menyakitkan hati. Kalau dia sebagai orang luar yang tak pernah mengenali Lydia pun, terasa hati, inikan pula Qairul dan keluarga yang terlibat.

Namun, mereka sudah menjangka semua itu. 

Dia juga cuba untuk hubungi Fina selepas Qairul memuat naik video itu, namun gagal. Risaukan suami, satu. Risaukan kawan pun satu. Haih! Setiap kali dia pergi ke kelas juga, Hayfa dapat rasakan rakan-rakan sekelas dan pelajar lain memandangnya tanpa lepas. Fina pula buat tidak tahu sahaja. Malah, dia membuat keputusan untuk mengambil gap year.

"Tenung apa?" 

Bahu Hayfa terus tersentak. Terkejut apabila Qairul membalas renungannya. Erk... kantoi! 

"Tenung abang," balasnya. Jujur sajalah. Nak menipu, buat apa? Tak dapat apa pun.

"Kenapa?" soal Qairul dengan senyuman nipis. Lelaki itu mula membetulkan duduknya. Ruang di sebelah Qairul tepuk perlahan, mengajak Hayfa untuk duduk bersamanya. Hayfa akur. Sebaik sahaja dia melabuhkan duduk, wajah Qairul direnung lagi.

"Apa yang kau fikir?" soal Qairul dengan lembut. Pipi Hayfa dia elus perlahan.

"Fikir abang okey atau tidak. Macam mana nak comfort abang. Atau apa yang Ayfa perlu buat untuk ceriakan abang." Serius, apa yang dia perlu buat? Nak ajak Qairul keluar, orang sedang memerhati. Nanti apa pula yang orang cakap. Susah juga kan apabila menjadi public figure? 

Qairul mula menyandar pada bahu sofa. Kepalanya ditongkat, senyuman malas mula terukir di bibir. Mata Qairul juga kelihatan redup. 

"Hmm, I wonder how..." Qairul tersenyum senget. "Cuba kau bagi tahu aku, apa yang kau fikir sebenarnya. Selain daripada tu."

"Ayfa rasa, Ayfa macam tak membantu sangat, kan? Macam tak dapat tolong apa-apa. Itu je. Sekarang pun, Ayfa rasa tak function sebab tak tahu nak comfort abang macam mana." Balas Hayfa dengan keluhan kecil. Qairul terus mengerutkan keningnya. Tangannya terus menekup sebelah pipi Hayfa dengan kemas. 

"Hei... kau bagi aku moral support. Kau bagi aku kekuatan, okey? Kau bagi aku semangat. You give me a warm hug. And it's like you tried to give a hug to every person that's not there," ucap Qairul dengan lembut. "You are comforting, Hayfa. You! Your smiles, your laughter, your hug and when you allow me to kiss you, that's comforting. You talk to me in comfort. You talk sense to me, is comfort. You are the definition of warmth, and that's comforting. Okay? Don't say that. You've done a lot since day one."

Hayfa terus mencebik menahan senyum. Tsk, manis pula ayat Qairul. Ini siapa comfort siapa? Matanya mengerling ke arah buku novel yang terletak di atas meja kopi. Buku yang bertajuk Milaya, berwarna merah jambu. Muka depan buku pula menayangkan dua pasangan kekasih yang sedang menikmati pemandangan matahari terbenam (atau matahari terbit) bersama tiga ekor kucing. 

Hayfa terus mencapai buku itu sambil membelek bahagian belakang. Dibaca blurb, sebelum Hayfa kembali memandang muka depan. 

"Kenapa kucing ni bayang-bayang?" soalnya pelik. Kenapa seekor kucing itu dalam bentuk bayang?

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now