Desas-desus kepulangan jejaka kebanggaan seluruh kampung sampai juga ke cuping telinga Arissa.
Di kedai runcit, disurau dimana mana sahaja tak lekang dengan berita sensasi itu. Arissa muak. Tak henti henti pujian diberikan.
Setakat ini dia hanya dengar gosip sahaja belum bertemu secara empat mata. Kalau boleh Arissa tidak sudi untuk menatap wajah yang dibencinya itu.
Arissa yang sedang menyusun barang runcit di atas rak terdengar riuh Makcik Makcik bawang bersembang lagi pasal Iskandar bekenan nak jadikan menantu katanya. Isyyyyy tak habis-habis. Geram hatinya.
"Ibu Rissa masih tak sihat ke?"
Pertanyaan Ummi Habibah pemilik kedai mengejukan dia yang sedang menggumam sendirian.
"Belum lagi ummi, nanti Ibu sihat Ibu datang "
"Ishhh tak apalah ummi tanya sebab risaukan Ibu Rissa kat rumah sorang-sorang, ini Rissa ada kat sini bantu ummi tak penat ke kan baru balik sekolah?"
"Rissa okay je Ummi , Rissa tak nak susahkan Ibu,bagi Ibu rehat secukupnya kesian Ibu ..."
Ummi Habibah geleng kepala sambil mengusap bahu Arissa. Kasihan pada anak ini. Dari usia muda sudah mengerah keringat mencari rezeki membantu ibunya.
"Iyelah tapi jangan sampai abaikan pelajaran ya....Rissa nak STPM kan tak lama lagi?"
Arissa mengangguk sahaja mengiyakan nasihat ummi Habibah. Selepas menghulurkan senyuman Arissa menyambung semula kerja-kerjanya tadi.
Dia abaikan sahaja perbualan Makcik Makcik bawang yang sibuk menjaja cerita sensasi terbaru di kampung mereka walaupon ingin sekali menyampuk meluahkan rasa menyampah dengan pujian yang tidak selayaknya buat insan yang disebut-sebut terpuji di kampung. Kebanggaan kampung kononnya.
Hakikatnya hanya dia yang tahu tentang perbuatan keji yang tidak akan dapat dia maafkan sampai bila-bila. Tidak akan sesekali dia mengakui "kealiman" lelaki yang disanjung-sanjung orang kampung. Tidak akan!
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
"Assalamualaikum Ibu"
Arissa terkocoh-kocoh membuka pintu. Dari sejak dia habis kerja tadi hati sangat merisaukan Ibu.
"Waalaikumussalam"
Jawapan lemah dari Ibu membuatkan Arissa melangkah laju menuju bilik ibunya. Kelihatan Ibu sedang bersusah-payah bangun dari katil. Sudah seminggu Ibu demam.
"Ibu dah makan?"
Lemah ibunya mengangguk. Arissa menarik senyuman. Lega hatinya. Ibu sudah berselera sedikit untuk makan.
"Ubat?" Tanya Arissa lagi.
Ibunya mengangguk juga.
"Ibu tahulah tak payah risau....Ibu Pon nak cepat sihat mestilah Ibu kena makan kan? Membebel dah macam doktor pulak anak Ibu ni "
Arissa ketawa kecil. Riak suara Ibu seakan memerlinya yang suka membebel bila Ibu tidak makan dan mengambil ubat.
"Rissa sayang Ibu sebab itu Rissa nak Ibu sihat,tak nak tengok Ibu sakit"
"Jangan risau lah Ibu demam sikit je ni,lagi dua tiga hari baiklah ni"
Ujar ibunya terbatuk-batuk kecil. Arissa buat muka tak puas hati.
"Sikit apa?tengok tu siap batuk lagi" Arissa mengomel lagi.
Ibu turut tergelak kecil melihat gelagat anak gadisnya yang kuat membebel.
"Tadi abang Is datang jenguk Ibu, dia ada bawakan makanan sikit nanti Rissa makan ya...tak payah masak"
Arissa yang baru melangkah melepasi pintu bilik ibunya jeda seketika. Riak menyampah terbentuk tanpa dipaksa.
Selama ini tak pernah kisah pasal keluarga ini,kenapa baru sekarang?Arissa diam membisu sehingga tiba dibiliknya terus menghempas tubuh ke atas katil bersama helaan berat. Kenapa perlu dia kembali ke sini?Tak payah balik terus pon tak apa. Menyakitkan jiwa raga saja.
YOU ARE READING
Gerimis
RomanceDia yang pernah menyakiti, dia kembali. Insan yang dipuji puji tapi hati Arissa tidak mampu mengakui kebaikan si jejaka.. kerana satu peristiwa yang telah menggelapkan dunia remajanya ..meragut seluruh jiwa dan kepercayaannya.. ya lelaki itulah ..le...