Bab 2

1 0 0
                                    

Dalam pada Ibu tidak sihat itu masih diajaknya Arissa ke surau kampung. Ikutkan hati malas Arissa nak ke surau kebelakangan ini. Takut terserempak dengan wajah yang tak ingin ditatapnya.

Dengar kata sejak balik dari oversea kerap jugak orang tu berjemaah di surau.
Kadangkala disuruh pulak jadi Imam.

Tapi dek kerana risaukan Ibu yang sendirian Arissa gagahkan diri temankan Ibu ke surau.

Usai solat berjemaah Arissa tergesa-gesa kemaskan telekung. Kepala dijengulkan sedikit ke ruangan solat lelaki. Nampaknya tidak nampak kelibat orang tu. Lega!

Ibu sudah naik hairan dengan gelagat anak gadisnya yang terjenguk-jenguk seolah-olah mencari sesuatu.

"Kenapa tu Rissa?"

Arissa geleng kepala.

"Jom kita balik Ibu ..Rissa lapar"

Ibu menilik wajah Arissa seketika sebelum mengangguk. Pelik dengan sikap anak gadis yang berlainan sejak akhir-akhir ini. Setelah menyapa jemaah wanita lain serta bersalam-salaman mereka berjalan berdua pulang ke rumah.

Arissa yang sedang memimpin tangan ibunya terasa seperti ada sebuah kereta mengekori dengan perlahan di belakang mereka. Arissa biarkan sahaja. Selagi tidak nampak tanda-tanda macam orang jahat dia malas nak layan.

Sehinggalah mereka tiba dirumah dengan selamat kereta yang mengikut dibelakang tadi pon sudah menghilang.Arissa terus ke dapur menghidangkan makan malam. Dia hanya memandang sepi makanan yang kononnya dihantar oleh seseorang itu. Dia tidak sudi hendak menjamah.

Ibu pulak sudah masuk beradu. Penat katanya. Arissa makan nasi berlaukkan ikan kering dan telur masak kicap yang dia sempat masak sebelum ke surau tadi.
Ini pon rezeki jugak kan? Dari kena jamah nasi ayam orang tu bagi dia rela tak makan.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Iskandar menghela nafas berat setelah tubuh selamat mendarat di atas katil empuk. Baru nak berangan pintu bilik sudah diketuk bertalu-talu. Malasnya nak bangun.

"Is tak makan ke? kak Ijah masak banyak tu"

Mama terus bertanya bila pintu bilik dibuka luas. Iskandar menguap besar.

"Ala Ma minta maaf sangat-sangat tadi keluar jumpa kawan-kawan Is dah makan dengan diaorang"

"Pulak dah penat kak Ijah masak tak makan pulak..."

Rungut Mama tidak puas hati.

"Ala Ma simpan lah lauk-lauk tu esok panaskan Is makan ya ....mata dah ngantuk sangat ni Ma"

Mama masih tidak berganjak dari muka pintu biliknya. Ada apa lagi ni? Malas pulak Iskandar nak layan soal selidik Mama setiap kali dia keluar.

"Hurmmmm... Is ni sejak balik dari oversea mama tengok asyik melepak je ..bila nak pergi tolong kak Isya dengan ayah kat pejabat tu?"

Iskandar garu kepala. Ini yang lemah ni..kalau boleh dia memang nak elak kerja dengan keluarga sendiri.

"Mana ada melepak Ma ..kan Is selalu pergi surau, tengok-tengokkan apa yang boleh dibantu ..."

"Humphhhh....iyelah tapi ingat ya kakak kamu tu tak daya sorang sorang nak handle semua..nak nak pulak sekarang ni dia dah kahwin mana nak urus kerja lagi rumahtangga lagi..kesian dia Is"

"Yes Ma..Is tahulah tapi buat masa ni bagi masa Is rehatkan otak dulu Ma...."

Mama mengeluh sedikit mendengar jawapan yang kurang menyenangkan hati. Iskandar tersengih tidak bersalah.

"Mama tidur dululah ...ngantuk"

Lega Iskandar bila Mama minta diri. Sekarang dia memang tidak ada mood nak fikir pasal kerja. Ada misi yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Dulu lama jugak dia kerja dekat oversea lepas habis study tapi Mama panggil balik Malaysia.

Terpaksa dia lepaskan career di sana. Balik kampung tanam jagung! Ini bukan tanam jagung tapi tanam anggur.
Manalah Mama tak bising kan?

Gerimis Where stories live. Discover now