BAB 24

105 6 0
                                    

Dikawasan ladang teh itu dipenuhi para pengunjung dan pelancong yang datang untuk bercuti dan merasai suasana yang indah itu. Isyraf didalam dukungan Izzat sedang nyenyak tidur dengan udara segar di sekitar ladang teh itu.

Dia memulakan langkah untuk berjalan disekitar ladang teh dengan fikiran yang kosong untuk menenangkan jiwa dan fikirannya.

Beberapa minit kemudian, dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi cafe yang berada di ladang teh itu. Dia terpandang kearah seorang wanita berusia didalam linkungan 40 an yang sedang sibuk membersihkan sekitar cafe itu. 

Tiba-tiba wanita itu mendekati kearah Izzat yang sedang memerhati anaknya ralik menonton youtube di telefon. 

''Assalamualaikum nak" Salam diberi oleh wanita itu. Izzat terus memandang perlahan kearah suara yang memberi salam itu. 

''Waalaikumusalam makcik." Salam dijawab oleh Izzat sambil mengukir senyuman.

''Boleh makcik duduk?" Tanya makcik itu. Izzat mendekatkan kerusi itu disebelahnya. 

"Boleh makcik, duduklah!" Sapa Izzat dengan lembut.

"Anak ni daripada mana?" Tanya wanita separuh usia itu.

''Saya? Saya daripada KL. Saja datang sini nak tenangkan fikiran.'' Jawab Izzat

'' Oh Kuala Lumpur! ini anak ya?" 

'' Ya Makcik! Ini anak saya. Iyaf, salam nenek cepat." Tegur Izzat kepada anaknya untuk bersalam dengan wanita itu. Isyraf terus bersalam cium tangan tanda hormat kepada orang tua.

"Berdua je ke? Mana isteri? Tak bawa bersama?" Tanya makcik itu. Airmuka Izzat terus berubah apabila soalan itu dituju kepadanya. Dia menunduk kepalanya kebawah. Makcik itu memandang nya dengan penuh rasa simpati sambil memegang bahu Izzat.

'' Isteri.. isteri saya meninggal dunia 6 bulan lalu." Sapa Izzat dengan nada sebak. 

Makcik itu terkejut dengan jawapan Izzat tentang Hanis kini telah meninggalkan dirinya dan anaknya. 

"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Kenapa dia meninggal? Cuba beritahu makcik" 

"Makcik. Saya ni pegawai polis daripada Sarawak,tetapi ditukar ke KL. Isteri saya berpangkat Sarjan. Dia meninggal kerana dia nak selamatkan saya daripada peluru suspek ketika unit kami terlibat dalam operasi beberapa bulan lepas. Isteri saya nak selamatkan saya tetapi sasaran peluru itu terkena pada dia. Masa tu dia tengah mengandung 7 bulan. Peluru itu terkena pada dia"

"Allahuakbar! Lepastu apa terjadi?"

Selepas isteri saya terkena sasaran, peluru itu terkena dibelakang betul-betul di perut."

'' and then,  kami semua bawa isteri saya pergi ke hospital dan dimasukkan kedalam dewan pembedahan. Selepas pada itu, doktor cakap anak saya selamat tetapi, isteri saya tak dapat diselamatkan."

"Allahuakbar!"

"Dan selepas kejadian itulah saya kemurungan dan tugas saya terganggu dekat pejabat." Sapa Izzat dengan airmatanya laju menitis.

"Nak! Dengar makcik nak beritahu. Jodoh dan Ajal ditangan Tuhan tapi antara dua ni berlumba dan yang mana satu akan sampai! Sama ada jodoh atau Ajal. Jadi kita kena redha apa yang berlaku. Arwah isteri 'nak' meninggal syahid tau. Dia melahirkan anak dan dia meninggal dalam operasi"  

"Saya tahu makcik cuma sekarang saya masih merasai rindu terhadap arwah isteri saya. Segala kenangan manis saya bersama dia sehingga saya kahwin dengan dia. Entahlah makcik, sehingga dia suruh saya jaga anak ni sehingga besar"

"Itu amanah nak! Jangan sia-siakan. Selagi rasa cinta dan rindu masih terpahat didalam hati, jangan sia-siakan!" 

Izzat hanya menyeka airmatanya selepas dia meluahkan segala tragedi yang menimpa dirinya.

Nyawa & CintaWhere stories live. Discover now