" You ni future wife Is ke?"
Arissa angguk sambil wajah cantik didepannya dipandang sekilas sebelum kembali menegakkan tubuh. Membelek hasil solekan mak andam di wajahnya.
Seperti yang diminta hanya solekan tipis dirias diwajah. Arissa senyum nipis.
Si cantik tadi masih lagi berdiri disebelahnya merenung dengan riak kurang senang."Boleh pulak you duduk satu rumah dengan Is before marriage kan?"But I tak heranlah sebab Is dengan I kat overseas dulu dah biasa macam tu ..."
Sudah diduga perempuan cantik ini ada agenda. Sibuk menempel sejak pagi. Tanya soalan cliche sedangkan terang terang Mak long kenalkan dia sebagai bakal isteri anak bujangnya yang satu itu.
"If not mistaken you ni adik sepupu Is kan?dia selalu citer pasal you tapi itulah kat bibir dia asyik sebut adik ...adik ..adik...you sure ke nak kahwin dengan dia?For me, dia nampak you macam seorang adik je..."
Arissa menarik nafas. Saat saat terkahir macam inilah macam macam dugaan datang. Jangan layanlah wahai hati!
"I okay je ...kalau betul sekalipon Abang Is anggap I adik I akan usaha lepas nikah buatkan he looks at me as a wife , macam macam cara I boleh buat... kami dah halal kan?"
Ambik sebijik. Nak ber "I" "You" sangatkan. Layankan saja.
Belum sempat perempuan itu membalas pintu bilik dikuak dari luar. Terjengul wajah Mak long di muka pintu.
"Dah ready ke? jom tok kadi dah sampai"
Arissa bangun dengan sopan melewati perempuan tadi. Walaupon tadi bukan main yakin saja menjawab tapi dihati timbul jugak keraguan. Siapa perempuan ni? Girlfriend Abang Is ke?
"Eh you tak ikut sekali ke?Majlis nak mula dah "
Sempat lagi Arissa memerli perempuan tu. Sesekali kena berkeras dengan makhluk macam ini.
"Emm...errr...yup...let's go"
Tergagap perempuan itu membalas. Arissa sengih sambil menyambut huluran tangan mak long yang sudah bersedia memimpinnya.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Arissa mengukir senyuman sehabis manis mengikut arahan jurugambar. Dalam pada memujuk hati terkesan jugak dengan hasutan syaitan.
Sakit pulak hatinya melihat gelagat Abang Is dengan kawan baiknya itu. Tak habis-habis berborak sepanjang majlis. Tak masuk lagi bab bergambar bukan main menempel minah tu. Macam dia pulak pengantin perempuan.
"Rapat sikit adik ..nanti kalau jauh jauh ni nampak macam kahwin paksa pulak"
Arissa mengeluh perlahan. Letihnya jadi pengantin... kena ikut arahan jurugambar lagi, arahan Abang Is pon tak kurang tegasnya. Asyik mengarah gaya posing itu ini.
"Memang kena paksa pon bukan Rissa tapi abang kot"
Bisik Arissa dalam hati penuh rasa curiga. Pon begitu dia membiarkan sahaja abang Is menarik dirinya rapat mengikut arahan jurugambar, supaya kelihatan romantis.
Habis bergambar diheret pulak ke meja santapan. Sekali lagi kejung pipinya mengukir senyuman bila terpaksa membuka mulut disuapkan nasi oleh Abang Is a.k.a suaminya.
Mak long disebelah tersenyum lebar. Bukan main seronok dia tengok mak long hari ini. Lega kot anak bujangnya berkahwin jugak akhirnya. Kata Mak long sudah puas dikenenkan dengan ramai gadis gadis tapi abang Is menolak. Haih tak fahamlah dia kenapa abang Is tu beria sangat nak terima dia. Kesian dengan nasib malang dia ke apa?
Maklumlah kalau ikut rating gadis gadis kat kampung ni dia paling tercorot kot. Mana ada orang nakkan orang macam dia ni.Reputasi buruk dengan macam macam kes. Haih nasib abang Is lah dapat isteri suam suam kuku ni!
YOU ARE READING
Gerimis
RomanceDia yang pernah menyakiti, dia kembali. Insan yang dipuji puji tapi hati Arissa tidak mampu mengakui kebaikan si jejaka.. kerana satu peristiwa yang telah menggelapkan dunia remajanya ..meragut seluruh jiwa dan kepercayaannya.. ya lelaki itulah ..le...