"Saya terima lamaran awak"
Akhirnya Arissa memberikan kata putus kepada Cikgu Nazeem. Walaupon hati masih berbelah-bagi tetapi dia rasakan ini keputusan yang paling tepat.
Cikgu Nazeem yang sedang duduk berhadapan dengan Arissa sudah mengangkat tangan mengucapkan syukur.
"Saya dah bagitahu Ibu, In Shaa Allah lepas exam nanti Ibu minta mak dan ayah awak datang rumah"
"In Shaa Allah kalau boleh sekarang jugak saya nak pergi rumah awak Rissa"
Arissa senyum bersahaja. Lepas exam pon rasa macam sudah cepat sangat inikan pulak sekarang.
"Tapi Ibu pesan jumpa dengan mak ayah awak dulu kenal-kenal"
"In Shaa Allah nanti saya bawak awak jumpa parents saya,diaorang dah lama nak jumpa awak"
Keterujaan diwajah cikgu Nazeem menambah keyakinan untuk menetapkan hati pada lamaran itu.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
"Tak cepat sangat ke? Rissa kan masih belajar?"
Soalan dari Ibu cikgu Nazeem agak dingin. Bahkan sejak masuk ke dalam rumah itu tadi aura dingin sudah terasa.
Dulu sebelum bertunang memang mereka lansung tidak sempat berjumpa. Ada sahaja halangan. Kesibukan Arissa sebagai pelajar membataskan waktu. Ditambah pulak, cikgu Nazeem yang makin kerap outstation.
Akhirnya mereka hanya berjumpa pada hari pertunangan yang serba ringkas. Arissa sendiri tidak sempat menyiapkan majlis yang meriah. Cikgu Nazeem beria-ia hendak cepat bertunang. Arissa ikutkan saja.
"Tak lah Ummi, Rissa ni tinggal setahun je lagi nak habis study, Naz sibuk rasanya kalau nak tunggu masa sesuai lambat lagi Ummi"
"Hmmm iyalah Ummi ikutkan je lah kalau tak sebab Naz memang Ummi tak nak cepat-cepat"
Tersayat hati Arissa. Dengan kata lain kalau bukan sebab anak kesayangan,anak tunggalnya tak mungkin dikahwinkan dengan Arissa. Hati mula rasa curiga. Adakah pernikahan ini tidak direstui?Kenapa? Sebab status dirinyakah?
"Alah Ummi Naz ni tak sabar sangat dah Ummi takut Rissa ni terlepas kat tangan orang lain"
Arissa ukir senyum paksa. Macamana nak ikhlas kalau terasa diri kurang diterima. Apabila Arissa angkat kepala sepasang mata menjelingnya dingin. Arissa kembali memakukan mata ke lantai.
"Ummi jangan risaulah nanti Naz siapkan semua..Ummi relax je .."
Cikgu Nazeem masih memujuk ibunya yang kelihatan kurang setuju dengan keputusan dirinya untuk mempercepatkan pernikahan.
Kalau diikutkan Arissa jugak tidak setuju tapi Cikgu Nazeem bersungguh memujuk dirinya. Katanya tak elok tunang lama-lama.
"Kalau macam tu ikut suka Naz lah Ummi tak nak campur"
Cikgu Nazeem tersengih hingga telinga. Mata kembali memandang Arissa. Tak sabar rasanya ingin memiliki gadis idaman hatinya.
"Saya minta diri dulu Mak Cik takut lewat pulak sampai kampus nanti"
Tidak betah rasanya berada lama di dalam rumah besar itu. Dia takut lain pulak jadinya.
"Hmmm"
Masih dingin dan bersahaja balasan dari ibu cikgu Nazeem. Setelah bersalaman Arissa melangkah keluar diiringi Cikgu Nazeem yang sudah berjanji menghantar dia ke kampus. Kalau boleh Arissa tidak mahu dihantar. Apatah lagi melihat riak wajah kurang senang dari Ibu tunangnya membuatkan dirinya tidak selesa.
"Hantar saya balik rumah je,esok saya balik naik bas "
Arissa meminta dengan ikhlas bila mereka sudah berada di atas jalan raya. Jauh dari pandangan bakal Ibu mertuanya.
"Eh kenapa pulak?kan saya dah janji nak hantar awak"
"Takpe, saya rasa esok sajalah saya balik,cuti saya ada lagi sehari"
Arissa sebenarnya rasa tidak sedap hati menyusahkan Cikgu Nazeem. Sejak mereka kenal, lelaki itu banyak berkorban untuk dirinya. Kalaulah betul telahan bahawa dirinya tidak disukai dia seharusnya cuba untuk tidak membeban kan lagi Cikgu Nazeem.
"Kalau macam tu esok saya ambik cuti hantar awak lah"
Isyyy susah betul nak mengelak dari Cikgu Nazeem ni.
"Tak payahlah ambik cuti nanti kan nak ambik cuti lagi untuk majlis kita"
"Tapi saya tak nak lah lepaskan awak balik sorang,saya risau, awak tahu kan betapa sayangnya saya pada awak"
Arissa memain-mainkan cincin di jari manisnya. Sayang?Cikgu Nazeem selalu meluahkan perasaannya tanpa ragu sejak dulu tapi sejauh mana?Sanggup kah dirinya diterima jika dia membuka pekung di dada?
"Alah tak apalah esok awak pergi kerja macam biasa saya pergi naik bas je..In Shaa Allah tak ada apa lah"
Cikgu Nazeem sengih memandang wajahnya. Arissa membalas senyuman tanda dia menghargai perhatian yang Cikgu Nazeem berikan padanya sejak dulu. Setelah itu tidak kedengaran lagi bicara antara mereka.
YOU ARE READING
Gerimis
RomanceDia yang pernah menyakiti, dia kembali. Insan yang dipuji puji tapi hati Arissa tidak mampu mengakui kebaikan si jejaka.. kerana satu peristiwa yang telah menggelapkan dunia remajanya ..meragut seluruh jiwa dan kepercayaannya.. ya lelaki itulah ..le...