BAB 23

114 7 1
                                    

** Cameron Highland**

Izzat dan anaknya kini berada di Cameron Highland .Dia melangkah masuk kedalam sebuah rumah yang cantik dan besar untuk seminggu.Bagasi besar itu diletakkan didalam bilik utama. Isyraf berlari-lari mengelilingi rumah itu keseronokkan.

Dia memeriksa segala yang berada didalam rumah itu. Selepas dia memeriksa segala barang yang berada didalam rumah itu, dia merebahkan badan nya diatas sofa yang lembut dan empuk. Isyraf memanjat dan naik keatas riba Izzat. 

" papa" sapa Isyraf sambil menunjukkan isyarat tangan lapar pada perutnya.

'' Lapar? Eh tadi baru papa dah bagi awak roti,masih lapar lagi?" Sapa Izzat sambil mengusik anaknya. Isyraf menarik kuat baju Izzat kerana tidak sabar untuk makan. 

Izzat dengan segera bangun dan mendukung Isyraf untuk pergi ke dapur untuk mencari makanan. 

"Tak ada makanan lah kat sini! Jom iyaf, kita keluar.. kita cari strawberry atau nasi lemak nak?"

Isyraf hanya mengangguk setuju dengan perlahan. Dengan segera dia menggapai dompet nya dan mengunci pintu rumah itu untuk keluar pergi mencari makanan.

**Kuala Lumpur **

Didalam bilik soal siasat, Zairul sedang fokus menyoal siasat terhadap dua suspek yang terlibat dengan kes penyeludupan senjata api secara haram. Kini wajahnya dalam keadaan ketat memandang kearah suspek itu.

Zairul ditemani Ezwina dan Imran yang masih sesi menyoal siasat suspek itu. Setelah selesai sesi soal siasat, Imran membawa suspek itu pergi ke lokap. Zairul melepaskan nafas lega dengan airmuka yang ketat itu.

Mereka berdua keluar daripada bilik soal siasat itu dan tiba-tiba telefon nya berdering dan terpapar nama "Syuhada" dan dia dengan pantas menyambut panggilan itu.

"Hello!" Sapa Zairul.

"Hello Rul kau ada dimana?" Tanya Syuhada.

"Aku dekat atas. Baru je selesai soal siasat suspek. Kenapa?" Soal Zairul tenang.

"Jom lunch, ajaklah Wina sekali." Sapa Syuhada. Zairul memandang kearah Ezwina.

"Bolehlah! Tunggu tau."

"Okay." Syuhada terus mematikan panggilan itu dan dia terus menunggu kehadiran Zairul dan Ezwina.

"Jom kita lunch." Sapa Zairul sambil mengukir senyuman kepada Ezwina. Wajah Ezwina mula kemerahan kerana suaminya mengukir senyuman. Jarang dia melihat senyuman yang begitu besar didalam hidupnya.

"Kenapa tuan senyum dekat saya macam tu!?"

"Salah ke saya nak senyum dekat awak?" Usik Zairul.

"Tuan jangan macam-macam, anggota kita tengok tu."

"Lantak lah diorang, saya senyum dekat awak sebab awak cantik."

Wajah Ezwina mula kemerahan dan terasa malu *blushing* dengan pujian suaminya itu. Dia memandang kearah wajah kacak suaminya.

"Tuan ni ada-ada sajalah." Sapa Ezwina dan dia terus meninggalkan Zairul berseorangan disitu.

"Eh Wina! Alamak dia tinggalkan aku sesorang kat sini" bebel Zairul dan dia mula mengikut langkah Ezwina daripada belakang.

Pintu lif itu terbuka dan mereka berdua keluar daripada lif dan mereka ternampak Syuhada sudah lama menunggu.

"Syu! Sapa Zairul dengan kuat. Telefon milik Syuhada hampir terjatuh tetapi sempat diselamatkan.

"Oh mak kau! Kau ni kan, nasib tak jatuh phone aku kalau tidak... Aku suruh kau ganti yang baru." Bebel Syuhada kearah Zairul. Ezwina hanya menahan gelak melihat suaminya dimarahi oleh Syuhada.

Nyawa & CintaWhere stories live. Discover now