Bab 12

1.5K 95 8
                                    

Usai mandi, Hayfa turun ke bawah dengan tujuan untuk mencari Qairul yang hilang. Apabila dia menapak pada tangga paling bawah, langkahnya terhenti apabila mendengar omelan Daleeah. Dia mula mengintai dari sebalik dinding, dan matanya terpandang wajah Qairul yang meletuskan tawa besar itu.

Bibirnya turut tersenyum melihat suaminya itu. Nampak gembira dan berbeza.

"Angah ni dah kahwin pun makin sewel, kan? Leah mengadu pada Ayfa kang!" Ugut si adik dengan muka yang berkerut. Qairul tergelak lagi, tapi entah mengapa, tawanya kedengaran sumbang di telinga Hayfa.

"Kak Ngah! Leah kena panggil dia kak ngah. Bukan Ayfa." Balas Qairul sambil menguak rambutnya ke belakang. Daleeah menggulingkan matanya ke atas sebelum mencebik.

"Dah kenapa angah kat bawah ni? Pergilah naik! Tinggalkan isteri sorang-sorang dekat atas, kenapa?" Soal Daleeah pelik. Dulu, semasa dia dan Haiyan kahwin, memang Haiyan tak bagi dia turun. Nak berkepit sahaja berdua di bilik. Angah sebaliknya, tinggalkan isteri yang cantik itu sendiri di bilik.

"Dia mandi. Angah bosanlah, sebab tu angah turun." Balas Qairul selamba sebelum mengalihkan pandangannya ke arah tangga. Rasa seperti diperhati. Apabila matanya bertemu dengan mata bundar itu, senyumannya kendur.

Dia mula menegakkan tubuhnya sambil berdehem beberapa kali. Rasa gugup apabila diperhati oleh Hayfa. Dia mula berdehem beberapa kali untuk menghilangkan gugup.

"Mehlah. Duduk sini." Katanya kepada Hayfa sambil menepuk sofa dengan lembut. Hayfa yang terkantoi, hanya tayang sengih sebelum melangkah ke arah Qairul dan Daleeah dengan agak janggal.

Qairul hanya merenung pipi yang merah itu dengan debaran di dada. Sebaik sahaja Hayfa melabuhkan duduk di sebelahnya, dia dapat hidu haruman yang melekat pada tubuh isterinya itu. Kening mula bertaut rapat.

Bau macam... matahari.

Tanpa dia sedari, dia dekatkan hidungnya dengan bahu Hayfa untuk menghidu wangian itu.

"Eee, tak senonohlah angah! Main hidu-hidu depan kita! Ingat kita orang tak boleh buat ke?" Getus Daleeah dengan muka menahan jijik. Ber PDA pula depan dia!

Hayfa pula terus membatu. Tadi, dia yang galak menyakat Qairul. Sekarang, apabila Qairul yang mendekat, dia pula kejung!

"Tak... bau Hayfa macam matahari." Gumamnya sambil menyandarkan tubuhnya pada dada sofa.

"Matahari?" soal Hayfa dan Daleeah serentak.

"Ha'ah. Matahari. Tak akan kau orang tak pernah bau?" Soalnya pula. Apabila dia melihat kepala Hayfa dan Daleeah menggeleng perlahan, dia mula kerutkan kening.

"Matahari mana ada bau, ngah!" Bidas Daleeah pula. Hayfa pula sudah mula menghidu diri sendiri. Dia bau macam matahari? Yang bukan-bukan sajalah si Qairul ni.

"Ni... bau baju lepas jemur bawah matahari? Haa, bau mataharilah tu." Ujar Qairul dengan serius.

"Ohhh... lah, cakaplah bau fresh linen! Ini bau matahari, mana lah orang faham. Buat orang pening adalah!" Getus Daleeah dengan tawa sinis di hujung kata. Hayfa pula terus koyak senyum.

"Entah, abang ni. Pening otak Ayfa nak fikir apalah maksud abang." Getus Hayfa pula. Qairul hanya mencebik. 

"Leah tertanya-tanya, macam manalah Ayfa boleh jatuh cinta dengan angah? Dia ni, kalau Ayfa nak tahu, manusia paling tak senonoh dalam dunia ni. Suka buat perangai tak semenggah!" Kata Daleeah dengan mimik muka jijik. Hayfa yang mendengar hanya mampu tersenyum.

"Kenapa? Abang buat apa?" soal Hayfa pula.

"Dia kesat tahi hidung dia dekat baju Leah! Dia tolak Leah dalam kolam ikan dekat belakang tu. Dia arm-lock kepala Leah, dia tendang Leah! Tadi, dia kentut betul-betul depan muka Leah!" Adu Daleeah dengan penuh perasaan. Sempat dia menjeling tajam kepada Qairul yang masih merenung isterinya sendiri!

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now