"Rissa nak ikut Ibu tak?"
Arissa yang sedang ralit melayan perasaan di tepi tingkap rumah menoleh ke arah Ibunya.
"Ikut pergi mana Ibu?"
"Hah lupa lah tu,kan semalam Ibu dah cakap pergi rumah mak long ada kenduri"
Arissa tepuk dahi. Terlupa sungguh.
"Tak apalah Ibu Rissa duduk rumah je ..segan lah nak pergi"
"Segan apa pulak?Bila lagi nak bersilaturrahim dengan sedara-mara nanti apa pulak kata Mak long bersungguh dia suruh ajak Rissa datang, kecik hati dia nanti"
Arissa menelan kata-kata nasihat Ibu tanpa ada rasa untuk berubah. Dia Masih terasa hati dengan mak longnya.
"Bukan Rissa tak nak pergi Ibu Rissa rasa tak sedap badan..rasa nak demam pon ada ni"
Ibu menggeleng seolah tidak percaya dengan alasan Arissa.
"Betul ke ni tak sihat?ke saja nak elak jumpa mak long?tapi kalau betul Rissa tak sihat rehat lah ...ibu pergi dulu kalau lapar pandailah cari makan sendiri ya Ibu tak masak"
Arissa angguk.Memang dia tidak sihat tapi bukan badan sebaliknya hati yang tiba-tiba rasa tidak sihat bila mendengar nama mak long disebut.
"Hati-hati Ibu..." Arissa tidak risau sebab rumah mak long sebenarnya bukan jauh sangat. Tapi keadaan ibu yang sudah tua itu membuatkan dia risau sebenarnya.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
"Assalamualaikum"
Tengah seronok feeling feeling layan drama ada pulak tetamu bertandang.
Dengar suara macam familiar. Dengan langkah malas terpaksa jugak dia bangun. Tetamu kan datang bawak rezeki?
"Waalaikumussalam...."
Pintu dikuak, serentak itu tersembul wajah yang dia tak berapa bekenan nak pandang saat itu. Berdiri kaku sahaja mereka berdua saling beradu pandang.
Tapi kalau diikutkan yang memandang tajam tidak berkelip itu pastilah si jejaka mata helang.
"Ehem..." Arissa berdehem. Iskandar mengalihkan mata dari merenung si gadis.
"Mak Usu cakap adik tak sihat.. ini abang datang bawak makanan sikit takut adik lapar, Mak Usu tak masak kan?"
Naik hairan Arissa dengan makhluk Allah seorang ni. Semua benda pasal dirinya Iskandar nak kepoh.
Arissa sambut huluran bekas makanan yang dibawa Iskandar. Rezeki jangan ditolak.
"Terima kasih" Ucap Arissa sekadar untuk menghargai.
"Adik okay ke?Nak abang bawak pergi klinik tak?"
Arissa rasa nak gelak. Sebenarnya dia bukan sakit teruk pon. Saja malas nak pergi rumah orang tu. Sengajalah dia reka alasan.
"Dah okay...kalau tak okay pon tahulah saya pergi klinik saya ada kaki"
Dingin sahaja Arissa membalas,ada bau-bau menyinis orang tu. Iskandar senyum paksa.Dah tahu Arissa akan layan nak tak nak sahaja.
"Adik okay ke kat U, study macamana okay?"
Tak habis lagi Iskandar nak ajak dia bersembang. Kalau lama lagi memang rasa nak campak lauk yang Iskandar bawak tadi kat muka dia. Menyampah!
"Okay je..." Ringkas sahaja dia menjawab sambil mata pandang ke arah lain.
"Errr...tak apalah adik masuk rehat lepas tu jangan lupa makan nanti perut masuk angin, abang balik dulu"
Arissa angguk sahaja tanpa mengucapkan apa-apa sehingga Iskandar hilang dari pandangan.
Dada dipegang, jantung sudah berirama lain macam.Sebenarnya dia terkesima melihat penampilan Abang Is hari ini.
Segak berbaju Melayu lengkap dengan kopiah. Selalu je tengok abang Is tapi hari ini aura lain macam. Mengancam sungguh!
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Riuh Ibu bercerita tentang kenduri tadi. Arissa tadah telinga mendengar cerita Ibu sambil tersenyum paksa.
"Sepadan je Ibu tengok bakal isteri abang Is tu ha...cantik,ayu lembut aje..dah lah belajar tinggi"
Erkk!Arissa rasa hati ngilu tetiba. Ayat yang baru Ibu tuturkan mengenai Iskandar. Abang Is dah nak menikah ke?
Hati terasa bagai disayat pulak. Timbul sedikit rasa kecewa.
"Rissa rasa lapar pulak..nak makan kejap ya Ibu"
Suara bergetar sedih tapi cuba jugak dikawal depan Ibubya. Arissa menapak perlahan ke dapur. Nampak gayanya dia kena terima pinangan Cikgu Nazeem untuk mengubat rasa kecewa dihati. Orang tu dah berpunya!
YOU ARE READING
Gerimis
RomanceDia yang pernah menyakiti, dia kembali. Insan yang dipuji puji tapi hati Arissa tidak mampu mengakui kebaikan si jejaka.. kerana satu peristiwa yang telah menggelapkan dunia remajanya ..meragut seluruh jiwa dan kepercayaannya.. ya lelaki itulah ..le...