Syuhada masih berfikir tentang kes yang baru saja berlaku melibatkan Zairul dan Izzat beberapa hari lalu yang menjadi mangsa culik oleh Elmi. Pen yang dipegangnya digocangkan sambil berfikir untuk mencari jalan untuk menyelamatkan dua sahabatnya itu.
Seorang anggota mengetuk pintu bilik kerja nya. Syuhada memandang kearah pintu yang diketuk tadi.
"Tok
"Tok
"TokPintu diketuk.
"Masuk" Sapa Syuhada. Anggota lelaki datang bertemu dengan Syuhada. Di tangan anggota itu sedang memegang satu pendrive.
"Selamat Tengahari Puan" Sapa anggota itu.
" Selamat Tengahari." Sapa Syuhada sambil dia menegakkan badannya
"Puan , kehadiran saya kesini untuk serahkan benda ni pada Puan"
Syuhada mengerutkan dahinya kehairanan. Wajah anggota itu dipandang dengan penuh serius tetapi anggota itu beriak tenang.
"Apa ni?" Tanya Syuhada.
Pendrive itu diserahkan kepada Syuhada. Dia membuka satu video didalam dokumen pendrive itu. Dengan pantas dia memainkan dan fokus kepada video itu bersama-sama anggota yang berdiri disebelahnya. Membulat mata Syuhada melihatnya. Pen yang dipegang tadi tiba-tiba patah.
"Siapa yang ambil video ni?"
"Daripada rakaman cctv disitu Puan. Ada orang disitu menyerahkan rakaman itu kepada saya." Sapa anggota itu. Airmuka Syuhada masih terkejut melihat video itu apabila kejadian itu membuatkan jantungnya terlalu berdegup laju.
"Saya nak awak kumpulkan orang-orang kita untuk misi seterusnya. Saya sangat pertimbangkan dan risau terhadap nyawa Tuan Zairul dan Tuan Izzat awak."
"Baik puan! Saya minta diri dulu."
Syuhada hanya mengangguk. Selepas saja dia menonton video yang diserahkan oleh anggota lelaki tadi, fikirannya mula risau terhadap keselamatan dua sahabatnya yang kini hilang tanpa khabar berita.
"Zairul,Izzat! Aku harap korang berdua berada dalam keadaan selamat. Tunggu aku datang selamatkan kau berdua." Sapa Syuhada didalam hati.
.
.
.
.Sebuah truck telah sampai di depan gudang mereka yang besar itu untuk mengambil stok dadah dan pil khayal. Elmi bersama anak anak buah nya hanya memerhati aktiviti mengangkat stok dadah masuk ke dalam truck itu.
"Semua dah beres?" Tanya Elmi kepada anak buah nya. Anak buahnya hanya mengangguk.
"Hantar kan barang ni secepat yang mungkin. Jangan lalai" Sapa Elmi kepada anak buahnya.
"Baik bos." Sapa anak buah. Lelaki itu masuk kedalam lori dan meninggalkan tempat itu.
Empat lelaki yang memegang senjata itu sedang mengelilingi Zairul dan Izzat supaya tidak terlepas. Mereka berdua hanya memerhati lelaki yang bersenjata itu dengan penuh rasa marah tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa demi menyelamatkan diri mereka sendiri.
Pandangan maut Zairul terhadap lelaki itu membuatkan lelaki bersenjata itu berhenti melangkah.
"Apa tengok tengok?" Jerit lelaki itu. Zairul terus mengalihkan pandangannya dan dia hanya menarik nafas.
Dengan tiba-tiba lelaki itu ditendang oleh Zairul. Lelaki itu jatuh terbaring.
Ikatan itu terbuka dan mereka berdua cuba menyelamatkan diri tetapi belum sempat Zairul dan Izzat ingin melangkah keluar daripada gudang itu, lagi sekali dua lelaki mengikat mulut Zairul dan Izzat daripada belakang sehingga diheret diikat pada tiang.
YOU ARE READING
Nyawa & Cinta
ActionNyawa atau cinta, ku genggam bersama. Sebelum nak baca Fight & Love series ni, korang baca yang berepisod dulu. Saya dah complete episod 1-6. Sekian .... Nyawa & Cinta mengisahkan dimana 3 pegawai muda yang berani mati dan tangkas apabila didalam op...