Qairul mencelik matanya apabila mendengar sahutan azan berkumandang. Yang pasti, itu azan daripada aplikasi di dalam telefon. Sebelah tangannya mula memisat mata dan sebelah lagi terasa kebas. Kenapa tangan dia kebas?
Qairul cuba untuk menggerakkan tangannya, tetapi gagal. Dia mula berpaling untuk memandang apa yang menindih lengannya, namun apabila matanya terpandang rambut panjang di sebelah, dia terus menolak tubuhnya yang menindih lengannya itu kuat. Astagfirullah! Ini kali pertama dia nampak cik P!
"Ugh!" suara halus yang menyapa telinganya itu buatkan bulu romannya menegak. Cepat-cepat dia melompat turun dari katil untuk mencapai Al-Quran di rak bukunya. Terkocoh-kocoh dia menyelak kita suci itu dengan dada yang berdebar.
Matanya mula menangkap susuk berambut panjang itu bergerak.
"Ughhh..." jantungnya semakin berdebar, lebih-lebih lagi apabila susuk itu mula berdiri. Rambut panjang separas punggung itu benar-benar panjang. Tapi, kenapa seluar kuning? Sudahlah kuning, gambar itik pula tu.
"Sakit..." lirih makhluk itu. Qairul mula membaca ayat Kursi dengan kuat. Apabila susuk itu berpaling ke arahnya, Qairul dapat rasakan darahnya kering. Ya Allah! Tak ada muka! Rambut je depan-belakang!
Qairul terus memecut untuk keluar dari bilik. Dia terus melangkah ke bilik Qais. Dia tahu, Qais menghafal ayat Ruqyah! Dia pun hafal, tapi otaknya sudah tidak dapat berfungsi.
Pintu bilik Qais diketuk berkali-kali.
"Achik! Achik, tolong aku!" Sempat dia mengerling ke arah pintu biliknya yang bertentangan dengan pintu bilik Qais.
Apabila pintu bilik Qais dibuka dari dalam, dia terus memeluk lengan adiknya itu.
"Kau kenapa, ngah? Okey tak?" soal Qais dengan kening yang bertaut. Dia baru saja nak mendirikan solat subuh, tapi terganggu apabila Qairul mengetuk pintu biliknya.
"Ada... ada..." Qairul mula menelan liurnya kesat.
"Ada apa?"
"Ada cik P dalam bilik aku! Rambut dia panjang, chik! Panjang! Dia tak ada muka! Depan belakang rambut je!" Ucapnya cuak. Dia sudah rasa macam nak pitam. Qais terus mengeras. Ada hantu dalam rumah mereka? Macam mustahil sebab mereka sudah pagar rumah mereka sejak dulu. Tapi, boleh jadi juga bilik Qairul itu ada yang 'menumpang' kerana Qairul dan Daleeah jarang ada di rumah.
"Kejap, aku tengok. Suruh Hayfa pakai tudung dulu," getusnya sambil menyising lengan bajunya. Nak kena dengan dia ni... Eh?
Dia mula mengerling ke arah Qairul yang masih pucat lesi itu. Bukan setakat pucat, tapi berpeluh dingin!
"Kau pasti ke tu cik P? Bukan bini kau?" soalnya dengan nada mendatar. Qairul yang masih ketakutan mula memandang Qais dengan kening yang bertaut.
"Bi–bini?"
Jeda.
"Angah..." keluh Qais sambil meloloskan lengannya dari pegangan Qairul. "Aku rasa tu isteri kau, Nurul Hayfa Natasha? Yang kau baru nikah semalam?"
Qairul mula diam. Isteri...
"Aku tahulah kau mamai, tapi aku yakin tu isteri kau."
"Ta–tapi, rambut dia, chik! Tak ada muka!"
"Mungkin rambut dia panjang sangat sampai rambut ke depan, macam Leah. Leah dulu, kalau tidur pun macam hantu. Cuba kau tengok balik, ada kaki tak?"
Qairul diam lagi. Dia mula mengelap peluh yang meniti di dahinya.
"Dia pakai seluar itik. Warna kuning." Getusnya perlahan. Qais mula tersenyum nipis. Alahai, angah... mamai sampai macam ni sekali. Nasib kaulah, Hayfa. Suami sendiri ingat kau hantu!
YOU ARE READING
Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)
Romance⚠️: Banyak typo. Sorry tau. Qairul Darween dipinang seorang gadis berusia 22 tahun, membuatkan dia hanya mampu tercengang. Dia cuba untuk memberi alasan di mana pinangan itu tidak munasabah, namun Puan Diana sudah tekad untuk menerima pinangan terse...