Syuhada dan anggota bawahan nya pulang dengan keadaan kecewa kerana suspek-suspek yang ingin mereka buru meninggalkan tempat itu. Telefon milik Syuhada berbunyi menandakan ada panggilan dan terpapar nama informernya, dia terus menyambut panggilan itu.
''Hallo Assalamualaikum"
'' Waalaikumusalam Puan, ni saya Ahmad''
'' Oh Ahmad , ada apa awak call saya ni?" Sapa Syuhada
''Puan, saya baru saja ronda disekitar bandar tadi.. saya dengar percakapan salah seorang daripada orang orang Elmi."
Membulat mata Syuhada mendengarnya.
'' Apa diorang bualkan?''
"Puan! Saya dengar diorang kata , mereka akan berjumpa sesama diorang disebuah bangunan dimana ada kes melibatkan Tuan Zairul dan Tuan Izzat.''
" Jam berapa mereka ada disana?"
" Jam 9 malam Puan"
" Baiklah! Apapun terima kasih salur info ni dekat saya"
'' Sama-sama Puan, Assalamualaikum"
'' Waalaikumusalam!" Syuhada terus mematikan panggilan itu.
.
.
.
Tepat jam 9 malam, Syuhada bersama-sama Zahirah,Hanis,Imran dan Irana mengikuti satu tugasan di satu lokasi dimana Zairul dan Izzat diculik setelah selesai melakukan tugasan memantau beberapa hari lalu.
Imran memarking keretanya betul-betul ditengah lorong itu kerana tidak mahu sesiapa mengecam mereka. Mereka berlima keluar daripada kereta dan perlahan-lahan berjalan menuju kearah belakang bangunan itu.
Tiba-tiba Hanis ternampak kereta milik suaminya yang parking disitu. Dia mengintai disebalik cermin untuk melihat keadaan didalam kereta itu. Dia membuka pintu kereta itu dan dia duduk di seat pemandu, dia terpandang satu gambar yang bergantung pada cermin sisi tengah itu. Airmata nya jatuh kerana merindui suaminya yang kini hilang tidak dapat dikesan.
" Abang.. kemana abang menghilang? Sayang rindu abang" ujar Hanis yang kini airmata nya laju menitis.
Zahirah memujuk Hanis dengan memeluk erat.
'' Hanis.. Sabar tau! Insyallah, nanti kita cari mereka berdua sama-sama." Sapa Zahirah. Airmata Hanis makin hilang apabila diseka oleh Zahirah.
Dengan tiba-tiba Syuhada ternampak salah seorang pengedar dadah yang keluar daripada bangunan itu.
'' Oiii.."
Lelaki yang membawa kotak dadah itu terus berlari selaju nya, tetapi Imran dengan pantas menahan lelaki itu dan menggari tangan nya. Syuhada memeriksa pada kotak itu , sememangnya didalam kotak itu mengandungi dadah.
Syuhada memandang kearah wajah lelaki itu dengan pandangan tajam. .
.
.
.
Orang-orang bawahan Elmi mengheret Zairul dan Izzat masuk kedalam satu rumah besar. Mulutnya diikat serta mereka berdua diikat kuat. Setelah mereka masuk kedalam rumah itu.. Tiba-tiba satu bunyi tapak kasut daripada tingkat atas menuju turun kebawah.
Kain hitam itu dibuang daripada mata Zairul dan Izzat, mereka berdua melihat satu sosok tubuh dikenali nya.
" Macamana? Seronok duduk dekat sini?" Sapa Elmi dengan wajah senyum jahatnya.
Zairul memandang dengan pandangan maut kepada Elmi. Dia sangat tidak menyukai dengan lelaki walaupun sekarang dia berhadapan dengan musuhnya.
Ikatan mulut Zairul dibuang seketika untuk membalas kata-kata itu.
YOU ARE READING
Nyawa & Cinta
ActionNyawa atau cinta, ku genggam bersama. Sebelum nak baca Fight & Love series ni, korang baca yang berepisod dulu. Saya dah complete episod 1-6. Sekian .... Nyawa & Cinta mengisahkan dimana 3 pegawai muda yang berani mati dan tangkas apabila didalam op...