Arissa sekadar bermalas-malasan di atas katil bujang yang agak usang. Golek kiri golek kanan. Jam sudah menginjak ke pukul 10 pagi dia masih belum bersiap. Rasa malas pulak hendak naik bas balik ke kampus. Badan pulak rasa kurang sihat.
Semalam beria tunangnya mahu hantar tapi dia pulak menghalang. Arissa dudukkkan tubuhnya di birai katil menongkat dagu di tepi tingkap biliknya yang menghadap sawah.
Dari kejauhan dia nampak rumah mak longnya di kaki bukit. Lama dia tidak menjengah ke sana walaupon Ibu selalu memujuk.
Ada rasa rindu yang menderu pada zaman kanak-kanak, tapi dalam masa yang sama ada secubit rasa terluka. Arissa mengeluh seraya kembali merebahkan tubuh ke atas katil. Tanpa sedar dia terlena ketika asyik mengimbau kenangan silam.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Kelam-kabut Arissa bersiap apabila dilihatnya jam sudah tertera angka 12 tengahari. Kalau ikutkan sepatutnya dia perlu bertolak pada jam 2 petang. Dek kerana terlelap pukul 12 dia terjaga.
Ibunya sudah pesan sejak awal pagi kalau rasa tidak sihat sambung cuti lagi tapi dia yang bersungguh hendak balik.
"Arghhhh"
Arissa menjerit kesakitan bila tubuhnya terjelopok Jatuh ke atas lantai depan bilik air. Itulah kelam kabut sangat. Kepala pulak rasa berpinar-pinar.
Baru hendak berpaut pada dinding dapur ada sepasang tangan yang sudah mencempung tubuhnya."Nasib baik abang datang jenguk,adik okay tak ni?"
Arissa terkelu di atas gendongan Iskandar. Mata terpaku kepada wajah yang sedang kerisauan. Riak wajah Iskandar yang cemas sedikit kemerahan.
"Okay tak ni?"senyap je, kalau tak okay kita pergi klinik ya"
Bagaikan dipukau Arissa menggeleng. Dek kerana badan tidak sihat dia menjadi lemah.
"Tak apalah abang hantar adik ke bilik,adik rehat mak usu cakap adik tak sihat, lepas adik pakai baju abang bawak adik pergi klinik"
Arissa kembali ke alam nyata bila terdengar ayat terkahir. Memandang kembali ke tubuhnya yang ..
Berkemban?Mak! Arissa melompat turun. Laju berlari ke bilik lalu daun pintu di tutup rapat. Ya Allah malunya dia rasa. Iskandar terpinga-pinga melihat tindakan drastik Arissa selepas itu dia pon tersengih malu.
Tak terfikir lansung ke arah itu. Yang dia tahu dia risaukan Arissa. Tidak kisahlah walaupon dia kena pecahkan pintu tapi nasib baiklah pintu rumah Mak Usu tidak berkunci.
Eh! Selamba Arissa berkemban dalam rumah tanpa mengunci pintu. Nasib baik dia yang masuk kalau orang lain...
Iskandar tarik nafas lalu berlalu ke luar rumah...🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Arissa mundar-mandir di dalam biliknya. Iskandar masih menunggu di luar rumah. Tak putus asa,degil betul abang sepupunya itu. Sudah dia bagitahu tak payah hantar dia pergi klinik nak jugak hantar.
Lama berfikir Arissa melangkah keluar siap bertudung. Malu masih menyelubungi diri.
"Abang balik lah Rissa tak nak pergi klinik"
Arissa menundukkan wajah saat berbicara dengan Iskandar. Tersengih jejaka itu melihat riak malu si gadis yang kemerahan ditambah tuan badan yang tidak sihat.
"Tak boleh mak usu cakap mesti bawak adik pergi klinik badan adik panas sangat tu"
"Sikit je ni..lagipon adik nak balik kampus dah lewat sangat"
Iskandar yang tadinya duduk di pangkin. Berjalan ke pintu di mana Arissa berdiri.
"Jangan tipu abanglah tadi abang dah rasa suhu adik, panas sangat badan tu,jangan degil ambik MC rehat dulu,jom abang hantar pergi klinik"
Arissa terkedu lagi. Haih bila diingat kejadian tadi tak tahu nak sorok muka dimana.
Makin dekat Iskandar makin dia rasa tak keruan.
"Kalau macam tu boleh tak lepas pergi klinik abang hantar Rissa pergi stesyen bas?Rissa kena balik, esok Rissa ada group discussion, penting sangat"
Iskandar sekadar membisu berfikir seketika. Kalau boleh dia tidak mahu melepaskan adik sepupunya balik dalam keadaan tidak sihat macam tu.
"Fine tapi pergi klinik dulu ya"
Arissa cepat-cepat masuk ke dalam biliknya mendapatkan beg yang sudah siap berkemas. Dia tidak boleh memilih di saat ini. Time is running out.
YOU ARE READING
Gerimis
RomanceDia yang pernah menyakiti, dia kembali. Insan yang dipuji puji tapi hati Arissa tidak mampu mengakui kebaikan si jejaka.. kerana satu peristiwa yang telah menggelapkan dunia remajanya ..meragut seluruh jiwa dan kepercayaannya.. ya lelaki itulah ..le...