Suasana canggung dalam kereta. Arissa kerisauan sepanjang jalan. Walaupon sebenarnya perjalanan ambik masa lima belas minit sahaja dari sekolah ke rumahnya. Rasa macam sudah berjam-jam pulak.
Dia risau ada orang kampung ternampak dia tumpang kereta lelaki. Tak pasal-pasal kena gosip nanti.
"Kenapa Arissa diam je?Tak selesa?"
"Memang tak selesa,sangat tak selesa" Jawab Arissa dalam hati.
Jari memintal tali beg sandang atas pahanya. Dia takut nak angkat muka. Dia tidak biasa berduaan dengan lelaki tambahan pulak disebelahnya ini adalah gurunya Cikgu Nazeem yang hot dikalangan pelajar-pelajar perempuan dan guru-guru perempuan single di sekolah.
"Arissa jangan risau saya bukan lelaki hidung belang,jauh sekali lelaki buaya darat yang suka ambil kesempatan"
Errrk! Apa motif Cikgu Nazeem ni? Lain macam ayat. Perlu ke cakap macam tu dengan anak murid? Macam pelik sangat. Arissa membisu sahaja, membuang pandangan ke luar tingkap kereta sehinggalah sampai disimpang jalan masuk ke kampung.
"Cikgu stop sini saya turun kat sini dan terima kasih sebab tumpangkan saya"
"Eh rumah awak belum sampai kan?"
Ah sudah lokasi rumah Arissa pon cikgu Nazeem tahu. Sesuatu betul cikgunya ini.
"Tak pa cikgu saya turun sini rumah saya depan tu je"
Wajah Arissa yang sudah lain macam dapat dibaca cikgu Nazeem. Dia berhentikan kereta seperti yang dipinta anak muridnya.
Cepat-cepat Arissa buka pintu setelah mengucap salam tanda hormat kepada cikgu Nazeem. Berlari anak dia ke rumahnya tanpa menoleh lagi. Cikgu Nazeem mengeluh berat. Susahnya nak dekat dengan awak Arissa!
Kereta menderum laju meninggalkan kawasan itu berbanding tadi kelajuan setaraf kura-kura. Sengaja melambatkan perjalanan untuk berlama dengan Arissa.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Iskandar termenung di gazebo dengan wajah murung. Masih terbayang Arissa yang turun dari kereta seorang lelaki muda kacak bergaya. Siapa? Takkan Arissa sudah ada teman lelaki?Arissa kan masih sekolah.
Tapi Arissa itu bukan budak budak lagi. Budak sekolah yang sudah menginjak usia 19 tahun. Sudah boleh kahwin. Tak takkanlah?Arissa yang dia kenal memang tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki.
Cemburu pulak dia tengok lelaki tadi yang tersenyum penuh makna melihat Arissa kelibat Arissa berlari anak ke rumahnya. Dia boleh baca gaya senyuman lelaki itu. Sebagai lelaki dia faham sangat.
Tidak boleh tidak dia kena selidik siapa lelaki yang hantar Arissa balik. Sudah hampir dua bulan dia balik dari UK Arissa lansung tidak sudi bertembung pandang dengan dirinya. Asyik larikan diri saja. Sekali-sekala dia melawat Mak Usunya pon Arissa memang tak akan keluar dari bilik. Abang minta maaf adik...salah abang adik jadi macam tu.
Iskandar tunduk seketika melayan perasaan bersalah yang menggunung. Kalaulah masa dapat diputarkan semula dia tak akan buat perkara bodoh itu. Dia perasan riak Arissa dari jauh yang selalu ketakutan,risau dan resah bila berduaan dengan lelaki. Semua sebab dia!
Apa yang dapat dia lakukan sekarang adalah menjaga Arissa dari jauh saja. Dia pasti kalau dia mendekat hanya riak benci sahaja yang akan terlahir dari wajah itu. Nak nak lagi kalau jumpa dia dengan Mamanya lagilah Arissa lari jauh. Hurmm.....macamana abang nak tebus kesilapan abang ni? Kita makin jauh adik.
"Is menung je ni kenapa?"
Iskandar usap dada. Terkejut sedikit dengan kemunculan Mamanya secara tiba-tiba yang sudah pon duduk disebelahnya. Gazebo belakang rumah dikelilingi pokok-pokok hiasan tinggi yang bersebelahan dengan pintu luncur biliknya memang port paling best untuk healing.
"Nothing Ma, saja healing kat sini"
"Healing? Kenapa? ada problem ke?sejak balik oversea Mama tengok Is macam ada masalah besar je? Asyik menung sana menung sini"
Iskandar ukir senyum paksa. Tidak mahu ibunya risau.
"Tak ada apa Ma, belum biasa dengan suasana sini je lama tak balik kan?"
Ibunya yang baru dapat gelaran datin Azida tarik nafas lega. Risau sangat dengan anak bujang tunggalnya ini.
"Ma bukan apa risaukan Is ...makan pon kurang selera Ma tengok, takut Is ada masalah besar, kalau ada masalah Is bagitahu Ma ye..and lagi satu kalau Is tak selesa lagi kat sini Is baliklah rumah lama kita kat pekan tu kakak kan ada kat sana"
Iskandar gelengkan kepala. Segan nak mengacau kakak sulungnya yang sudah mendirikan rumahtangga.
"Is okay je Ma, walaupon dulu kita jarang balik rumah ni, Ma tengok kan macamana Is bergaul dengan orang-orang kampung"
"Taklah Ma tahu rumah ni kecik sikit dari rumah lama tu takut Is tak selesa"
"Isyyy ada cakap macam tu Ma...ini bukan kecik Ma tapi dah macam istana dah ni"
Propa sangat lah ayat tu sampai mama yang risau tadi tergelak.
"Kalau boleh lepas Is kahwin Is nak duduk sini boleh kan Ma?"
Iskandar bersuara setelah tawa mereka reda. Rumah ini walaupon agak kecil berbanding banglo mewah di pekan tapi sangat istimewa bagi dirinya. Banyak kenangan yang manis disini.
"Amboi dah pikir pasal kawin ya,kerja pon belum...nak bagi Anne tu makan apa?"
Ibunya merujuk kepada Sueanne teman perempuan yang paling rapat dengannya sejak dulu.
"Ma Is dengan Anne tu kawan biasa je lah"
"Eh Ma kenal Anne je yang lain tak kenal dah sebut pasal kawin ni Ma ingat Anne lah ...dah lama kot Is kawan dengan dia kan?"
"Is cakap lepas kawin mungkin tahun depan tahun seterusnya and seterusnya...calon pon belum ada lagi Ma"
"Tak payah nak seterusnya sangat Is ..lagi cepat lagi bagus..cepat Ma timang cucu"
Iskandar gelak besar sembunyi rasa kecewa dalam hati. Calon pon tak tahu mana lagi Ma. Yang diidam-idamkan sudah ada yang punya.
"Ma Is rasa lapar pulak..Jom teman Is makan Ma"
Iskandar bingkas bangun menarik tubuh ibunya bangun sekali. Ditolak manja tubuh ibunya. Saja tukar topik. Malas nak sambung nanti tak pasal pasal Mama cakap nak tolong cari calon. Haih....
YOU ARE READING
Gerimis
RomanceDia yang pernah menyakiti, dia kembali. Insan yang dipuji puji tapi hati Arissa tidak mampu mengakui kebaikan si jejaka.. kerana satu peristiwa yang telah menggelapkan dunia remajanya ..meragut seluruh jiwa dan kepercayaannya.. ya lelaki itulah ..le...