Sorakan keriangan pelajar-pelajar yang baru selesai menduduki STPM disambut dengan ketawa senang Arissa. Setelah bersusah payah selama dia tahun dia kini tidak lagi bergelar budak sekolah.
Belum sempat kaki melangkah keluar dari kawasan sekolah sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapannya. Siap hon lagi. Tertoleh-toleh pelajar perempuan bila ternampak gerangan pemilik kereta.
Arissa naik segan bila kereta masih tidak berganjak dari situ. Cermin diturunkan bila Arissa seakan mahu bergerak terus tanpa mempedulikan pemandu di dalam kereta.
"Arissa jom saya hantar awak balik"
Arissa melemparkan senyuman tanda hormat kepada Cikgu Nazeem yang sudah bergelar bekas guru. Setahunya tempoh perkhidmatan sementara Cikgu Nazeem telah berakhir minggu lepas. Tertanya jugak dia kenapa Cikgu Nazeem masih lagi disini.
"Tak apalah cikgu saya naik bas" Tolak Arissa sopan.
""Naiklah saya tumpangkan sebab saya nak pergi rumah kawan dekat rumah awak tu kebetulan satu jalan"
Arissa sudah rasa tidak selesa. Nasib baik dia nampak kelibat Nurul. Terus di kelui nama kawannya itu.
" Saya ajak Nurul sekali ya cikgu"
Nak elak pon tidak boleh tak sopan pulak tapi boleh tukar plan kan? Boleh elak fitnah kalau berteman.
Nurul sudah terpinga-pinga. Ditarik Arissa rapat dengannya. Cikgu Nazeem angguk. Tidak berlengah mereka berdua memboloskan diri ke tempat duduk belakang. Nurul angkat kening sambil buat muka tanda tidak faham. Tiba-tiba saja kena heret masuk dalam kereta.
Arissa buat isyarat bibir suruh Nurul duduk diam-diam. Tersengih Nurul melihat Arissa yang kalut. Tahu dah si Arissa kurang selesa kalau berdua dengan lelaki.
"Apa plan awak berdua lepas habis exam ni?"
Soal Cikgu Nazeem sebaik kereta mula bergerak.
Nurul buat rolling eyes. Dia rasa soalan sebenar yang cikgu Nazeem nak tanya bukan pada dirinya tapi lebih kepada Arissa.
"Arissa nak kahwin cikgu"
Nurul jawab bagi pihak Arissa sengaja mengusik Cikgu Nazeem. Nak tengok reaksi cikgu Nazeem jeles ke tak?
Terlahir riak kecewa di wajah guru muda itu. Sementara Nurul sudah dicubit Arissa. Buat malu saja.
"Alah saya gurau je cikgu, Arissa ni masih single and available kalau cikgu nak masuk meminang terus tak payah nak bercinta bagai ..."
Tambah Nurul lagi. Ha ambik kau Arissa siapa suruh kau cubit aku?Nurul tergelak jahat walaupon bunyi tidak lah kuat sebab mulut sudah ditekup dulu sebelum terletus ketawa sumbangnya.
Merah padam muka Arissa menahan malu. Terbit satu senyuman lega di wajah cikgu Nazeem. Ingat dah melepas tadi. Terkejut beruk dengar Arissa nak kahwin.
"Arissa nak sambung belajar kat mana nanti?"
Cikgu Nazeem tukar topik bila dia tengok Arissa segan diusik Nurul.
"Errr...mana-mana je cikgu" sepatah ditanya sepatah dijawab. Itulah Arissa yang dia kenal. Memang nampak sangat spesis puteri salju.
Jawab pon tak dipandang muka cikgunya . Tunduk saja dari tadi. Tapi merahnya muka Arissa kala itu melahirkan rasa indah dihati cikgu Nazeem. Manis sangat!
"Saya doakan awak berdua berjaya dunia akhirat"
Cikgu Nazeem bersuara setelah agak lama keadaan sunyi. Nurul yang sejak tadi membuang pandang ke luar angkat tangan mengaminkan doa gurunya. Doa cikgu kan berkat!
"Saya pulak doakan cikgu berjaya dengan misi cikgu and bahagia till jannah"
Nurul ucapkan dengan riak wajah nakal. Disambut senyuman penuh makna dari cikgu Nazeem. Arissa macam biasa buat-buat tak faham.
Tidak boleh mengelak hari itu Cikgu Nazeem menghantar Arissa hingga depan pintu rumah.
"Nanti saya datang lawat awak Arissa"
Pesanan penaja dari cikgu Nazeem sebelum bergerak meninggalkan kawasan rumahnya kedengaran pelik.
Arissa sudah tidak terkata. Aneh bila cikgu Nazeem kata nak melawat dirinya. Tapi Arissa angguk tidak geleng pon tidak cuma hatinya berharap janganlah cikgu Nazeem kotakan kata-katanya. Dia kurang selesa!
YOU ARE READING
Gerimis
RomanceDia yang pernah menyakiti, dia kembali. Insan yang dipuji puji tapi hati Arissa tidak mampu mengakui kebaikan si jejaka.. kerana satu peristiwa yang telah menggelapkan dunia remajanya ..meragut seluruh jiwa dan kepercayaannya.. ya lelaki itulah ..le...