Bab 8

1 0 0
                                    

Rintik-rintik hujan yang mula menitis mengenai pipi dikesat dengan hujung lengan baju sekolah. Aduhai sudah la hujan, basikal rosak pulak. Terpaksalah Arissa menolak saja basikal lama milik arwah ayah. Sayang nak tukar yang baru sebab inilah kenangan terakhir yang ayah tinggalkan pada dia.

Jalan sunyi yang dilalui menimbulkan sedikit rasa cuak. Kiri kanan hutan. Sepatutnya dia tak lalu jalan ini untuk balik ke rumah dari sekolah tapi kebetulan Ibu minta tolong singgah rumah nenek sebab nenek kurang sihat.

Nenek tu bukan ada hubungan darah dengan dia dan ibunya tapi Ibu angkat kepada arwah ayah. Nenek orang yang selalu ambil berat pada Ibu dan dirinya selepas kematian ayah sebab itu Arissa sebolehnya cuba membalas budi baik nenek.

Selepas melihat keadaan nenek yang makin membaik Arissa rasa lega. Sempat jugak dia suapkan nenek makan. Padahal nenek ada orang gaji. Saja lah dia manjakan nenek tempat dia menumpang kasih.

Ditengah perjalanan terlihat kelibat Pali. Arissa diserang rasa resah. Pali dengan dua orang kawannya yang tidak dia kenali ditengah-tengah jalan dalam hujan. Arissa tunduk cuba mengelak dari bertembung mata dengan Pali. Tak pasal-pasal jadi mangsa buli Pali lagi.

"Weyyy....Arissa kau jangan cuba nak lari dari akulah, aku memang cari kau ..ada benda aku nak settle dengan kau"

Arissa melajukan langkah. Basikal turut ditolak laju. Rasa lain macam pandangan Pali hari ini. Tak macam selalu.

"Eh aku dah cakap kan jangan lari kau degil sangat kenapa?"

Pali sudah berjaya menyaingi langkahnya. Pali merentap tangannya kasar. Arissa sudah pucat tidak berdarah. Pali merenungnya tidak berkelip, baru Arissa perasan baju putihnya melekap dek kerana dibasahi air hujan.

"Lepaslah Pali..aku nak baliklah"

Arissa separuh merayu kepada Pali. takut dengan pandangan Pali yang meliar ke seluruh tubuhnya.

"Nak balik ke?boleh no problem..tapi aku kena settle masalah aku dengan kau dulu"

"Settle apa pulak?aku tak buat masalah dengan kau lah ..kau tu yang selalu kacau aku.."

"Eh aku kacau sebab aku suka kau..aku usik je yang kau nak serius sangat sampai kau report aku kat cikgu tu apahal?"

"Report apa ni?aku tak fahamlah...bila masa aku report kat cikgu?"

"Eh kau jangan buat-buat bodoh boleh tak?aku kena panggil dengan Cikgu Borhan pakej kena rotan lagi...kalau bukan kau yang report siapa lagi hah?"

Arissa kecut perut mendengar Pali mendengus. 

"Aku tak report lah, bukan aku"

"Kalau bukan kau siapa sayang?kau ni memang cari nahas kan? Memang kena bagi pengajaran kat kau ni biar kau serik sikit"

Arissa terkial-kial menarik tangan yang sudah dipegang kejap oleh Pali. Aura Pali sudah rasa lain macam. Bukan hendak dilepas malah Pali berusaha menarik Arissa rapat kepadanya. Dua temannya itu hanya tersengih jahat. Pali sudah menendang basikal yang dituntun tadi jatuh ke tanah.

"Paan, Zack...jaga line"

Pali memberi arahan kepada dua orang kawannya tadi sebelum tubuh Arissa diseret ke dalam semak. Arissa menggeletar ketakutan. Dia berusaha bergelut melawan tenaga Pali yang menolak dirinya tersungkur ke tanah. Tapi sekuat manalah sangat tenaga perempuannya.

Dia cuba menendang Pali tapi yang dia dapat hanya sebuah tamparan kasar dipipi mulusnya sehingga rasa perit dan sengal.  Arissa tidak putus asa dia cuba mencapai apa saja yang boleh untuk melawan. Sebiji batu yang kebetulan dapat dia capai dia gunakan untuk memukul kepala Pali. Sebaik terkena batu kepala Pali disimbahi darah. Arissa ingatkan Pali hendak mengalah tapi makin ganas Pali menyerang dirinya.

"Berani kau kan?saja nak cabar aku ."

Arissa sudah panik airmata sudah mengalir deras. Dia sangat ketakutan saat ini. Pali sudah mengunci ke dua belah tangannya.

Pali sudah menyelak kainnya. Arissa seakan dapat mengagak apa yang Pali cuba lakukan. Dua temannya berada agak jauh ke tepi jalan. Arissa menjerit meminta tolong tapi Pali cepat-cepat menutup mulutnya.

Wajah Pali yang bengis sudah hampir ke wajahnya. Makin dekat Arissa rasa makin panik. Dia pejam mata rapat-rapat. Janganlah berulang lagi kejadian sama, dia tak sanggup. Dia sudah menangis tanpa henti sambil merayu supaya Pali jangan mengapa-apakan dirinya.

Pali sudah tidak terkawal. Makin Arissa melawan makin kasar Pali bertindak. baju putih Arissa sudah ditarik hingga terkoyak sedikit di bahagian dada. Arissa sudah tidak berdaya melawan, seluruh tubuhnya lemah. Yang dia nampak dari juring mata bibir Pali yang cuba mencumbui dirinya. Arissa sudah mahu pengsan...

Dush! Bunyi sepakan kencang  kedengaran di peluput telinga. Arissa buka mata. Pali sudah terlentang di atas tanah yang berlumpur. Arissa terkedu melihat Iskandar yang sedang menyerang Pali bertalu-talu sehingga lembik tanpa sempat melawan. Dalam rasa takut yang masih tebal dia bingkas bangun walaupon seluruh tubuh terasa sengal.

"Setan betul kau ni..bangunlah lawan aku kalau kau rasa jantan sangat, dengan perempuan berani la kau kan?Bangunlah woiii...aku nak tengok jauh mana jantan kau tu .."

Arissa sudah kaku melihat riak wajah Iskandar yang bengis waktu itu. Tanpa belas membelasah Pali. Merah padam muka Iskandar menunjukkan dia marah sangat.

Pali sudah merayu supaya dilepaskan. Tapi Iskandar belum ada tanda-tanda hendak berhenti membelasah. Arissa mula rasa tidak sedap hati. Kalau tidak dihentikan takut pulak Pali mati kena belasah.

"Abang ...to..tolong stop abang saya takut"

Tergagap Arissa berkata dengan wajah yang pucat lesi. Separuh merayu. Tangan Iskandar disentuh perlahan menyedarkan Iskandar dari amukan amarah. Perlahan Iskandar Jatuh melutut bila tersedar kembali dari rasukan syaitan.

Pali yang masih mampu berdiri cepat-cepat melarikan diri. Takut dibelasah lagi. Tanpa sepatah kata Iskandar heret Arissa keluar dari semak-samun. Kelihatan dua orang kawan Pali jugak teruk dibelasah. Susah payah melarikan diri dari Iskandar.

Gerimis Where stories live. Discover now