"Aku benci kau, Noah Riaz! Aku benci!!"
Noah Riaz terbangun dari tidur. Dia mimpi benda yang sama lagi. Langkah diatur turun dari katil menuju ke tandas. Pili air dibuka lalu mukanya dibilas berkali kali sehingga matanya pedih. Nafasnya tercungap cungap. Cermin yang sepatutnya memantulkan bayangan wajahnya bertukar menjadi seperti sebuah rakaman video. Wajah tersenyum Nada Humaira menghiasi cermin itu.
"Aargh!!!" Jerit Noah Riaz. Kedua tangannya dihentak pada singki. Airmatanya mengalir.
"Maafkan aku.. Maafkan aku, Nad."rintih Noah Riaz sendiri."SEMALAM aku dengar suara orang menjerit. Ada apa apa yang berlaku ke?"Soal Fariz. Sebagai orang yang lebih tua berbanding orang di dalam rumah tu dia agak prihatin dengan semua orang.
"Tak ada apalah. Aku okay je." Jawab Noah Riaz ringkas. Fariz jongket kening.
"Aku tak cakap pun kau yang jerit." Noah Riaz diam. Dia tahu dia dah masuk perangkap Fariz. Dasar peguam!
"Sure kau tak nak kongsi apa apa dengan aku?"
"Yup!" Balas Noah Riaz. Senyum paksa dilontarkan kepada Fariz. Dia pasti nampak fake sekarang ni tapi dia memang tak boleh nak senyum. Fariz mengangguk faham.
"Morning, Budds!" Jerit seseorang.
Mereka berpaling. Rayyan pantas mendapatkan mereka berdua lalu duduk menghadap kedua duanya bersama senyuman yang tidak lekang dari bibirnya."Kau menjerit pagi pagi ni dah kenapa?" Soal Noah Riaz.
"Hehehe. Aku dah proposed Adni dan she's accept it! Now we're boyfriend girlfriend!" Rayyan tersenyum bangga.
"Serious ah? Congrats man!" Ucap Fariz. Dia tumpang gembira.
Noah Riaz hanya tersengih. "Good for you."Rayyan menjamah roti bakar yang disediakan Fariz. "Awal korang bangun. Hari ni kan cuti."
"Aku nak pergi ofis kejap lagi. Fariz pun kata nak jumpa klien. Tu kitaorang pagi pagi dah bangun. Kau tu bangun awal asal?" Noah Riaz ajukan soalan kepada Rayyan. Rayyan tersengih."Saja nak bagitahu pasal tadi."
"Blah ah kau." Mereka tergelak.
Tidak lama kemudian Nik, Hazrul, Kyle dan Akif menyertai mereka di meja makan. Masing masing mula bercerita tentang hal hidup sendiri sepanjang minggu lepas. Noah Riaz koyak senyum. Sekurangnya dia gembira bila bersama dengan yang lain."Noah, kau tak teringin ke nak ada isteri? Someone yang boleh temankan kau?" Soalan cepumas dari Akif membuatkan dia terkedu. 'Topik yang aku nak elak sangat ni lah yang kau sebut.' bisik hati Noah Riaz.
"Sesat lagi tu." Kata Noah Riaz sebelum berdehem.
"Apa yang sesat?" Kali ini Nik pula yang bertanya.
"Jodoh akulah!"
"Cia cia cia!" Bahu Akif ditumbuk Noah Riaz. "Aduh!"
"Aku tak buat pickup line lah!"
Akif tersengih seperti kerang busuk manakala yang lain sudah menghamburkan tawa."Tapi Noah..." Noah Riaz kembali memandang Nik. "... Kau ada girlfriend lah?"
"Maybe.".....................
NADA Humaira senyum melihat lukisan lukisan hasil tangannya bakal menghiasi seluruh galeri itu. Hampir 115 lukisan yang bakal dipamerkan didalam galerinya itu dan bakal dirasmikan esok. Akhirnya, impian untuk membuka galeri sendiri sejak dulu tercapai walaupun tidak seberapa besar dan terkenal sudah cukup membuat dia gembira dengan pencapaiannya.
"Cik Nada, " Nada Humaira berpaling. "Ada apa?"
"Lukisan yang ni nak letak kat mana ya?" Mata Nada Humaira melekat pada lukisan sederhana besar itu. Wajahnya berubah keruh."Noah Riaz..." Perlahan saja dia menyebut nama itu. Wajah lelaki yang dilukis dari sisi tepi itu adalah lelaki yang pernah singgah dihatinya 10 tahun lepas.
"Hmm.. Awak letak kat hujung sana lah."
"Baik, cik Nada."
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomCinta itu boleh berubah menjadi dendam. Tapi boleh ke dendam itu berubah menjadi bahagia? Nada Humaira, menghilangkan diri selama 10 tahun setelah satu kejadian yang menimpa dirinya. Tanpa mengetahui perkara sebenar dan apa yang terjadi sebenarnya m...