Isyraf sedang nyenyak tidur diatas katil diselubungi selimut tebal putih. Izzat melangkah keluar daripada bilik mandi, tuala mandi lilit di pinggang. Dia memandang kearah anak nya yang sedang nyenyak tidur diatas katil.
Dia menyarung jersi hitam ditubuh nya berserta kain pelikat.
Jam menunjukkan 10 malam, dia merebahkan badan nya tiba-tiba Izzat ternampak satu buku diari yang terletak diatas meja kecil disisi katilnya.
Dia menggapai buku diari itu. Buku diari itu milik Hanis. Dia membuka buku itu dan membaca isi didalam.
"Aku mencintaimu, bukan hanya karena siapa kamu. Tapi juga
kerana menjadi apa diriku saat bersamamu.
Saat aku bersamamu, satu jam terasa satu detik. Tapi saat aku jauh darimu, satu hari berasa satu tahun."Dia mengalihkan kepada muka surat sebelah
Seeing your smile is happiness for me. Meanwhile, having you is the most beautiful gift in my life."
Kita adalah dua orang yang pernah memiliki rasa yang sama namun tak ditakdirkan untuk terus bersama."
Terima kasih kerana selalu menyebarkan hal positif di antara kita terima kasih atas semua kenangan indah yang kita bagikan bersama.
Terima kasih kerana selalu menjadi pelindung di saat saya susah dan luka.
Love you my ASP ❤️
From : Srjn HanisAirmata Izzat menitis setelah membaca diari arwah isteri nya. Segala kata-kata yang tertulis didalam diari milik Hanis itu telah memberikan tanda-tanda dia akan pergi buat selama-lamanya
Dia memandang kearah anak nya dan mengusap lembut diatas kepala Isyraf.
"Papa dah tahu kenapa mama kamu pergi terlalu awal nak, segala isi kata-kata dalam buku ini dah tertulis. Sayang, kenapa tinggalkan abang begitu cepat?" Keluh sedih Izzat sambil memandang kearah gambar perkahwinan yang terletak diatas meja solek.
Dengan segera dia menutup buku diari itu dan dia memeluk dengan erat. Lampu diatas meja kecil itu ditutup dan dia menutup mata.
Satu sosok tubuh perempuan berpakaian putih labuh berdiri dihadapan nya. Dia menyapa lelaki yang berada didepan nya.
Izzat membuka matanya perlahan-lahan dan ternampak satu sosok tubuh wanita berpakaian serba putih dengan senyuman diukir diwajah.
" Sayang!" Dia menggosok matanya yang masih mengantuk itu dan memandang sekali lagi kearah wanita itu.
" Abang.. Maafkan Hanis kerana tidak dapat bersama abang. Tidak dapat sehidup semati dengan abang"
Izzat masih terpinga-pinga melihat gadis didepan nya.
"Sayang.." Izzat terus bangun daripada katil itu dan memeluk isterinya.
"Jaga Isyraf baik-baik ya abang.. ini amanah daripada Hanis untuk abang"
Izzat hanya mengangguk perlahan dan faham.
"Kring kring kring" bunyi penggera pada telefon dan membuatkan Izzat terbangun daripada mimpi nya.
"Hanisssss...Astagfirullahalazim" Dia memandang kearah gambar yang terletak diatas meja solek itu. Rupanya Hanis datang dalam mimpi nya.
YOU ARE READING
Nyawa & Cinta
ActionNyawa atau cinta, ku genggam bersama. Sebelum nak baca Fight & Love series ni, korang baca yang berepisod dulu. Saya dah complete episod 1-6. Sekian .... Nyawa & Cinta mengisahkan dimana 3 pegawai muda yang berani mati dan tangkas apabila didalam op...