Syuhada keluar bersama bakal suaminya mencari barang persiapan untuk hari bahagia mereka tidak lama lagi. Disebuah butik pengantin ,Syuhada memilih warna tema baju pengantin. Dia memilih tema biru gelap kerana itu warna kegemaran bakal suaminya.
"Betul ke u nak warna biru gelap?" Tanya Syuhada kepada bakal suaminya.
" Yup! itu kan warna kegemaran i" Jawab Ezril . Syuhada bersetuju memilih warna biru gelap itu.
Selepas semua selesai membuat pilihan, mereka berdua melangkah keluar pada butik pengantin itu. Dia memandang jam pada tangan nya, menunjukkan tepat jam 1 tengahari, Syuhada dan Ezril berjalan mencari sebuah kedai makan untuk makan tengahari bersama-sama.
Beberapa minit kemudian mereka sampai di kedai makan itu. Syuhada memilih lauk pauk untuk makan tengahari.
"Lamanya tak makan nasi kandar ni" sapa Syuhada
"Awak suka nasi kandar?" Tanya Ezril Firdaus kepada Syuhada. Syuhada hanya mengangguk
"Nasi kandar antara makanan kegemaran saya kalau saya keluar lunch hour dengan Zairul dan Izzat."
Ezril hanya mengangguk perlahan apabila mendengar nama Zairul dan Izzat. Dia tidak tahu kenapa dia tidak boleh rapat dengan dua pegawai itu. Mereka meneruskan menyuap makanan masing-masing.
Zairul yang baru saja sampai di pejabat , kelihatan Zahirah yang sedang fokus menyiapkan semua kerja dengan 6 fail diatas meja.
Dahinya mula berkerut melihat adik nya yang bertungkus lumus menyiapkan semua kerja itu.
"Zahirah!"
Dengan segera Zahirah memandang kearah abangnya yang berdiri dihadapannya.
"Tuan!" Sapa hormat Zahirah.
"Banyaknya kerja. Mana orang lain? Takkan awak sorang je siapkan ni semua!" Tegur Zairul.
Tiba-tiba terdengar tapak kasut dua anggota lelaki yang baru masuk di tempat itu. Zairul memandang kearah dua anggotanya itu. Zairul mencekak pinggangnya sambil memandang kearah mereka berdua.
"Awak berdua.'' Anggota itu terhenti seketika langkah mereka.
" Alamak! Tuan Zairul lah! Ada apa pulak ni?"
"Entah!"
"Mari sini." Sapa Zairul dengan tegas. Lalu mereka berdua melangkah kearah Zairul dengan wajah yang cemas untuk berhadapan dengan pegawai seperti Zairul.
" Ya Tuan!"
"Kenapa awak suruh Zahirah siapkan semua kerja ni? Awak berdua pergi mana?" Tanya Zairul dengan nada tegas. Dua anggota itu berada didalam keadaan tenang tetapi dihati mereka masing-masing sudah ketakutan.
"Kitaorang... " Tergagap orang bawahannya apabila berhadapan dengan Zairul. Wajahnya sudah pucat lesu. Zahirah hanya memandang abang sulungnya yang sedang menegur dua anggota lelaki yang berada disitu.
"Sekarang ini jangan bagi apa-apa alasan. Saya nak awak berdua siapkan sama fail ni. Faham." Sapa Zairul sambil menyerahkan fail itu kepada orang bawahannya.
"Baik tuan!" Sapa anggota itu dan meninggalkan tempat itu dengan segera.
Zairul terus masuk kedalam biliknya dan menutup pintu itu. Zahirah memandang kearah abangnya kini dalam keadaan angin tidak stabil. Zahirah hanya menggeleng kepala perlahan. Dua anggota bawahan itu berborak sesama mereka dan bercakap belakang selepas dimarahi oleh Zairul.
"Tuan Zairul ni tak bagi peluang langsung."
"Kau tak baiklah cakap macam itu! Kau pun satu, asal bagi semua fail tu dekat Zahirah?"
YOU ARE READING
Nyawa & Cinta
ActionNyawa atau cinta, ku genggam bersama. Sebelum nak baca Fight & Love series ni, korang baca yang berepisod dulu. Saya dah complete episod 1-6. Sekian .... Nyawa & Cinta mengisahkan dimana 3 pegawai muda yang berani mati dan tangkas apabila didalam op...