Bilik tidur ini terasa sejuk dan sunyi tanpa si dia. Tiada senyuman, tiada gelak tawa dan suara yang memanggilnya manja. Tiada pelukan hangat yang memeluk tubuhnya. Tiada kucupan dan tiada ucapan tahniah atau 'good work today' yang menyapa telinganya. Jarinya mula menekan suis lampu untuk menerangi bilik ini.
Semuanya terasa bagai mimpi. Dari saat dia menapak ke tanah air, sehingga ke hospital, kemudian, mengurus pengembumiannya... semuanya bagai mimpi. Matanya teralih untuk memandang sekeliling ruang. Dia bagai boleh melihat, saat-saat terakhir Lydia di dalam bilik ini.
Lydia yang sedang berbual dengannya di balkoni. Lydia yang tersenyum. Lydia yang tergelak. Dan Lydia matikan panggilan itu lalu bergerak ke arah katil. Ketika itu, pasti pagi di sini dan malam di London.
Lydia pasti bergerak ke bawah untuk membantu mama, dan pergi ke kerja. Kerja pertama di pejabat guaman sebagai pembancuh kopi. Selepas maghrib, dia akan ke 7-Eleven pula untuk kerja kedua. Di hujung minggu, dia akan kerja di hotel sebagai pelayan di kafe hotel. Habis kerja, dia ke 7-Eleven lagi. Segala gaji yang dia dapat, 100 peratus untuk membayar hutang. Ya Allah... sungguh dia tidak tahu menahu tentang hutang itu.
Padahal, dia mampu untuk membayar hutang-hutang tersebut, tunai! Jadi, kenapa Lydia tidak bergantung harap kepadanya?
Matanya mula terhala ke arah meja studi. Di situ, Lydia akan membuat kajian untuk menyambung pengajiannya. Dia sentiasa mahu menjadi pendidik.
Mungkin dia terlalu penat dengan tekanan hidup, dia mula bergerak dan bertindak drastik. Mata Qairul tertacap pada kipas siling yang tidak bergerak. Ada kerusi terjatuh di tengah-tengah ruang bilik. Semuanya masih sedia kala. Tiada siapa menyentuh bilik ini. Bahkan, dia juga dilarang untuk masuk ke sini. Tapi, ini bilik mereka.
Matanya mula berkaca. Dia boleh bayangkan Lydia di situ. Suara Lydia yang tersekat saat dia menendang kerusi dan tergantung di situ. Dia boleh bayangkan, betapa sakitnya jasad wanita itu. Betapa sakitnya dan terseksanya dia.
Kakinya mula bergerak ke meja studi. Tangannya mula menyentuh sebuah kotak yang berbalut dengan pembungkus hadiah berwarna biru cair. Ada nota ringkas yang terlekat pada kotak tersebut.
I'm so proud of you. Thinking of you makes me feel so happy.
If only I was born into a perfect family like yours,
Maybe it would be less embarrassing.
But, I don't regret it. Because I was born into that family,
I was able to meet you, sayang. I love you. And I love you always.
Can't wait to meet you soon. Ah, I miss you. I hope you love this present, sayang!
Dengan terketar-ketar, tangannya membuka bungkusan hadiah itu. Mata mula terasa panas. Qairul mula tersedu apabila matanya membaca nama kedai yang tertulis pada kotak tersebut.
Dia tunggu aku balik.
"Angah?" suara lembut Daleeah masuk ke dalam koklea telinganya. Namun, dia kaku di situ. Tidak dapat bergerak. Matanya mula kabur, tidak dapat membaca dengan jelas lagi. Apabila dia rasa tangan kecil Daleeah menyentuh belakangnya, tangisannya pecah.
"It's not your fault, angah." Bisik Daleeah sambil memeluk tubuhnya dari belakang.
"It's not your fault."
Dia jujut nafasnya dalam. Bawah bibirnya digigit kuat.
"Semua salah angah. Angah punca Leah sakit, dan angah punca Lydia sakit. Semua salah angah. Angah salah." Getusnya.
"Angah..." Daleeah memperkemaskan pelukannya.
"Angah salah. I made you suffer, to the point you have eating disorder. And now, Lyd. It was my fault. It was my fault!" Qairul mula teresak sendiri. Lututnya mula terasa longlai, membuatkan dia jatuh terduduk.
YOU ARE READING
Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)
Romance⚠️: Banyak typo. Sorry tau. Qairul Darween dipinang seorang gadis berusia 22 tahun, membuatkan dia hanya mampu tercengang. Dia cuba untuk memberi alasan di mana pinangan itu tidak munasabah, namun Puan Diana sudah tekad untuk menerima pinangan terse...