Bab 18

1 0 0
                                    

"Apasal kau ni?gaduh dengan Syamsul Ghau Ghau bukan  nama sebenar ke?"

Arissa gelak kecil. Sesuka hati je Rara serkap jarang.

"Mana ada..asal cakap camtu?pelik lah"

"Ye lah kau selalu balik dari group discussion muka toya je mesti berdebat dengan mamat tu kan?"

"Isyyyy memandai je kau ingat dia tu kaki gaduh?asal jumpa saja nak bertekak?

"Mana lah tahu kan, aku pon allergic dengan mamat tu poyo sangat, nak menang je kerja..lepas tu suka mengarah orang"

Ketawa besar Arissa dengar teman sebiliknya membebel. Anti betul dengan Syamsul tu.

"Tak baik tau kau ngumpat dia, berdosa kalau kau nak kutuk apa kata kau cakap depan dia...dari benci nanti jatuh sayang pulak tak gitu?"

"Memang tak lah nak jatuh sayang, ego nak mampus mamat tu"

"Jangan takbur sangat lah Rara..nanti dah fall in love baru tahu.. hahaha"

Arissa sambung gelak.

"Dah kau jangan nak konar citer pulak, tadi tu aku tengok kau masam je apahal?Ada masalah?

"Tak ada apalah, aku penat sikit, stress pon ya jugak maklumlah majlis nak dekat dah ni"

Jawab Arissa.

"Ye tak ye jugak kan? Sekarang ni apa yang tak siap lagi?ada apa-apa yang aku boleh tolong tak?"

"Tolong hadirkan diri sudah..yang lain semua cikgu aku dah settle kan,cuma aku ni stress sebab majlis cepat sangat tak sampai sebulan lagi"

Terkeluar keluhan panjang dari Arissa. Nun jauh disudut hati sebenarnya dia gusar. Ada benda yang dia belum clarify dengan cikgu Nazeem.

"Haiiiii Kalau aku lah memang tengah excited gila nak kahwin yang kau ni nak stress pasal apa?"kan kau cakap cikgu kau tu dah settle kan semua"

"Entahlah aku rasa aku tak ready lagi kot"

"Eh jangan nak macam macam Rissa,kad dah edar semua tau,takkan kau nak cancel pulak?"

"Aku rasa lain macam la, entahlah Ummi Naz tu macam sesuatu je dengan aku"

"Sesuatu macam mana pulak?kau kan dah bertunang bagai,apa lagi yang sesuatu nya?"

Arissa mendiamkan diri. Letih lah nak explain dekat orang lain firasat hatinya ini. Yang pasti memang sejak dua menjak ini Cikgu Nazeem sendiri sudah jarang contact dia.

"Isyyy kau jangan fikir sangat lah kadang-kadang tu dugaan orang bertunang ni macam-macam rasa datang"

Arissa urut kepala gaya berfikir menghadam kata-kata temannya. Ada betulnya jugak nasihat temannya itu. Mungkin perasaan dia saja kot. Entahlah ...tapi ada benda yang belum dia bagitahu pada cikgu Nazeem membuatkan dia rasa tidak sedap hati.

Flashback

"Adik .."

Arissa berpaling jugak walaupon sudah dikeraskan hati tidak mahu terlalu memberi muka pada Iskandar.

Tanpa dia izinkan tangannya sudah berada di dalam genggaman Iskandar. Arissa tidak membantah otaknya kurang waras agaknya ketika itu. Dengan badan yang kurang sihat.

"Adik..."

Hanya panggilan manja yang selalu digunakan Iskandar itu yang diucapkan dari tadi, tiada yang terluah selain itu.

"Kalau abang dah tak ada benda nak cakap boleh tak lepaskan tangan Rissa..Rissa tunang orang"

Iskandar mengangguk lemah. Sayu sahaja wajah itu melepaskan genggaman.

"Abang harap adik jaga diri ya lepas ni abang dah tak boleh tengok tengokkan adi  lagi"

Pesanan terakhir dari Iskandar sebelum Arissa berlalu kedengaran lirih. Ada nada sebak dalam kata-kata itu. Arissa bingung memikirkan apakah yang tersirat di hati Iskandar. Hari itu hari yang sangat aneh, tiba-tiba hatinya seakan mencair melihat wajah yang hiba dan kata-kata yang sayu dari Iskandar.

Gerimis Where stories live. Discover now