Arissa merenung kosong ke luar jendela. Kesuraman hidupnya sangat dirasai setelah ketiadaan Ibu.
Sunyinya dia rasakan hidup tanpa Ibu. Arissa menyentuh cadar katil Ibu yang masih ada bau Ibu. Rindunya!
Baju Ibu yang tak sempat dibasuh menjadi penawar rindu. Acapkali baju itu dicium. Dulu Ibu selalu menciumnya setiap kali melepaskan dia pergi ke mana-mana. Kini tiada lagi pelukan dan ciuman hangat dari Ibu.
Buat kesekian kalinya airmata mengalir lagi. Dari perlahan menjadi semakin kuat dan akhirnya suara Arissa meraung memenuhi ruang rumah yang sunyi sepi.
"Rissa salah Ibu ..Rissa berdosa...kalau bukan sebab Rissa mesti semua ni tak jadi kan?"
Arissa bercakap kepada diri sendiri sambil memukul-mukul dadanya. Hatinya berbalut kesal.
"Ya Allah Adik..kenapa ni?kenapa sampai jadi macam ni?"
Arissa mendongak ke arah pemilik suara.
"Abang Is Rissa salah Abang Is, Rissa dah buat Ibu malu,Rissa dah susahkan Ibu ..Rissa ni anak tak guna kan Abang Is?"
Iskandar meluru memeluk tubuh adik sepupunya. Saat ini yang terlintas dihatinya adalah memujuk hati Arissa tiada lain.
"Tak adik anak yang baik, adik tak pernah sakitkan hati Ibu...Abang tahu mak usu sayang sangat dengan adik,dia tak pernah merungut sekalipon pasal adik, mak usu nak adik bahagia ,apa saja yang buat adik bahagia mak usu akan selalu redha"
"Tapi kenapa Ibu pergi macam tu Abang?Kalau bukan pasal Rissa Ibu tak perlu pergi sana kan?"
"Jangan cakap macam tu sayang, Ibu pergi dengan cara baik, Ibu cuma tak nak ada sengketa lagi itu je, bukan sebab Ibu malu, kan semua ni dah takdir"
Arissa terus menangis dalam pelukan Iskandar.
"Rissa dah tak ada sesiapa lagi abang ...semua orang dah tinggalkan Rissa"
"Abang ada sayang,abang sentiasa ada untuk adik"
Bisik Iskandar dalam hati. Tidak sanggup dia melihat Arissa dalam keadaan itu. Sudah lama dia tidak melihat Arissa lemah begitu.
Dia angkat wajah Arissa. Di usap airmata yang masih setia mengalir walaupon suara tangisan makin perlahan. Mata cengkung Arissa dicium penuh kasih. Begitu jugak seluruh wajah hiba Arissa. Begitulah keadaan dia bila bersama Arissa. Sukar sungguh untuk mengawal perasaannya. Dia lupa bahawa mereka tiada ikatan.
Hampir sahaja bibir pucat Arissa disapa membuatkan Arissa tiba-tiba tersedar. Pantas dia melepaskan pelukan seraya menjauhkan diri.
"Iskandar Zulkarnain"
Terkesima Iskandar begitu jugak Arissa. Mamanya sudah bercekak pinggang dengan riak terkejut. Iskandar tunduk tidak berani menentang pandangan Mamanya.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
"Boleh mak long cakap sikit?"
Arissa yang sedang membetulkan tudung kepalanya berpaling menghadap mak longnya.
Tidak boleh tidak Arissa dipaksa mandi dan makan. Selepas itu dibawa ke rumah mak long yang sangat risau melihat keadaan Arissa yang semakin parah.
Arissa angguk lemah.
"Rissa nak tak nikah dengan abang is?"
Arissa bungkam. Mak long tengah melamarkah? Dalam keadaan dia yang sebegini?Muka pucat lesi, bibir kering dan tubuh kurus kering kerana kurang tidur dan tidak makan selama beberapa hari.
"Mak long harap sangat Rissa terima, supaya mak long dengan abang Is boleh jaga Rissa sampai bila-bila"
Arissa diam tidak berkutik. Pasti mak long risau kejadian tadi berulang lagi. Entah kenapa Arissa jugak tidak menghalang. Malunya dia tertangkap didepan mata mak long.
Bila difikirkan selama hayatnya hanya abang Is yang berani menyentuh dirinya sebegitu walaupon adakalanya dia membentak.
"Rissa terima ya, nanti senang mak long jaga Rissa,iyalah nanti apa pulak kata orang kampung abang Is keluar masuk rumah Rissa walaupon puas mak long melarang, degil abang Is tu ...dia risaukan Rissa lebih dari mulut orang"
Arissa menatap mata mak long yang merayu sungguh-sungguh. Wajah itu kelihatan sangat berharap. Malahan sejak peninggalan Ibu dan nenek mak long yang banyak mengambil berat tentang dirinya. Makannya dijaga, kebajikannya diperhatikan sehingga Arissa rasa terhutang budi sangat.
"Abang Is macamana?"
Arissa menyoal balas setelah berfikir seketika.
"Abang Is tu anak yang taat, dia ikut je apa mak long cakap, Rissa terima ya In Shaa Allah mak long restu sangat"
Senyuman manis yang terukir di bibir maklong meleburkan dendam di hati Arissa. Siapa sangka orang yang dia tidak ingin ada kaitan yang mengutip dirinya disaat dia terbuang. Arissa mengangguk lemah sambil menunduk.
Tiba masanya dia membalas budi mak long yang banyak berbakti padanya setelah ketiadaan Ibu. Dia jugak perlu menjaga maruah diri yang kerapkali terbabas apabila berhadapan dengan Iskandar. Kalau lebih lama begini dia risau imannya tergugat.
YOU ARE READING
Gerimis
RomanceDia yang pernah menyakiti, dia kembali. Insan yang dipuji puji tapi hati Arissa tidak mampu mengakui kebaikan si jejaka.. kerana satu peristiwa yang telah menggelapkan dunia remajanya ..meragut seluruh jiwa dan kepercayaannya.. ya lelaki itulah ..le...