Elmi dan anak-anak buah sedang giat menyusun stok dadah & pil khayal ke dalam kotak yang disediakan diatas meja.
Zairul memerhati mereka yang sedang aktif menyusun segala stok kedalam kotak. Tangannya meronta-ronta untuk dilepaskan tetapi ikatan itu sangatlah kuat.
Tiba-tiba dia ternampak Elmi sedang mengasah pisau diatas meja. Begitu seramnya bunyi asahan itu.
Zairul memandang kearah Elmi dengan pandangan tajam. Sedikit dia tidak gentar.
"Wooiii lepaskan!" Jerit Zairul sambil meronta-ronta tangannya yang diikat keatas. Suaranya juga tidak jelas kerana mulutnya ditutup.
Izzat hanya diam.
Elmi bangun daripada tempat duduknya, dia membawa pisau itu sekali kearah Zairul. Dia cuba memusingkan pisau itu diatas tapak tangannya.
Elmi berjalan mengelilingi mereka berdua sambil memegang pisau. Mereka berdua hanya menunduk kepala kebawah tetapi hati mereka sedang membarak marah.
Elmi mengambil telefon milik Izzat yang berada didalam poket dan menghidupkan skrin itu. Terpapar gambar Izzat dan Hanis...
"Erghhhh.Jerit Izzat selepas telefon miliknya dirampas.
Dagu Izzat dicengkam kuat oleh Elmi, sesungguhnya kesabarannya kini dicabar.
" Eh.. kau diam boleh? Kau nak ke pisau ni tertusuk ke perut kau?" Ikatan mulut Izzat dilepaskan.
" Apa yang kau nak sial?" Jerit Izzat dengan penuh kemarahan.
" Hahaha! Inilah padahnya. Korang berdua berani sangat kan ganggu kerja aku. Ingat aku tak tahu, kau berdua intai aku dibawah pokok tempoh hari?!
"Lepas itu korang berdua masuk kawasan kitaorang di belakang bangunan beberapa hari lepas"
" Tunggu saja masa kau berdua, riwayat korang akan habis disini"
Zairul dan Izzat hanya memandang wajah Elmi dengan penuh marah. Tahap kesabaran mereka sudah habis. Pengikat mulut Zairul dan Izzat kembali diikat.
Setelah selesai mandi, Ezwina melabuhkan punggungnya diatas kerusi meja solek, tiba-tiba dia terpandang satu frame gambar kahwin dirinya bersama Zairul.
Didalam fikirannya bermain sewaktu dia bercinta dengan Zairul.
** Flashback**
"Hmmm.. tapi nasib awak tolak pinangan dia, kalau tidak melepas lah.. aaa "
" Haaa? Melepas apa tuan?"
"Tak ada apa!"
"Tapi saya nak tanya something boleh?"
"Apa dia tuan?"
"Sudi tak kalau saya... Saya lamar awak jadi sebahagian special dalam hidup saya?"
"Apa maksud tuan?"
"Maksud saya ... Awak sudi tak jadi cinta hati saya?"
** Flashback end**
Ezwina mengusap perutnya yang kini 8 bulan dengan jatuhnya titisan airmata.
"Anak mama.. now mama rindu papa.. Mama tak tahu kemana papa menghilang" sapa Ezwina dengan penuh kesedihan.
Dia mengambil frame yang terletak dihadapan nya dan terus memeluk erat.
.
.
.Syuhada melangkah keluar daripada bilik tidur nya, dia melabuhkan punggungnya diatas sofa di ruang tamu. Dia menghidupkan tv didepan nya.
YOU ARE READING
Nyawa & Cinta
ActionNyawa atau cinta, ku genggam bersama. Sebelum nak baca Fight & Love series ni, korang baca yang berepisod dulu. Saya dah complete episod 1-6. Sekian .... Nyawa & Cinta mengisahkan dimana 3 pegawai muda yang berani mati dan tangkas apabila didalam op...