BAB 18

192 6 1
                                    

Di hospital, Hanis dibawa ke hospital kerana menjadi mangsa peluru oleh Elmi ketika ingin menyelematkan Zairul dan Izzat  menjadi mangsa tebusan oleh pihak Elmi.

Katil hospital ditolak untuk pergi ke wad pembedahan.

Izzat menunggu diluar wad pembedahan. Hatinya kini semakin berdebar dan gelisah dengan keadaan isterinya. Dia mengenggam kedua-dua tangannya dan dia bermohon semoga isterinya selamat

Zairul terpandang kearah seorang wanita yang sedang duduk diatas kerusi roda sambil memegang bayi. Wanita itu adalah Ezwina. Dengan begitu terkejut Ezwina melihat keadaan suaminya yang dipenuhi dengan kecederaan diwajah tetapi dia hanya tenang.

Zairul segera bangun daripada tempat duduk bersebelahan dengan Izzat dan menuju kearah Ezwina yang duduk diatas kerusi roda sambil memangku anaknya. Membulat matanya apabila melihat Ezwina memangku seorang anak kecil.

"Sayang!" Sapa Zairul terkejut. Dia memegang kepala anak kecil itu dengan lembut. Begitu tenang dan sejuk hatinya apabila sekian lama dia menunggu cahaya mata dan kini dia dapat melihat anak sulungnya.

"Abang! " Sapa Ezwina. Airmatanya laju menitis sambil memandang kearah wajah suaminya.

"Ini anak siapa?" Tanya Zairul tenang.

" Ini anak kita bang! Zafrie Harzan."

"Syukur Alhamdulilah. Assalamualaikum anak papa!" Anak itu diserahkan kepada Zairul untuk memangku buat pertama kali dan kini dia sudah bergelar seorang ayah.

"Macamana keadaan Hanis sekarang bang? Apa perkembangan dia sekarang?" Tanya Ezwina sambil memandang kearah wad pembedahan itu dengan airmuka yang cemas. Zairul menarik nafas sebelum dia menjawab pertanyaan daripada isterinya. Sungguh berat untuk dia menjawab soalan itu. 

"Hanis masih dalam operasi pembedahan. Kita tunggu saja selepas doktor keluar nanti." Ujar Zairul dengan suara yang begitu lemah. Dia juga berat untuk memberitahu tentang Hanis yang masih berada didalam wad pembedahan itu.

Ezwina hanya mengangguk faham. Dia juga turut bersabar dan menunggu tentang Hanis. 

Beberapa minit kemudian, seorang doktor keluar daripada bilik pembedahan. Airmuka doktor itu sangat tidak berseri seperti ada sesuatu.

"Doktor, macamana dengan isteri saya?" Tanya Izzat dalam keadaan begitu cemas.

"Sabar encik, anak encik selamat tapi.." Doktor itu berkata-kata tanpa menghabiskan ayatnya. Zairul dan yang lain-lain memandang kearah doktor itu dengan penuh rasa berdebar untuk mengetahui info tentang Hanis

"Tapi apa doktor? Cakapp!" Jerit Izzat sambil mencekak kolar baju doktor itu. Zairul cuba menenangkan Izzat yang cuba mencekak kolar baju doktor lelaki itu. 

"Sabar Zat sabar!" 

"Isteri encik tidak dapat diselamatkan. Maafkan saya encik." Sapa doktor itu. Membulat mata Zairul dan rakan-rakannya yang lain apabila doktor lelaki itu mengatakan Hanis tidak dapat diselamatkan. 

"Peluru telah menembus jantung isteri encik tapi dengan kuasa Allah, anak encik dapat diselamatkan." 

Izzat terkejut dan duduk melutut didepan doktor itu. Tangisannya kini kuat kerana dia kehilangan isteri tercintanya. Sekian lama dia bercinta dengan seorang gadis itu sehingga dia dapat mendirikan rumah tangga tetapi kini dijemput Ilahi.

Syuhada,Zahirah,Ezwina dan Irana terkejut apabila rakan seperjuangannya itu telah pergi meninggalkan mereka semua. Tiada lagi senyuman yang manis daripada Hanis. Irana juga hampir ingin pengsan apabila mendengar berita itu tetapi Syuhada menahannya. 

Zairul memujuk Izzat dan dia memeluk Izzat untuk menenangkan keadaan.

"Ya Allah Rul, kenapa cepat sangat Allah ambil isteri aku?" Izzat menangis dibidang dada Zairul. Begitu sedih dirinya apabila insan yang dia cintai pergi buat selama-lamanya. 

Nyawa & CintaWhere stories live. Discover now