Iskandar membisu seribu bahasa sambil memandu perlahan. Situasi yang dia tak pernah jangka berlaku di depan mata. Bagai hendak luruh jantungnya melihat kejadian yang menimpa Arissa.
Tubuh Arissa kotor dicemari tanah, tudung yang sudah tercampak, baju koyak-rabak , kain tersingkap. Mendidih darahnya melihat perbuatan keji yang cuba dilakukan anak Pakcik Deraman yang memang terkenal dekat kampung itu.
Nasib baik hati dia tergerak nak jumpa mak usu dekat kedai ustaz Haris. Alang-alang dia tanyakan ke mana Arissa tak nampak dia balik dari sekolah lagi. Mak Usunya bagitahu Arissa pergi melawat nenek. Tapi dia rasa tak sedap hati lalu dia menyusul setelah terasa agak lama Arissa belum jugak balik.
Sebab biasanya dia memang jarang balik lambat hatta ke rumah nenek sekalipon. Mak Usu nya memang suruh Arissa balik cepat.
Benar seperti yang dia rasa ada perkara buruk menimpa Arissa. Bagai nak pecah jantungnya. Tak sanggup dia bayangkan kalaulah dia lambat apalah akan jadi pada Arissa.
"Adik okay?" Setelah agak lama suasana kekok antara mereka berlarutan Iskandar menyoal.
Arissa angguk perlahan dengan tangan yang masih terketar-ketar memintal hujung bajunya. Iskandar dapat mengesan titisan airmata yang masih belum kering di pipi Arissa. Ingin dia menyapu airmata itu. Tapi...
"Kita pergi klinik ya lepas tu terus pergi balai buat report"
Pujuk Iskandar. Dia kasihan tengok wajah Arissa yang calar-balar dengan kesan luka dan bengkak. Terdapat setistis dua sisa darah yang masih belum kering dibawah bibirnya. Jatuh simpatinya di situ. Tidak sanggup dia lihat wajah kesayangan dalam keadaan begitu.
Arissa geleng pantas. Airmata gugur lagi. Dia tak nak buat apa-apa. Dia cuma nak balik dan menangis sepuasnya. Dia tak nak jumpa sesiapa.
"Mana boleh macam tu sayang..setan macam tu tak boleh biar lepas macam tu"
Sebal hati Iskandar mendapat respon sebegitu. Hati sudah geram dengan perangai setan anak pak Deraman. Kalau boleh memang dia nak pastikan budak tu merengkok dalam penjara.
Arissa palingkan muka ke luar tingkap kereta. Dia malu nak menghadap Iskandar. Dia malu Iskandar lihat dia dalam keadaan yang aib seperti tadi.
"Lain kali nak pergi mana-mana bawak teman, bahaya jalan sorang-sorang tau tak?"
Nada suara Iskandar berbaur kemarahan. Dia kesal dengan perangai Arissa yang kurang berhati-hati. Arissa masih diam tidak berkutik. Wajah itu kelihatan sayu. membuatkan hati Iskandar luluh. Rasa bersalah naik angin pada Arissa. Sepatutnya dia memujuk Arissa tapi dilempiaskan amarah pulak.
"Abang jumpa lagi budak tu abang tak lepas punya berani dia sentuh adik, kurang ajar tak ada otak"
Arissa sentap mendengar kata-kata Iskandar. Seakan dejavu dia terimbas kejadian dulu.
"Abang lupa ke abang pon tak ada beza dengan Pali tu?mungkin abang lebih teruk lagi abang lupa ya?"
Terluncur kata-kata yang sudah lama Arissa simpan di dalam hati. Dia menangis makin kuat selepas menuturkan ayat itu. Iskandar terkedu, kaku beku....
Dia mati kata. Kalau tidak mengenangkan Arissa ada disebelahnya saat ini dia sudah menangis kekesalan. Dia rasa berdosa yang teramat sangat.
Arissa terus menangis sementara Iskandar menumpukan perhatian pada jalan. Sehinggalah tiba di rumah gadis itu masih juga membisu. Keluar tanpa kata, yang ada hanya wajah pilu berteman airmata yang dibiarkan mengalir bersama titisan hujan yang masih belum berhenti mencurah ke bumi.
Dalam hati Iskandar tertanya adakah Arissa terbayang peristiwa lama yang seakan berulang kembali hari ini?
YOU ARE READING
Gerimis
RomanceDia yang pernah menyakiti, dia kembali. Insan yang dipuji puji tapi hati Arissa tidak mampu mengakui kebaikan si jejaka.. kerana satu peristiwa yang telah menggelapkan dunia remajanya ..meragut seluruh jiwa dan kepercayaannya.. ya lelaki itulah ..le...