Bab 29

1.2K 72 3
                                    

Hayfa berdiri di belakang wartawan-wartawan yang sedang mengambil tempat untuk duduk. Dia lebih selesa untuk berdiri di pintu dewan, memandang Qairul dari jauh. Matanya terus memandang ke arah meja panjang yang masih kosong. Suasana yang sudah mula dipenuhi suara wartawan dia abaikan. Dia hanya mahu melihat Qairul dari jauh. Qairul juga bersetuju asalkan Hayfa ada di dalam dewan conference ini.

Itu pun, Qairul bersetuju selepas dia berjanji untuk memakai pelitup muka. Tidak lama kemudian, Qairul tampil naik ke atas pentas, berdiri di sebalik meja panjang itu dengan wajah kosong. Tiba-tiba, dia rasa berdebar, gugup dan gelisah. Apabila matanya bertembung dengan sepasang mata yang kelihatan tajam itu, dia terus melambai kecil ke arah Qairul. Perlahan-lahan, mata tajam itu berubah redup. Mungkin Qairul juga merasakan perkara yang sama dengannya.

Qairul, pengurusnya dan beberapa orang lelaki yang berpakaian formal mula melabuhkan duduk di belakang meja panjang itu. Suasana yang bingit sebentar tadi mula reda, namun bunyi lensa masih bergema.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tujuan saya membuat sidang akhbar pada hari ini, menjemput anda semua ke sini adalah dengan tujuan untuk menjelaskan tentang isu yang berlaku di atas talian," mak aih, Qairul. Kenapa formal sangat atau memang perlu formal sebegini. Hayfa mula mengerutkan keningnya. Kacak sangatlah Qairul ni!

"Pada tarikh 30 Januari yang lepas, saya telah menamatkan zaman bujang saya dengan mengahwini isteri saya secara kecil-kecilan. Tujuan saya mengadakan majlis kecil-kecilan adalah kerana ia lebih baik begitu dan isteri dan sekeluarga juga mempersetujui cadangan saya itu. Namun begitu, di sini saya ingin menafikan segala tuduhan di mana kami berkahwin atas sebab yang ditulis di dalam mana-mana artikel di media sosial dan komen warganet seperti; menutup kehamilan sebelum nikah. Perkara ini amatlah mengguris hati saya dan isteri sekaligus mencalar imej dan maruah kami berdua." Matan Hayfa mula berair. Ya, komen-komen warganet tentang itu amat menyakitkan hatinya.

"Keduanya, saya juga ingin menafikan tentang kerosotan prestasi saya dalam setiap perlawanan bukanlah kerana tekanan daripada isteri atau kerana terlalu hanyut dalam cinta. Akan tetapi, saya sangatlah ingin menegaskan, faktor utama saya bersara adalah kerana faktor usia. Saya dah 30 tahun, semua. Saya pun dah penat, dan saya mahu luangkan masa bersama keluarga saya. Dah tua ni, tak dapat fokus manalah ya," ada beberapa orang wartawan yang tertawa sopan mendengar kata-kata Qairul. Mungkin kerana nada Qairul yang kedengaran bersahaja itu.

"Tujuan saya tidak pernah memuat naik gambar di media sosial adalah kerana saya telah memadam Instagram milik saya. Tapi, saya percaya ada beberapa gambar yang di muat naik di Instagram Daleeah Qaireen, adik saya. Itu sudah mencukupi untuk memaklumkan kepada umum bahawa saya sudah berkahwin."

Hayfa mula mengangguk perlahan. Ya, betul tu! Cukuplah gambar di Instagram Daleeah! Bukan sekeling Daleeah muat naik. Dia pula belum ada kesempatan untuk memuat naik gambar dek kesibukan menyiapkan tugasan dan proposal. Lagipun, Instagram dia dah bersawang.

"Jadi, saya berharap kenyataan saya jelas dan tiada lagi komen dari warganet yang mengguriskan hati kami berdua," Qairul helakan nafas dalam sebelum mengukir senyuman nipis. "Saya juga berharap warganet sekalian, pihak media dan orang awam untuk menghormati privasi saya dan isteri."

Jeda. Hanya lensa yang berbunyi memenuhi ruang.

"Ada soalan?"

Barulah wartawan-wartawan mengangkat tangan sambil memanggil nama Qairul. Whoa... ini ke dunia Qairul sebelum ini. Kalau Hayfa pun, Hayfa pening.

"Qairul, boleh bagi tahu macam mana Qairul berjumpa dengan isteri?"

"Oh, kami arranged marriage tapi first met depan pagar rumah. Dia jatuh tergolek macam bidadari."

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now