Bab 22

1 0 0
                                    

Semua sudah berlalu. Majlis yang sepatutnya persandingan yang gilang-gemilang digantikan dengan kenduri doa selamat.

Sehari sebelum majlis Iskandar menghadap keluarga Cikgu Nazeem memulangkan cincin. Bahkan membayar gantirugi kepada mereka.

Flashback

"Kami sekeluarga minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat meneruskan majlis ni"

Ujar Mak Long masih menjaga budi bahasa walaupon hati sudah kurang senang dengan layanan kurang mesra dari pihak keluarga Cikgu Nazeem.

"Baguslah macam tu dari awal saya kurang setuju diaorang ni menikah saya tak berkenan sangat dengan anak saudara puan ni macam-macam cerita buruk saya dengar dari orang pasal dia"

Dada Iskandar sudah turun naik mendengar kata-kata dari bibir Ibu cikgu Nazeem. Tapi mengingatkan Arissa yang meminta agar hubungan diputuskan secara baik dia tahan hatinya.

Selama ini keluarga Cikgu Nazeem memang selalu mengata dibelakang. Dia tahu sebab Mama ramai kenalan. Mama pon dah kenal sangat dengan perangai keluarga Cikgu Nazeem. Luar saja nampak baik tapi didalam. Tuhan saja yang tahu.

"Tak apalah kami anggap mereka tak ada jodoh sajalah"

Iskandar kagum dengan kesabaran Mamanya yang masih berbicara dengan lemah-lembut.

"Tapi itulah banyak anak saya dah habiskan duit untuk majlis ni..."

Rungutan itu kedengaran kurang menyenangkan di cuping telinga Iskandar. Dia dan Mamanya mewakili keluarga Mak Usu macam cacing kepanasan. Nasib baik Cikgu Nazeem tidak ada hari itu. Kalau tidak mahu berbalah besar.

"Pasal duit tu tak payah risaulah Puan, kami akan bayar balik semuanya"

Tegas Iskandar. Dia ingin semua ini cepat selesai. Lagi lama dia disini lagi meruap rasa marahnya.

"Betul tu Puan kami akan ganti semua perbelajaan  yang Puan sekeluarga dah keluarkan sebab kami sendiri minta pertunangan ini diputuskan sebab memang anak sedara saya sendiri dah tak nak kot kat anak puan tu"

Terselit nada sindiran pada bicara mamanya Iskandar terkedu. Boleh tahan Mamanya ni bila datang sinisnya. Wajah Puan di sebelah sana sudah lain. Terasa agaknya.

"Kalau macam tu kami minta diri dulu, pasal gantirugi tu nanti anak saya akan selesaikan ya"

"Tak payah tunggu kot, ni saya dah tulis cek pon atas nama anak Puan ya nanti suruh dia cashkan je cek ni"

Keruh sahaja wajah Puan apa entah. Iskandar pon malas nak kenal. Kalau tak dia fikirkan didikan Mama yang selalu pesan hormat pada orang tua  memang tak lah dia nak cakap baik-baik pada orang macam ni. Sesuka hati menuduh adik sepupunya berperangai buruk tanpa menyiasat dahulu.

Setelah selesai bersalaman lebih kurang mereka dua beranak tergesa gesa meninggalkan rumah itu.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

"Geram betul Is tengok keluarga diaorang tadi tu Ma macamlah anak dia tu bagus sangat haih...."

Iskandar menghempaskan tubuh ke sofa.
Mamanya tersengih melihat anak bujangnya mengamuk.

"Biar je lah Is, tak rugi tak berbesan dengan orang macam tu ..adik tu boleh dapat lagi bagus dari anak diaorang, dahlah cantik belajar tinggi"

Iskandar tarik nafas lega kembali bertenang. Terpujuk dengan kata-kata lembut Mamanya.

"Ma kesian dengan adik tu...kalau betul tak ada orang nak Ma bagi Is je lah nak tak?"

Eh! Mamanya ini memandai saja.

"Eh Ma ni...memandai je, kalau betul pon adik tu tak adanya nak dengan Is ni"

"Eh belum cuba belum tahu tau, nak Ma try tak?"

Iskandar tersenyum simpul. Mamanya sejak dulu memang memahami hati dan perasaannya.

" Ma ..adik tu baru lagi putus tunang, tak payah tergesa-gesa sangat lah Ma, Is tak nak paksa .."

"Is ni anak Ma tau, Ma dah faham sangat apa yang Is rasa, cara Is pandang adik tu memang bukan pandangan seorang abang , Is dah lama tunggu adik kan? Sampai bila nak tunggu?nak biar adik terlepas kat tangan orang lain lagi sekali ke?"

Iskandar membaringkan tubuh seraya meletakkan tangan di atas dahi.

"Suka hati Ma lah Is ikut je"

Terus capai bantal kecil di atas sofa menutup muka. Malu!
Mamanya sudah terkekeh-kekeh ketawa melihat gelagat anak bujang tunggalnya. Malu malu tapi mahu!





Gerimis Where stories live. Discover now