Jam menunjukkan 5 petang, Izzat mengemas barang-barang didalam bilik kerjanya. Dia melangkah kearah pintu keluar bilik kerja , pintu dibuka perlahan dan segala suis lampu, penyaman udara ditutup.
Irana dan Imran terserempak dengan Izzat dan menyapa hormat.
"Tuan!" Sapa Irana dan Imran tetapi Izzat tidak membalas sapaan hormat itu. Irana dan Imran mengerut dahinya kerana jarang pegawainya itu tidak membalas sapaan. Mereka berdua menggarukan kepala kehairanan.
"Kenapa dengan Tuan Izzat? Moody semacam je!"
"Ya Allah apalah kau ni! Tuan Izzat masih dalam mood sedih." Balas Imran terhadap Irana.
Irana menepuk dahinya kerana terlupa pegawainya itu masih didalam suasana sedih apabila kehilangan orang tersayang. Dia hanya menayangkan barisan gigi putihnya kepada Imran sambil menggarukan kepala.
.
.
.Sewaktu dia ingin berjalan menuju ke tempat parking kereta, dia terpandang seketika dimana tempat dan laluan pertama kali dia bertempuh bahu dengan Hanis. Sedikit senyuman pun tiada terukir dibibirnya tetapi rasa sebak bermain dihatinya.
Flashback *
"Bila kita mencintai yang lain mungkinkah hati ini akan tegar." Hanis menghiburkan hatinya dengan nyanyian tetapi dalam lekanya dia berjalan sambil menyanyi dia bertempuh bahu dengan seorang pegawai yang tinggi ditempat itu.
"Astagfirullahalazim! Maafkan saya tuan! Tuan okay?" Tanya Hanis dengan keadaan cemas. Dia mula merasa risau apabila dengan tanpa sengaja dia bertempuh bahu dengan pegawai atas. Mukanya mula bertukar merah kerana takut dimarahi.
"Eh tak apa! Saya okay!" Ujar Izzat tenang. Hanis menyerahkan kembali beberapa helai kertas berbentuk laporan kepada Izzat dengan airmuka ketakutan.
"Maafkan saya tuan! Saya leka tadi. I'm sorry!" Lembut saja suara Hanis meminta maaf kepada Izzat. Dia sangat memahami perasaan Hanis ketika itu. Izzat hanya mengukir senyuman. Sifatnya sangat disenangi oleh semua anggota yang berada disitu.
"Its okay! Lain kali hati-hati. By the way, petang ini awak free?" Tanya Izzat tenang. Hanis membulat matanya apabila soalan itu ditanyakan oleh Izzat. Ada apakah untuk pegawai atasan itu untuk berjumpa.
"Aaa..saya free saja tuan! Kenapa tuan?"
"Petang ini saya nak ajak lepak dekat kantin boleh?" Tanya Izzat dengan penuh tegas tetapi senyuman manisnya terukir dibibir.
"Aaa.. boleh tapi tuan ajaklah Tuan Zairul dengan Puan Syuhada sekali."
"Tak usah! Tuan Zairul dan Puan Syuhada ada tugasan diluar. Bolehkan? Kita berdua saja."
"Hmmm! Baiklah tuan!"
Izzat mengukir senyuman apabila mendapat persetujuan daripada Hanis untuk berjumpa dikantin. Hanis membawa diri untuk beredar daripada tempat itu setelah bertempuh bahu dengan Izzat sebentar tadi. Izzat hanya memerhati Hanis dengan penuh rasa seakan jatuh cinta terhadap anggota wanita itu.
Pada petang itu, Izzat menunggu kehadiran Hanis dikantin itu dengan beberapa biji pinggan yang dihidang dengan spaghetti dan sunquick ais. Jari jemarinya bergerak serentak sambil memandang sekeliling kantin itu.
Sementara dia menunggu kehadiran Hanis, dia memandang telefon miliknya tetapi belum sempat dia membuka telefonnya, Hanis sudah melewati pintu masuk kantin itu dengan wajah yang senyum.
"Assalamualaikum tuan!"
"Waalaikumusalam!" Salam dijawab oleh Izzat dengan wajah terkejut. Begitu terpesona dia melihat kecantikkan Hanis dihadapannya.
YOU ARE READING
Nyawa & Cinta
ActionNyawa atau cinta, ku genggam bersama. Sebelum nak baca Fight & Love series ni, korang baca yang berepisod dulu. Saya dah complete episod 1-6. Sekian .... Nyawa & Cinta mengisahkan dimana 3 pegawai muda yang berani mati dan tangkas apabila didalam op...