Bab 28

1.3K 74 1
                                    


Rasa suam di sisi kepala ini buatkan Qairul tidak tahu mahu pandang ke mana. Kalau pandang ke kanan, dia akan nampak wajah Hayfa yang terlalu dekat. Kalau pandang ke kiri, dia nampak cermin yang memantulkan wajah Hayfa yang sedang kelihatan risau itu. Kalau pandang depan, dia rasa janggal. Kalau tunduk, dia rasa semakin berdebar. Ugh...

"Fa... aku rasa, aku boleh buat sendiri." Gumamnya sambil menolak tangan Hayfa. Tapi, isterinya mengeraskan tangan itu terus menuam kepala Qairul yang sudah benjol itu.

"Abang sakit lagi?" Soal Hayfa lembut. Qairul mula meneguk liurnya. Dia tak rasa sakit, tapi dia risau Hayfa yang dapat sakit nanti. Jantung dia sudah buat konsert rock! Berdebar!

"Tak. Dah hilang." Balasnya perlahan. Lebih kepada diri sendiri.

"Betul abang tak nak ke hospital?"

Qairul menggeleng. Hayfa akhirnya mengeluh sendiri sambil menurunkan tangan yang menuam benjol Qairul itu. Pandangan sayu diberikan kepada Qairul. Rasa bersalah semakin menggunung. Macam manalah raket boleh terlucut daripada tangannya. Habis calar wajah tampan Qairul. Sudah dapat satu benjol di sisi kepala Qairul. Kalau Qairul tak elak tadi, mesti kemek hidung mancung Qairul itu. 

"Hayfa."

"Hmm?"

Mata mereka kini saling bertaut. Matanya bergerak untuk turun memandang bibir Hayfa yang mencebik itu. Qairul mula mengetap rahangnya sebelum kembali memandang mata Hayfa.

"Dekat sangat. Tepi sikit." 

Hayfa terkesima. Hah? Apa Qairul cakap? Dia suruh Hayfa ketepi? Perlahan-lahan, tubuh Hayfa bergerak ke belakang. Mata mereka masih bersambung sebelum Qairul alihkan matanya untuk memandang ke hadapan. Keningnya mula bertaut.

"Sorry." Tutur Hayfa perlahan. Qairul menggeleng perlahan. Suasana di ruang tamu mula terasa tegang. Qairul mula mengibas bajunya sendiri. Panaskah? Hayfa mula menunduk sendiri. Jari jemarinya mula bermain dengan kain tuam. 

"Abang betul-betul okey? Semalam abang mimpi ngeri, petang ni terkena raket pula... kalau abang rasa tak okey, Ayfa minta maaf." Tuturnya perlahan. 

"Tadi dah minta maaf. Kau bukan sengaja, kan?" Balas Qairul dengan lembut. Hayfa tetap menunduk. Kalau diikutkan hatinya... dia nak bertanya, siapa Lyd tu? Tapi, lidahnya terasa berat. Dan dia dapat rasakan, soalan itu akan membawa mereka berdua kepada pergaduhan. Dia tak mahu bergaduh. Dia belum bersedia untuk bergaduh dan dia tak mahu bergaduh kerana wanita lain. Dia tak mahu bergaduh kerana rasa cemburu.

"Hei... cuba pandang aku." 

Perlahan-lahan Hayfa memanggung kepalanya untuk memandang anak mata Qairul. Senyuman malas yang Qairul ukir itu buatkan pipinya terasa panas. Ada benjol pun kacak. 

"Don't you find it funny? We discover one of your weaknesses today," Qairul mula tergelak sendiri. Apa yang kelakar pun dia tak tahu. "Kau tak pandai main badminton dan kau kahwin dengan bekas pemain badminton negara. Tak rasa kelakar ke?"

Hayfa mencebik. Yalah, dia memang tak pandai, tapi dia suka tengok Qairul dalam setiap perlawanan Qairul sebelum ini. Nampak bergaya, okey!

"And don't you think that's one of the ways for us to know each other? To see what are our strengths, our weaknesses, our likes and our dislikes. We're going to perceive each other more and more soon. And today, I managed to know one thing about you. So, don't feel sorry about it."

"Tapi, kepala abang dah benjol. Jadi, tak ada apa yang lawak sekarang." Balas Hayfa dengan rasa bersalah. Qairul mula tersengih sendiri. Pipi Hayfa dicubit perlahan. 

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now