Bab 26

1 0 0
                                    

Iskandar menanggalkan kaca mata hitamnya. Merenung Arissa yang sedang keresahan menanti jawapan.

Arissa tidak berani hendak beradu pandang. Dia akui seperti yang digosipkan Abang Is memang tergolong kategori lelaki yang handsome dan berkarisma.

Tang mana karisma tu dia kurang pasti tapi mana-mana perempuan yang lalu mesti nak pandang Abang Is sekali lagi. Karisma Kapoor kot!Hiks

"Apa yang elok untuk Mama abang,eloklah untuk abang..abang ikut je pilihan Mama"

Iskandar menjawab yakin. Takkan nak bagitahu I want to marry you because I love you. Malulah .....Arissa ni reti ke nak hadam perasaan cinta ni semua?Sedangkan masih ada sejarah hitam antara mereka. Kalau sebut perkataan itu mesti kena rungkai balik peristiwa lama.

Iskandar sudah rancang biar mereka berbicara hati ke hati selepas bernikah. Baginya waktu itu Arissa sudah tidak boleh lari lagi kerana sudah menjadi miliknya. Cinta lepas kahwin kan lebih indah!

Arissa rasa sedikit kecewa dengan jawapan Abang Is. Tidak seperti yang dia harapkan. Dia tak nak ulang kesilapan lama dengan cikgu Nazeem. Berkahwin tanpa cinta.Habis tu macamana dengan mak long yang sudah teruja sangat dengan persiapan pernikahan mereka.

Bahkan borang sudah dihantar ke pejabat agama. Sudah disiapkan semua, tunggu hari lansung sahaja. Aduh rumit betul. Sepatutnya dia tanya soalan ini dari awal.

"Dah habiskan nasi tu ...abang tak nak adik kena gastrik pulak sebab tak makan"

Sebal dada Arissa. Kenapalah abang Is ni suka sangat guna panggilan adik tu. Dia bukan budak kecik lagi. Dia sudah dewasa. Tapi diikutkan sahaja arahan Abang Is.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Beria Iskandar mengajak dia bersiar siar sebelum menghantar dia ke rumah sewanya.

Nak rasa udara Pulau Pinang katanya. Mereka tidaklah singgah mana mana pon. Cuma pusing-pusing Pulau Pinang dengan kereta.

Sempatlah jugak Abang Is mengerling gadis gadis minah saleh yang tak cukup kain back packers tepi jalan. Naik geram pulak Arissa menengok. Dah pandai rasa cemburu pulak sekarang. Dulu dengan Cikgu Nazeem tidak pulak rasa macam ni.

Teringatkan Cikgu Nazeem Arissa gigit bibir. Sudah lama tidak dengar khabar jejaka itu. Walaupon mereka asal dari negeri yang sama tapi daerah berbeza. Tidak pula mereka pernah terserempak. Arissa mengeluh tanpa sedar.

Kalau boleh dia sendiri memang tak nak terjumpa bakal suami tak jadi tu. Masih terasa dengan kata-kata nista dari lelaki itu. Tak padan dengan muka lembut sekali marah bukan main tajam lagi bahasa sehingga menikam kalbu.

Flashback

"Saya nak tanya sesuatu pada awak,saya harap awak jawab dengan jujur sebab ini penting sangat untuk masa depan saya"

"Masa depan saya..bukan masa depan kita" Ada bau-bau tak berapa enak. Arissa resah menanti soalan dari Cikgu Nazeem. Dia seakan dapat mengagak apa yang bakal ditanyakan.

"Apa yang awak nak tahu?"

"Saya nak tahu betul ke awak dah pernah .."

Soalan yang tersekat separuh membuatkan Arissa cukup faham.

"Siapa bagitahu awak?"

"Siapa bagitahu tu tak penting,yang penting saya nak tahu kebenaran"

Nada kesat dari cikgu Nazeem membuatkan Arissa tersentap. Tidak pernah cikgu Nazeem sekasar ini.

Arissa tunduk membisu. Perlukah dia membuka pekung didada? Sedangkan dalam Islam Allah melarang hambaNya membuka aib sendiri.

"Jawablah kenapa diam je atau memang betul apa yang saya dengar tu?kenapa awak tak terus terang dari awal?Awak sengaja nak aniaya saya ke?Nak saya jadi pak sanggup?"

Arissa gerun melihat wajah Cikgu Nazeem yang sudah berubah drastik dari lembut kepada seseorang yang sangat berlainan. Bagai dihiris sembilu mendengar tuduhan itu.

"Saya sabar tau walaupon Ummi saya selalu cakap awak bukan yang terbaik untuk saya tapi bila saya dengar cerita pasal awak ni memang saya dah tak boleh terima, awak ada skandal dengan abang sepupu awak pulak tu,eh perempuan jenis apa awak ni?"

Arissa sudah hilang kata. Pedih hatinya mendengar kata-kata seperti itu.

"Kenapa awak diam?awak ingat saya tak tahu ke awak selalu jumpa abang sepupu awak tu belakang saya ..siap peluk-peluk lagi...kalau dengan saya bukan main jual mahal, dasar hipokrit"

Arissa diam lagi tidak membalas.Dia sudah tawar hati. Kalau dia jelaskan sekalipon nak ke Cikgu Nazeem percaya? Yang paling dia tak boleh terima bila Cikgu Nazeem mengakui memang Umminya tidak sukakan dia.

Patutlah sepanjang mereka bertunang ada saja benda yang tidak kena pada mata Umminya. Pilih hantaran pon kena kritik. Cara dia berpakaian pon ditegur tidak sophisticated. Pendek kata semua serba tidak kena.

"Katakan lah semua cerita pasal saya tu betul awak tak boleh terima sayalah?"

Arissa memberanikan diri bertanya setelah cikgu Nazeem puas menghamburkan kemarahan.

"Memanglah tak boleh ..awak tanyalah mana mana lelaki sekalipon,memang takkan lah nak ambik bekas orang apatah lagi nak jadi pak sanggup"

Sinis,tajam kata-kata tunangnya tepat menghunus sekeping hatinya bagai mata pedang. Jawapan itu sudah cukup untuk memberi gambaran dimana berakhirnya cerita mereka berdua.

"Habis tu majlis kita ni macamana?"

"Tak payah cakap pasal majlis lah kalau dah awak pon saya tak boleh terima .."

Arissa akur. Sampai disini sahaja cerita mereka berdua.

"Hantar saya balik boleh?"

Itu saja permintaan terakhir yang Arissa pinta dari cikgu Nazeem sebelum memutuskan pertunangan mereka.

End of flashback

"Jauh berangan dah sampai ke bulan ke?"

Arissa kembali ke alam nyata. Dihalau kenangan yang singgah sebentar tadi.

"Hantar Rissa balik,sakit kepala lah"

Iskandar menurut sahaja bila dilihatnya Arissa sudah menunjukkan riak tidak selesa.

Gerimis Where stories live. Discover now