Bab 10

2 0 0
                                    

Arissa tidak keluar rumah selama beberapa hari kerana peristiwa yang berlaku pada dirinya. Trauma dia rasakan.

Nasib baik Ibu tidak tahu apa-apa. Dia bagitahu dia jatuh basikal. Abang Is pulak berdiam diri tidak membuka rahsia.

Arissa sudah tidak pedulikan apa-apa. STPM pula makin dekat dia ambik peluang ini untuk lebih banyak berdiam diri jika ditanya Ibu senang dia jawab stress exam.

Sejak peristiwa itu jugak Abang Is sudah lama tidak kelihatan. Mungkin sudah berjauh hati. Ah!lantaklah semua yang dia cakap tu kenyataan Abang Is kena terima hakikat.

Sekarang Arissa fokus untuk mengahadapi STPM. Lepas itu dia nak keluar dari kampung ini.

Kadangkala ada rindu yang menderu entah pada siapa. Pada abang Is mungkin. Terselit juga perasaan bersalah tidak lansung mengucapkan terima kasih atas pertolongan abang Is menyelamatkan dia dari niat jahat Pali.

Pali pulak menghilang setelah peristiwa itu. Kata Nurul Pali memang tak datang sekolah.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Arissa terjaga bila dengar riuh-rendah dari luar rumah. Memang dia penat dan mengantuk sangat mengulangkaji semalam. Tinggal lagi dua subjek untuk peperiksaan STPM.

Dia cuba jugak buat tak tahu dengan bunyi bising diluar tapi makin lama makin riuh pulak. Apa hal sebenarnya ni?

Arissa memisat-misat mata, masih mamai lagi. Berajalan terhuyung-hayang keluar bilik. Sampai dipintu utama rumah kedengaran suara perempuan terjerit-jerit. Arissa berdiri ditepi pintu yang sedia terbuka, cuba mengamati kejadian sebenar tapi otaknya betul-betul blurrrr. Yang dia dengar tempikan keras dari luar rumah. Ada beberapa sosok manusia itupon samar-samar.

"Ha keluar pon kau kan?eh aku nak tanya apa salah anak aku hah?kau tuduh dia macam-macam sampai kena lokap"

Arissa pasang telinga. Ayat tu macam ditujukan untuk dia tapi dia masih belum dapat mengecam manusia yang terpekik terlolong sejak tadi.

Ibu disebelah diam sahaja. Arissa buka mata sedikit. Eh ! Ramai pulak orang depan rumah dia ni. Baru dia perasan yang terpekik terlolong tadi tu mak Pali.

"Kau cakap sekarang Rissa kau fitnah apa pada anak aku tu dekat polis sampai polis tangkap dia hah?"

Erkk! Fitnah apa pulak ni?polis ? Pali kena tangkap dengan polis ke?Kes apa?

"Pandai kau kan berpura-pura baik padahal kau yang menggatal dengan dia lepas tu kau report dia cuba rogol kau ya .."

Terangkat tangan orang tua tu memaki dia. Eh! Baru Arissa teringat kejadian hari tu. Menguap Arissa sengaja dia tunjukkan depan mak Pali biar dia nampak riak menyampah Arissa yang malas melayan drama di depan mata.

Apa kes?bila masa pulak aku report setahu Arissa yang tahu pasal tu cuma dia dan abang Is sahaja.

Abang Is?Arissa buka mata luas-luas. Terbias seimbas lalu wajah itu semasa dia cuba menilik gerangan manusia di depan rumah. Matanya bertentang dengan sepasang mata Abang Is yang merenungnya tidak berkelip disertai senyuman lucu dan mengenyit mata.Eh!

Arissa menundukkan muka. Demi terpandangkan bahagian bawah baru dia perasan butang baju yang dibutangkan tinggi sebelah. Ya Allah, malunya. Dia terus berlari masuk ke dalam bilik semula. Patutlah tercengang sahaja manusia-manusia di depan rumahnya. Lebih parah lagi bila dia terlihat wajah dicermin air liur basi masih melekat tepi bibir dan rambut kusut-masai. Ya Allah malunya.

Rambut? Ya Allah dia keluar tadi tidak bertudung pastilah abang Is sudah nampak auratnya. Yang dia perasan ada seorang saja lelaki depan rumahnya tadi. Lagilah berganda malunya. Tapi jauh disudut hati ada perasaan indah menjalar dalam hati mengenang senyuman Abang Is yang manis tadi.

Sehingga malu yang dia rasakan adalah malu yang indah! Arissa rebahkan tubuh ke atas katil sambil tersenyum manis. Apakah perasaan ini?

Bahagia sahaja dirasakan sementelah suara bingit tadi sudah makin menjauh. Mungkin saja mak Pali sudah habis menghamburkan amarah, sudah penat memaki, mengalah jugak akhirnya setelah tidak dilayan. Pheww.....ada aku kisah?

Gerimis Where stories live. Discover now