Nampaknya selepas kita check segala DNA ,cap jari pada pisau ni, kita dapat tahu hanya suspek yang sama." Sapa Zairul tegas sambil memegang satu rekod ditangannya.
"Maksud Tuan?"
"Maksud saya, suspek yang kita buru sekarang." Sapa Zairul
"Maksud kau, Elmi?" Soal Izzat.
"Ya, Apa yang aku tahu, Elmi bukan saja terlibat dalam kes rompakan, dia juga terlibat dalam kes bunuh. Aku kalau dapat malaon ni, memang aku tak bagi muka. Jangan main api dengan aku." Ujar Zairul dengan penuh rasa panas didalam hati.
Izzat begitu terkejut dengan keberanian Zairul walaupun tugasan mereka kini amat mencabar dan boleh membawa maut terhadap nyawa mereka.
" Aikk! Bukankah dia hanya terlibat dalam kes rompakan saja ke?"
"Tidak.. aku dah periksa segala data-data tentang Elmi, dia adalah ketua segala jenayah. Dia bahagikan sedikit tugasan haram kepada anak buahnya yang lain." Sapa Zairul
Izzat dan Imran hanya terdiam seketika apabila mendengar keterangan daripada Zairul mengenai Elmi.
"Jadi? Apa kita perlu buat sekarang Tuan?" Tanya Imran
"Tunggu arahan seterusnya daripada Tuan Farid. Saya tahu, Tuan Farid akan suruh saya dan Tuan Izzat awak pantau mereka"
Izzat memandang pelik kearah Zairul.
"Wah wah! Nama aku jugak kau petik ya. Yakinnya kitak." Sapa Izzat
"Yalah, habistu siapa lagi yang patut pantau mereka? Syu? Zahirah?"
"Ya aku tahu, tapi aku nak habiskan..." Sapa Izzat tanpa menghabiskan ayatnya.
"Tak ada! Aku tahu kau baru saja jadi suami kepada Sarjan Hanis yang lawa dan cantik tu tapi tugasan kita sekarang ni mencabar ya ASP Izzat. Kau jangan nak mengelak pula." Zairul memerli Izzat sekeras-kerasnya.
"Alah! Bagilah aku peluang Rul."
"ASP Izzat Ashraf! Aku kata tak bolehkan!" Sapa Zairul lagi.
Izzat melepaskan keluhan. Dia baru saja menjadi suami kepada Hanis tetapi tiada ruang untuk dia cuti selepas kahwin kerana kes yang mereka harus handle tersangat rumit. Dia hanya pasrah dengan bantahan daripada Zairul.
" So kita tunggu je arahan seterusnya daripada Tuan Farid"
Izzat dan Imran hanya mengangguk faham.
...
Elmi dalam keadaan gelisah apabila dia tidak sengaja menikam perempuan itu tempoh hari. Sham dan Fong melihat kegelisahan ketuanya itu hulur ke hilir.
" Mi, macamana ni? Kau nak rompak perempuan tu lepas itu kau bunuh pulak perempuan tu." Tiba-tiba Elmi menghentak meja itu sekuat hati. Dua anak buahnya tersentak terkejut dengan amukkan daripada Elmi.
" Korang diam boleh tak? Aku dah lah tengah gelisah, ada pulak korang berdua bertambah gelisah aku "
Sham memajukan langkahnya kepada Elmi dan dia menepuk bahu Elmi.
"Mi, rilek dulu,aku yakin kali ini polis takkan dapat kesan kita berada dimana. Aku yakin"
Elmi memandang kearah Sham dengan pandangan tajam.
Tiba-tiba telefon milik Elmi berbunyi dan terpapar nama "Azhay" dan dia mengangkat panggilan itu.
"Hallo"
YOU ARE READING
Nyawa & Cinta
ActionNyawa atau cinta, ku genggam bersama. Sebelum nak baca Fight & Love series ni, korang baca yang berepisod dulu. Saya dah complete episod 1-6. Sekian .... Nyawa & Cinta mengisahkan dimana 3 pegawai muda yang berani mati dan tangkas apabila didalam op...