Bab 3

1 0 0
                                    

Waktu rehat yang tinggal lagi setengah jam dimanfaatkan untuk meringankan kepala di atas meja buat seketika. Penat sangat semalam banyak kerja-kerja di kedai yang perlu diselesaikan seorang diri memandangkan pemilik kedai runcit Ustaz Haris perlu menyelesaikan beberapa urusan luar bersama isterinya Ummi Habibah.

Macam lipas kudung Arissa ke sana-sini. Jaga kaunter,susun barang, buka dan tutup kedai sekaligus.

Mata yang hampir tertutup terbuka luas bila kedengaran suara beberapa pelajar perempuan tergelak kuat menghampiri kelas. Rakan-rakan sekelas yang baru balik dari kantin nampaknya rancak berbual. Topik apalah yang menarik sangat sampai berdekah ketawa?

Arissa letak semula kepala bila kumpulan pelajar perempuan tadi ambik tempat masing-masing tapi masih galak menyambung topik perbualan tanpa mempedulikan Arissa.

"Itulah weyhhhh memang handsome nak mateyyy abang Is tu,dahlah baik, sopan pandai pulak tu..memang jejaka idaman satu Malaya lah"

Kedengaran suara Maria beria memuji jejaka bernama Is.

Arissa yang baru nak tutup kembali matanya tersentap mendengar nama itu disebut. Hurmmm....kat sekolah pon memang tersebar luas gosip pasal mamat sorang tu. Pujaan satu sekolah ke apa sekarang ni?Menyampah!

"Haih kalau aku dapat memang aku tak lepas punya ...."

Sampuk Aziyana pulak. Hurm memang tengah berangan sampai ke langitlah kiranya diaorang ni. Terbayangkan kehenseman abang is tu.

"Amboi kau ....kau ingat abang Is tu nak layan kau,takat muka tapai basi macam kau ni aku rasa dia bo layan je kot"

Kata-kata itu disambut tawa oleh kawan-kawan dalam kumpulan mereka. Panas telinga Arissa yang mencuri-curi dengar perbualan mereka semua. Tapi dia setuju dengan kata Rai yang Abang Is tu takkan layan punya setakat muka tak berapa nak helok ni. Dia kenal sangat dengan abang Is yang sombong tu.

Dulu masa dia masih dalam tingkatan satu dia selalu kena sinis dengan geng abang Is yang rata-rata terdiri dari anak-anak orang berada. Memang sangatlah berlagak! Takat level-level dia ni memang bawah tapak kaki mereka saja.

Arissa bingkas bangun malas nak dengar gosip tentang abang Is lagi. Dia menapak menuju tandas. Nak basuh muka, nak segarkan otak dan nak buang jauh-jauh nama yang sangat dibencinya. Baru sebulan balik semula ke kampung sudah buat orang sakit hati. Apa yang pasti sehingga kini walaupon sudah agak lama Abang Is ada di sini dia masih mengelak bertemu muka dengan orang tu. Kalau boleh memang dia tak nak jumpa lansung!

Keluar dari tandas dia terserempak pulak dengan Pali. Masih dengan perangai lama sibuk dok mengacau budak perempuan. Haih...memang spesies macam ni susah nak pupuslah!Arissa jalan menonong tidak dihiraukan renungan Pali yang tajam kepadanya.

"Sombong kau kan Rissa, kau ingat kau cantik sangat ke?belagak dengan aku..."

Pali sudah berada dihadapan Arissa menghalang dengan sebelah kaki gaya samseng.

Eh! Bila masa pulak aku cakap aku cantik. Arissa mengertap bibir.

"Tepilah..." Tegas Arissa menempelak Pali yang jelas-jelas mengacau dia.

"Ala kau ni dari dulu jual mahal dengan aku kan?kau tu bukan lawa sangat pon belagak je lebih"

Geram Arissa dengar Pali memerli dirinya. Mentang-mentang dulu Arissa tolak cintanya, sengaja nak menyakitkan hati Arissa pulak.

"Tepilah Pali...jangan kacau aku lah"

Arissa mula rasa mendidih bila Pali seakan tidak megerti dia tidak suka diganggu.

"Alah acah-acah diva pulak,kau ingat kau suci sangat ke?eh kat kampung nama kau tu busuk tau sebab apa?sebab mak kau tu bekas pelac..."

Belum sempat ayat terakhir diteruskan Pali Arissa menampar pipinya. Turun naik dada Arissa menahan marah. Walaupon berkali-kali dia cuba menahan tapi Pali tidak habis-habis mencabar kesabarannya.

Baru saja Pali mengangkat tangan untuk membalas tamparan Arissa tindakannya terhenti apabila Cikgu Nazeem kelihatan menghampiri tangga yang tadinya hanya ada mereka berdua. Tangan diturunkan perlahan. Sepantas kilat menghilangkan diri.

"Berani kau tampar aku Rissa ..kau tunggu lah hari kau memang siap kau aku kerjakan .."

Pali menyimpan niat jahat dalam hati. Tercabar egonya dengan tamparan Arissa.

Arissa cepat-cepat melangkah menuju ke kelas. Cikgu Nazeem tercengang melihat situasi tadi tidak dipedulikan. Dia malu dan takut kalau cikgu Nazeem nampak apa yang berlaku tadi mesti dia kena panggil dengan guru didiplin lepas ni. Masak!




Gerimis Where stories live. Discover now