BAB 7

107 4 0
                                    

Ketika dia ingin pulang kerumah, Zairul mendapati satu panggilan yang tidak dikenali, dia menjawab panggilan itu. 

"Hello"

" Asp Zairul.. apa khabar? Sihat?" Sapa suara yang sangat aneh itu. Dahinya mula berkerut apabila mendengar suara yang tidak dikenali. Keningnya terangkat apabila sahutan suara aneh didalam talian itu.

"Kau siapa?" Jerit Zairul

"Oo ni lah polis yang serbu operasi malam tempoh hari."

"Kau siapa hanat? Darimana kau dapat nombor aku?" Nafas nya turun naik kerana hilang kesabaran.

"Rilek, kenapa kau gelabah? Aku cuma nak kau henti jejak kitaorang"

"Kau siapa? Apa hak kau nak halang aku?"

"Aku.. Aku Elmi. Ketua yang kau kejar malam tempoh hari. Kau masih ingat lagi Zairul?" Zairul membulat matanya kerana mendengar nama itu. Elmi adalah ketua yang ingin dia berkas tetapi gagal.

" Kau jangan bermain api dengan aku Elmi." Sapa Zairul 

" Siapa yang bermain api sekarang ni? Aku atau kau? Aku nak bagi amaran dekat kau, sekiranya kau masih lagi jejak kami.. kau akan tahu nasib kau dengan kawan kau yang sorang lagi"

Belum sempat dia membalas percakapan, panggilan itu terus dimatikan oleh Elmi. Zairul menghentak tangan nya pada cermin kereta kegeraman. Tanpa dia membuang masa dia meneruskan pemanduan.

.
.
.

Keesokan harinya, Imran dan Irana memeriksa data-data suspek didalam komputer. Imran terjumpa satu data baru mengenai Elmi. Bulat matanya apabila membaca maklumat itu.

Suspek ini bukan sahaja terlibat dengan rompakkan, beliau juga terlibat dalam kes bunuh 2 tahun lepas...."

Irana membulat matanya membaca maklumat terbaru itu.

Pintu bilik kerja itu dibuka kuat oleh Zairul dan Izzat dan mereka memerhati orang bawahan nya yang sedang fokus kepada komputer, Izzat mendekati mereka berdua.

" Apa yang korang berdua tengok tu?" Tanya Izzat perlahan.

"Tuan.. tengok ni" sapa Imran yang masih terkedu dengan maklumat didalam komputer itu. Izzat melihat kearah skrin komputer yang dipenuhi maklumat tentang suspek. Zairul mendekati mereka dengan wajah yang serius. Izzat dan Zairul memandang antara satu sama lain.

" Elmi?..."

"Suspek ini bukan saja terlibat didalam kes rompakkan tetapi juga terlibat didalam kes bunuh"

"Tuan.. bukan kah suspek ni yang tuan buru malam tempoh hari?"

"Ya, suspek ni yang saya cari tempoh hari tetapi dia lolos dengan pantas nya." Kata Zairul

"Sekarang ni, Tuan Farid nak kita cari juga mereka semua. Kalau kita biarkan, mereka akan ganggu orang awam"

Imran dan Irana hanya mengangguk faham

...

MAJLIS PERKAHWINAN FARAH (BEKAS KEKASIH ZAIRUL)

Pada hari itu, Majlis Perkahwinan bekas kekasih Zairul diadakan di sebuah dewan besar disekitar bandar itu. Zairul memandu keretanya ditumpangi Izzat dan Syuhada. Izzat memerhati airmuka kawan nya itu dengan penuh riak wajah yang hairan.

Beberapa jam kemudian, mereka bertiga sampai di lokasi dimana majlis perkahwinan Farah. Izzat dan Syuhada masuk didalam dewan itu dan Zairul memandang sekeliling dewan yang besar itu.

Nyawa & CintaWhere stories live. Discover now