BAB 4

125 4 0
                                    

Selepas selesai menyoal siasat suspek didalam bilik soal siasat, Zairul dan Izzat melepaskan nafas nya untuk hilangkan tekanan selepas menyoal siasat. Wajah Zairul yang tadi tenang kini sudah hilang menjadi serius.

Dia memandang jam pada tangannya menunjukkan sudah masuk 10 malam, dimana waktunya untuk pulang kerumah. Ezwina sudah pulang terlebih dahulu.

"Aih, boleh gila aku kalau soal suspek jenis macam ini.." Keluh Zairul dengan nada garau.

"Sabarlah Rul, dulu aku bertugas di Sarawak, lagi teruk aku dapat suspek untuk disoal siasat." Sapa

"Tak apa, nanti diorang akan diberkas juga."

Izzat hanya mengangguk faham. Dia sangat memahami perasaan sahabatnya itu.

"Zat, aku balik dulu, bini aku dah tunggu dekat rumah."

"Baiklah, hati-hati tau"

"Okay! Aku balik dulu" Sapa Zairul sambil melambaikan tangan kepada Izzat. Beberapa minit kemudian dia meninggalkan tempat itu dan Izzat juga beredar daripada tempat itu. Enjin keretanya dihidupkan untuk meninggalkan kawasan IPK itu.

Dalam perjalanan pulang kerumah, dia menguatkan suara radio untuk menghilangkan tekanannya, tapi tanpa dia sedari, sebuah kereta dibelakang mengekorinya. Zairul memandang pada cermin belakang kerana ada yang mengekorinya dan memberi lampu tinggi.

"Apa masalah kereta belakang ni? " Bebel Zairul dengan suara kasar.

Lelaki yang mengekori kereta Zairul itu hanya tersenyum sinis jahat. Sekian lama dia menyimpan dendam terhadap Zairul kerana segala aktiviti haram yang dilakukan oleh kumpulan Elmi terganggu.

" Berani dia main api dengan kita. Kali ini aku takkan biarkan dia terlepas"

" Bukan dia seorang saja , ada seorang lagi yang berani main api dengan kita"

"Oh ya! Ada seorang lagi. Kau tunggulah, aku pastikan korang berdua akan jatuh"

Setelah dua lelaki itu melepaskan dendam setelah apa yang berlaku tempoh hari, mereka cuba membuat sasaran terhadap Zairul dan Izzat. Mereka akan memastikan Zairul dan Izzat akan berada di genggaman mereka.

Zairul menekan pedal minyak sekuatnya dan kereta yang mengekori dibelakang memotong keretanya dan memecut laju. Zairul hanya menggeleng kepala.

"Rasakan! Nasib aku ni polis biasa, kalau polis trafik dah lama aku saman kau ni." Bebel Zairul berseorangan. Beberapa minit seterusnya, kereta yang mengekorinya tadi telah memasuki ke jalan lain.

Sekali lagi dia memandang kearah cermin belakang, kelibat kereta itu sudah hilang dan dia menghembuskan nafas lega apabila kereta yang mengekorinya tadi sudah tiada dibelakang. Dia meneruskan perjalanan untuk pulang kerumah.

Ezwina melelapkan mata diatas sofa sementara menunggu suaminya sampai dirumah.

Beberapa minit kemudian, kereta milik Zairul tiba di halaman rumah nya. Dia mematikan enjin dan keluar daripada kereta terus masuk kedalam rumah. Dia terlihat isterinya terlelap diatas sofa diruang tamu.

"Assalamualaikum sayang" Salam diberikan oleh Zairul sambil mencari isterinya. Dia berjalan disetiap ruang didalam rumahnya.

Dia hanya tersenyum melihat isterinya tidur diatas sofa. Dia meraup lembut pipi isterinya sambil mengukir senyuman. Begitu jarang dia mengukir senyuman kerana sifatnya begitu garang dan serius lagi-lagi didalam tugasan sehingga anggota bawahan gerun untuk menegurnya.

Ezwina terbangun apabila dia merasai pipinya disentuh oleh suaminya. Dengan perlahan-lahan membuka matanya yang masih mengantuk itu dan terukir senyuman dibibirnya melihat wajah kacak suaminya itu.

Nyawa & CintaWhere stories live. Discover now