BAB 3

151 4 0
                                    

Dua lelaki yang lari daripada Zairul dan Izzat tadi sudah kepenatan berlawan sewaktu menyamun kedai makan itu. Mereka berhenti disekitar kaki lima disebuah bangunan itu.

" Macamana polis ada dekat dalam kedai makan itu tadi?"

"Aku tak tahu, selepas aku acukan parang dekat diorang, tiba-tiba diorang keluarkan pistol dan acukan dekat kitaorang"

" Sekarang macamana boss? Apa plan kita seterusnya?"

"Malam esok aku nak kita berpecah, sorang pergi ke kelab malam untuk settlekan pil khayal itu. Aku dengan kau kita pergi dekat sekitar KL. Macam biasa, dekat kaki lima yang selalu kita lepak."

Lelaki yang memandu itu hanya mengangguk faham.

Lokasi : Di Kelab malam

Jam 9 malam Izzat, Syuhada dan Ezwina memerhati sekeliling diluar kelab malam itu dengan penuh teliti. Begitu ramai orang yang berpusu-pusu masuk keluar kelab itu.

Tugasan yang diberikan kepada Izzat tersangatlah mencabar kerana dia mencari siapakah ketua pengedar pil khayal itu.

Tiba-tiba mereka bertiga ternampak 3 suspek berjalan menuju kearah pintu masuk kelab malam. Membulat mata mereka berdua melihat figura lelaki yang meangkah masuk kedalam kelab itu.

"Zat, berapa lama lagi kita kena tunggu ni?" Sapa Syuhada sambil melihat sekeliling luar kelab itu.

" Kita tunggu dalam beberapa minit lagi."

"Tuan! Malam ini juga ke kita berkas suspek-suspek tu?" Tanya Ezwina dengan penuh lemah lembut suaranya.

"Kalau boleh kita berkas je malam ni! Diorang ni tak boleh dilepaskan! Silap hari bulan boleh buat lauk "

Izzat memandang kearah Ezwina melalui cermin sisi pandang belakang. Dia ingin bertanya sesuatu kepada Ezwina.

"Ezwina! Saya nak tanya awak sesuatu boleh?" Tanya Izzat tenang sambil mengunyah chewing gum.

"Apa dia tuan?"

"Kenapa awak berani terima lamaran ASP Zairul? Dia bukannya hensem sangat." Izzat memerli Zairul dihadapan Ezwina tetapi Ezwina beriak tenang dan senyum. Jikalau Zairul bersama dengan mereka,tentu menjadi isu besar.

"Errr! Saya pun ndak tahu tuan. Kalau ikutkan, saya ndak mahu jatuh cinta sama Tuan Zairul tapi keberanian dia meluahkan perasaaan cinta dia membuatkan saya setuju terima lamarannya.

"Kau ni Zat! Sempat lagi kau tanya soalan begitu. Biarlah Zairul pilih Ezwina. Apa masalahnya." Bebel Syuhada dengan suara memerli.

"Yang tuan pula, kenapa diam-diam bercinta dengan Sarjan Hanis?"

Izzat membulat matanya apabila diri sendiri dimentalkan oleh Ezwina kembali. Dia menarik nafas dan melepaskan nafas lega. Didalam hatinya sudah terbakar ingin memaki Ezwina.

"Boleh tahan juga bini si Zairul ni. Kena aku kali ini." Bisik didalam hatinya.

"Awak jaga ASP Zairul awak tu baik-baik ya Wina. Saya bukan apa, sebab di IPK tu ramai yang tergila-gilakan dia. Yalah, diakan hot dan handsome. Mana taknya anggota dan pegawai wanita tergila-gilakan dia."

"Insyallah puan! Saya tahu Tuan Zairul takkan pandang orang lain."

Lokasi : Di sekitar kaki lima

Zairul bersama-sama dengan Irana dan Imran untuk mencari dua suspek dalam kes rompakkan disekitar kaki lima itu.

Setelah mereka sampai disekitar kawasan itu, Zairul mulakan langkahnya untuk mencari suspek-suspek itu. Dia tahu kelebihan dia untuk mencari suspek tidak kira apa jua kes, pasti dia akan dapat berkas.

Nyawa & CintaWhere stories live. Discover now