BAB 17

176 7 0
                                    

Tepat jam 10 pagi, mereka semua bersiap-siap untuk menyertai operasi mereka untuk memberkas Elmi dan menyelamatkan Zairul dan Izzat yang menjadi mangsa tebusan. 

Syuhada memakai baju operasi lengkap siap kesemuanya tetapi dia memandang Hanis yang masih termenung kerana merindui insan yang dia sayangi. Syuhada melangkah menuju kearah Hanis.

"Hanis!!" Tegur Syuhada sambil memegang bahu Hanis.

"Puan!" Sapa Hanis sambil menyeka airmatanya.

"Are you okay?" Tanya Syuhada.

"Saya okay Puan!" Sapa Hanis perlahan. Airmatanya diseka dengan secepatnya. 

"Saya tahu, awak rindukan suami awak  Tak apa, kita pun dah nak bergerak kesana. Dah dah, pakai baju operasi itu" Pujuk Syuhada.

"Puan, betul ke suami saya selamat? Kalau dia terkorban macamana?"

"Janganlah cakap begitu. Kita doakan yang baik-baik untuk Asp Izzat awak ya."

Hanis dengan segera memakai baju operasi itu dan hanya memerlukan semangat untuk bersedia.

"Semua dah siap?"

"Siap Puan!!"

"Baiklah, jom kita gerak sekarang!" Sapa Syuhada tegas kepada anak buah nya.

_____________

Zairul meronta-ronta untuk membuka ikatan tangannya tetapi apakan daya ikatan itu mengelilingi badannya dan Izzat.

Dia memandang sekeliling rumah itu yang penuh sunyi. Dia hanya perlu menunggu apabila saat rakan setugasnya datang menyelamatkan mereka berdua.

Saat seorang anak buah Elmi melangkah masuk kedalam rumah itu, Izzat meronta sedikit badannya memberi isyarat untuk menyapa lelaki itu tetapi apakan daya sapaan itu tidak dihiraukan.

Tiba-tiba lelaki itu melangkah menuju kearah Zairul dan Izzat dan mencangkung duduk dihadapan mereka. Wajah lelaki itu hanya tersenyum sinis seakan ingin menyindir.

Ikatan mulut itu dilepaskan seketika.

"Arghh! Woi, lepaskan kitaorang." Jerit Izzat kepada lelaki itu.

Cengkaman rambut Izzat begitu kuat sehingga suara lantang Izzat bergema seluruh didalam rumah itu. Zairul meronta-ronta untuk memastikan Izzat tidak diperlakukan apa-apa oleh lelaki itu.

"Lepaskan? Jangan harap! Aku pastikan bos aku bunuh kau orang berdua."

Lelaki itu kembali mengikat mulut Izzat dan meninggalkan mereka berdua sebegitu dan pintu rumah itu ditutup dan dikunci.

Tiba-tiba pengikat mulut Zairul berjaya terlepas dan dia berjaya untuk bercakap.

"Ahhh! Sabar Zat! Aku cari idea untuk lepaskan ikatan ini."

"Mmmphh!" Izzat hanya mengangguk.

Ezwina memandang kearah wajah anak nya begitu lama, wajah anak sulung nya tersangatlah mirip dengan Zairul, begitu juga kulit ,sama dengan Zairul. 

" Nak! Besar nanti ikut jejak macam papa dan mama tau. Mama bangga bila papa kamu dah sampai tahap ini. Pangkat tinggi cuma papa ni garang sikit, mama pun takut" 

"Tapi itulah, dulu papa kamu yang tergila-gilakan mama. Tapi tak sangka papa kamu berani masuk minang dekat mama" 

Ezwina berkata-kata sambil mengelus lembut diatas kepala anaknya itu sambil mengukir senyuman manis. Dia mencium diatas dahi Zafrie Harzan. 

Elmi memerhati anak buahnya sedang giat menyusun segala stok barang kedalam trak itu dengan penuh serius. Sementara itu dua lagi anak buahnya menjaga pintu rumah itu dimana Zairul dan Izzat dikurung.

Nyawa & CintaWhere stories live. Discover now