Seminggu sebelum majlis Arissa pulang ke kampung. Banyak urusan belum selesai.
Kebetulan pulak cikgu Nazeem terlalu sibuk sehingga ada beberapa perkara yang perlu diuruskan diambil alih Arissa.
Kasihan pulak tengok tunangnya itu. Sudah susut benar nampaknya. Rasa bersalah pulak sebab buruk sangka pada tunangnya sebelum ini.
Ting!
Arissa buka mesej yang baru diterima.
Tertera nama cikgu Nazeem."Saya nak jumpa awak"
Arissa urut pelipis. Katanya sibuk tapi nak jumpa pulak. Macamana nak keluar time time macam ini. Memang nak cari nahas. Ibu sudah berpesan sekarang ini darahnya tengah manis. Apa yang manis dia pon tak faham. Yang dia tahu pahit sikit adalah.
Kena cari alasan untuk keluar, sudah jadi satu masalah pulak. Arissa jenguk ke luar bilik. Ibunya tekun menyiapkan barang-barang hantaran.
"Ibu Rissa keluar kejap ya ,tadi Cikgu Nazeem cakap ada lagi satu barang belum beli" tipu sunat tak apa kot.
Ibunya angkat muka tak puas hati. Iyalah sudah dipesan jangan keluar degil jugak.
"Barang apa lagi ni ?Ibu tengok semua ada kat sini dah ...majlis lagi seminggu duduk rumah je lah.."
"Errr..barang Rissa punya Ibu, belum cukup yang cikgu Nazeem memang semua dah ready"
Ibu diam tidak berkutik tapi nampak lah riak kurang senang.
"Ibu bukan apa, risau Rissa tu tengah darah manis tak elok nak keluar sana sini"
Kan dah cakap , Ibu asyik ingatkan dia pasal darah manis u. Yang dia ni tengah darah gemuruh Ibu tak tahu. Resah pasal apa cikgu Nazeem beria nak jumpa. Kalau pasal borang nikah semua sudah settle.
"Ala Ibu kejap je boleh la?habis beli barang Rissa terus balik ya"
"Pergilah tapi cepat balik ya, nanti kak Mon nak datang pasang pelamin tu"
Arissa angguk seraya bergerak laju ke pintu. Cikgu Nazeem sudah menunggu di hujung jalan.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Riuh-rendah suara orang memasang khemah.
Rissa hanya mampu melihat dari jendela bilik. Dari jauh kelihatan Iskandar berpeluh-peluh membantu memasang khemah. Seksi!
Haishhh...sempat lagi dia tergoda!Dah gila agaknya aku ni?gumam Arissa
Sejak dia balik Iskandar selalu mengelak dari bertembung pandang dengannya walaupon seringkali datang membantu Ibu sebelum hari bahagianya.
Arissa tertanya-tanya jugak. Kata Ibu abang Iskandar akan berkahwin tapi tidak nampak tanda-tanda nak berkahwin pulak. Khabar bertunang pon lansung tak kedengaran.
Arissa mengeluh berat. Melihatkan persediaan sudah pon hampir lengkap dia makin resah. Ibu belum tahu tentang kejadian antara dia dan cikgu Nazeem. Tidak dapat dibayangkan kalau Ibu tahu.
Sedang dia kerunsingan memicit kepalanya yang semakin berat dengan masalah. Kornea matanya berlaga dengan sepasang mata Iskandar yang kelihatan sayu.
Entahlah sejak kebelakangan ini wajah sayu itu semakin kerap bermain di mata. Iskandar membuat isyarat ke satu arah. Arissa baru perasan suasana riuh-rendah tadi sudah kembali sunyi. Rupanya khemah sudah siap dipasang.
Hanya tinggal beberapa orang saudara yang masih rancak bersembang di ruang tamu, termasuklah nenek yang giat menggubah bunga. Bukan main seronok dia bila tahu Arissa hendak berkahwin. Terlebih teruja neneknya itu.
Arissa mengukir senyuman sebelum berlalu ke dapur. Iskandar sedang menunggu di belakang rumah.
"Kenapa dua tiga hari ni abang tengok adik sedih je?ada masalah ke?"
Tanpa basa-basi terus diserbu soalan dari Iskandar. Arissa gigit bibir. Kelopak mata terasa suam. Apa yang harus dia beritahu pada semua orang. Majlis ini mungkin tidak akan berlansung.
"Tolong jujur dengan abang boleh tak?abang risau tau..mak usu cakap adik asyik termenung je ..please adik tolong bagitahu abang..."
Arissa yang tadinya hanya terdiam tiba-tiba mengalirkan airmata. Dia takut sangat hendak menyuarakan masalah dirinya di saat ini. Terlalu besar bagi dirinya.
"Cikgu Nazeem...dia...dia..."
"Kenapa dengan cikgu Nazeem?Apa dia buat dengan adik cakap dengan abang"
Suara Iskandar sudah naik seoktaf. Wajahnya sudah meruap marah.
"Dia ...dia ....majlis ni mungkin tak jadi abang"
Sambil tersedu Arissa meluahkan juga dengan suara yang perlahan.Risau ada yang mendengar.
"What????Tapi kenapa?habis tu kenapa adik masih tak cakap dengan mak Usu .."
Arissa pantas memegang tangan Iskandar.
"Tolong Rissa abang...jangan bagitahu Ibu, Rissa takut"
"Ya Allah Adik ..kalau adik tak bagitahu nanti hari majlis tu tiba-tiba tak jadi lagi besar masalah adik tahu tak?"
"Rissa tahu tapi Rissa tak tahu nak buat apa ..Rissa takut "
Iskandar masih tidak dapat menahan emosi marahnya.
Arissa tunduk sembunyi wajah yang sudah basah dengan airmata.
"Dia tak boleh terima Rissa, hari tu dia ajak jumpa lepas tu dia cakap dia dah tahu semua pasal Rissa ..dia marah..dia cakap buat masa ni dia masih tak dpat terima semua ni...Rissa tak tahu nak buat apa abang"
"Habis tu selama ni Rissa tak pernah bagitahu apa-apa ke kat dia?"
Arissa geleng kepala.
"Kenapa tak jujur dengan dia?"
Makin lebat airmata gugur di pipi Arissa.
"Takkan Rissa nak buka aib diri sendiri abang ..Rissa malu"
Arissa mengucapkan dengan suara tertahan-tahan. Iskandar jeda, bahunya melurut. Semua ini salah dirinya. Arissa yang sedang menangis hebat mengundang rasa bersalah kian menebal dihatinya.
"Maksudnya cikgu Nazeem tak jadi kahwin lah dengan adik?"
"Apa ni ?tak jadi kahwin?betul ke apa yang Ibu dengar ni Rissa?"
Belum sempat Arissa menjawab suara Ibunya sudah menyampuk lebih awal.Mak long jugak sedang berdiri di sana dengan riak terkejut. Arissa sudah pucat lesi!
YOU ARE READING
Gerimis
RomanceDia yang pernah menyakiti, dia kembali. Insan yang dipuji puji tapi hati Arissa tidak mampu mengakui kebaikan si jejaka.. kerana satu peristiwa yang telah menggelapkan dunia remajanya ..meragut seluruh jiwa dan kepercayaannya.. ya lelaki itulah ..le...