BAB 12

162 2 0
                                    

Sewaktu mereka sampai ditempat persembunyian mereka, dua lelaki itu mengheret Zairul masuk kedalam gudang itu manakala Izzat masih didalam keadaan tidak sedar setelah dipukul.

Izzat disandarkan pada dinding kerana masih tidak sedar daripada pengsan setelah dipukul manakala Zairul masih didalam genggaman dua lelaki yang memegang kedua-dua tangannya untuk berhadapan dengan ketuanya. 

"Bos!" Elmi melangkah keluar daripada biliknya dan langkah demi langkah yang perlahan menuju kearah anak buahnya. Senyuman sinis yang jahat terukir kepada Zairul. 

"Bos! Ini orang nya kah?" Elmi hanya mengangguk menandakan betul dengan pertanyaan daripada anak buahnya. Pengikat pada mulut Zairul ditanggalkan dan menyebabkan Zairul tidak dapat menahan marahnya.Wajah bengisnya memancar kearah Elmi.

"Selamat datang ASP Zairul Haikal. Macamana? Seronok?" Sindiran daripada Elmi membuatkan Zairul semakin panas. Ingin saja dia melepaskan tendangan tetapi apakan daya, dirinya dipegang oleh dua anak buah Elmi sehingga tangannya diikat kuat.

"Apa yang kau nak? Seronok betul kau dapat berjumpa dengan aku ya pengkhianat!" Ugut Zairul dengan suaranya yang kasar. Begitu marah dirinya terhadap penjenayah besar itu. Elmi hanya mengukir senyuman seperti menyindir. Begitu puas hatinya apabila dia berhadapan dengan musuhnya yang kian lama berdendam. 

"Pengkhianat? Siapa yang pengkhianat? Aku atau kau?" 

Zairul meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi anak buah Elmi masih mengenggam tangan Zairul sekuat-kuatnya. 

"Kaulah pengkhianat! Lepaskan aku sekarang!" Jerit Zairul sehingga satu gudang itu kedengaran suara jeritannya yang lantang. Dengan pantasnya Elmi menumbuk perut Zairul sehingga posisi Zairul berubah. 

"Debush!"

"Arghh!" Sekali lagi dua anak buah Elmi mengangkat Zairul dan salah seorang daripada mereka menarik rambut Zairul sehingga mengerang kesakitan. Darah yang keluar daripada mulut Zairul dengan pantasnya kering dan kesan peluh membasahi wajahnya. Elmi menggengam dagu Zairul dengan penuh rasa dendam tetapi dia masih mengukir senyuman jahat. 

"Berani betul kau ya ASP Zairul. Hahaha!" 

"Kau akan tumpas Elmi! Kau akan tumpas!" 

"Kau ikat dia!" Arah Elmi kepada anak buah untuk mengikat Zairul dibelakang. 

Beberapa minit kemudian, dua orang lagi anak buah Elmi sedang memerhati Izzat yang baru saja sedar daripada pengsan. Izzat perlahan-lahan membuka matanya dan dia memadang sekeliling yang sangat aneh. Dia cuba untuk menggerakkan tangannya tetapi ternyata tangannya diikat kebelakang.

"Aku dekat mana ni? Mana Zairul?" Sapa Izzat sambil meronta-ronta. Dia tersedar bahawa tangannya kini sudah diikat kemas dan dia memandang dihadapan bahawa ada dua orang lelaki yang berpakaian militan sedang memandangnya. 

Elmi melangkah kearah Izzat yang baru saja sedar daripada pengsan akibat dipukul oleh anak buahnya. Dia melututkan lututnya sebelah dan memandang kearah Izzat dengan mengukir senyuman jahat. 

"ASP Izzat Ashraf! Kau datang tepat pada masanya."

"Aku dekat mana ni? Kenapa kau culik aku? Mana Zairul?" Sapa Izzat sambil meronta-ronta untuk melepaskan tali ikatan itu. Dua anak buah Elmi mengangkat Izzat dan mengenggam kedua-dua belah tangan Izzat dengan begitu kasar. 

"Kawan kau dekat sana! Bodoh betul korang berdua. Kau tahu kan kenapa aku sasarkan korang berdua?" 

Izzat mengacip giginya menahan geram dan marahnya apabila dia memandang wajah Elmi. Tidak sangka dirinya dan Zairul menjadi mangsa culik oleh Elmi. Membulat matanya melihat Zairul kini sedang dipukul hebat tanpa henti oleh dua anak buah Elmi. 

Nyawa & CintaWhere stories live. Discover now