BAB 6

134 5 0
                                    

Fong dan Sham tiba di rumah Elmi dimana lokasi persembunyian mereka daripada diketahui oleh orang lain.

Elmi yang duduk diatas sofa dan ditangan nya memegang sebiji gelas berisikan air gas zapel , bersilang panggung kakinya sambil memandang kearah televisyen dengan wajah yang bengis.

Pintu rumah itu dibuka kuat oleh Sham, Elmi memandang kearah mereka.

"Elmi.. aku nak beritahu sesuatu pada kau"

"Apa dia?"

" Tadi aku dengan Fong ternampak dua polis lelaki yang serbu kita tempoh hari melepak di kedai mamak"

" So?"

" Aku dengan Fong perhati mereka daripada jauh.. Wajah mereka bukan main seronok"

Gelas yang dipegang tadi diletakkan diatas meja dan dengan pantas dia bangun daripada sofa itu dengan wajah yang bengis.

" Mi.. ni gambar diorang berdua" Sapa Fong sambil meletakkan dua keping gambar iaitu gambar Zairul dan Izzat diatas meja.

Elmi memandang dua gambar itu dengan penuh pandangan tajam dan dendam sehingga dia ingin menikam diatas gambar itu.

" Sekarang apa plan kau Mi?"

"Tunggu tiba masanya, aku takkan benarkan dua durjana ni terlepas. Dia akan tahu nasib nya nanti."

Elmi mengambil pisau yang berada diatas meja itu dan terus menikam atas gambar itu.

...

Ezwina kini berada di Perlis menyertai satu program selama 1 minggu. Dia berjalan menuju ke dewan untuk memulakan hari pertama program bersama-sama rakan yang lain. Kini dalam fikiran nya sering terbayang wajah suaminya yang sedang tinggal berseorangan di rumah.

Didalam fikiran nya bermain segala memori manis ketika dia sah menjadi isteri kepada Zairul , dia tersenyum seorang diri mengingati kenangan itu.Dia menghidupkan skrin phone nya dan terpapar lah satu gambar lock skrin mereka berdua sewaktu berkahwin.

"I miss you Mr ASP" luah rindu Ezwina kepada suaminya ketika dia memandang gambar pada telefon nya. Dia mengukir senyuman sambi memandang kearah skrin phone nya. 
.
.
.
.

Jam menunjukkan jam 1 tengahari, dimana Zairul,Izzat dan Syuhada keluar makan tengahari bersama-sama disebuah kedai disekitar bandaraya itu.

Sementara mereka menunggu makanan dan minuman mereka sampai, Zairul memandang gambar pada skrin phone nya terpapar gambar Ezwina. Rasa rindu didalam hati terhadap isterinya membuak- buak . Syuhada dan Izzat memandang hairan kearah Zairul.

" Rul, kau okay ke?" Zairul hanya mengangguk perlahan.

"Aihh, aku tahulah Ezwina tak ada kat sini.. dia tinggal suami dia seminggu."

"Aku bukan apa Zat,Syu.. kau kenal aku macamana kan?! Sebaran2 aku kalau bab cinta memang aku tewas." Kening Izzat terangkat tidak faham.

"Maksud kau?"

"Maksud aku.. aku akan tewas apabila aku berjauhan dengan orang yang aku sayang. Aku tidak tewas dan tidak mengalah dalam tugasan."

"Kenapa kau cakap macamtu?" Tanya Syuhada.

" Aku hanya ada mak aku, Zaira,Zahirah dan Ezwina saja.. jika aku kehilangan 4 bidadari ni, hidup aku akan hilang serinya."

Izzat dan Syuhada mengangguk faham. Dia sangat memahami perasaan kawan nya.

Nyawa & CintaWhere stories live. Discover now