Cyberjaya.....
"AKU risaulah! Macam mana kalau Nada tahu yang aku pun terlibat pasal ni? Memang aku dah tak boleh jumpa Adni dah!" Tidak senang duduk Rayyan dibuatnya. Sudahlah mereka semua membantu Noah Riaz sepanjang rancangan lelaki itu ingin berkahwin dengan Nada Humaira.
"Takde apalah! Kau rilek ah." Ujar Akif.
"Aku setuju dengan Akif." Sambut Nik pula.Hazrul masuk ke dalam rumah kondo mewah Noah Riaz.
"Noah ada call korang tak bagitahu dorang dah sampai mana?" Mereka menggeleng kepala.
"Fariz mana?""Kat dapur. Tengah masak untuk dinner and sambut pengantin baru." Jawab Rayyan lemah. Masih memikirkan tentang nasibnya.
Hazrul bergerak ke dapur untuk melihat Fariz. Lelaki itu sedang sibuk menghias lauk lauk yang dimasaknya untuk dinner mereka malam ni.
"Dorang dah sampai belum, Rul?" Fariz bertanya sambil matanya masih fokus menghias lauk ayam masak lemak cili api kebanggaannya itu.
"Belum lagi.. Ha! Panjang umur. Dia dah call. Hello." Hazrul mengangkat telefonnya.
"Okay, okay. Dinner dah ready tau. Korang tak perlu risau." Ujar Hazrul sebelum Panggilan ditamatkan.
"Dorang dah kat bawah. Aku nak kena jemput dorang kat bawah dulu. Access card kita kan.""Okay."Balas Fariz.
Semua hidangan diletakkan atas meja makan. Pinggan semua sudah disiapkan tinggal menunggu mereka saja.
Ding dong!
Akif membuka pintu utama. Terpampang wajah Noah Riaz dan Nada Humaira di muka pintu. Hazrul pula berada dibelakang mereka.
"Hai, Nada. Nice to see you again." Sambut Akif. Nada Humaira membalasnya dengan senyuman nipis.
"Noah, I nak solat maghrib kejap.""Jap. Tunggu I. Kita solat sama sama."
Setelah menyapa semua orang dalam rumah tu mereka masuk ke dalam bilik master room."Dalam wardrobe tu I dah sediakan semua pakaian. Termasuk your..." Mata Noah Riaz memandang kearah tubuh Nada Humaira.
"Mata tu jaga eh! I cungkil kang!" Ugut Nada Humaira sambil membedung tubuhnya dengan tuala.
"Ops, sorry." Noah Riaz masuk ke dalam toilet. Manakala Nada Humaira melihat baju baju yang ada. Laci ditarik dan memang betul semua keperluannya lengkap.
Skip .....
NADA Humaira hanya memerhati yang lain makan. Dia tidak ada selera sebenarnya tapi pandangan Noah Riaz tajam kearahnya.
"Makan, Nada." Tegur Noah Riaz berbisik perlahan pada telinganya. Nada Humaira buat tak endah.
"I kata makan. Ke you nak I suapkan?" Nada Humaira mencebik mendengar ugutan Noah Riaz.
Nada Humaira mengambil sedikit kuah tom yum lalu diletakkan dalam mangkuk kecil. Perlahan lahan Nada Humaira menyuapkan ke mulutnya. Tanpa dia sedar Noah Riaz memerhatinya bersama senyum nipis. 'Selera kau tak pernah berubah.'
Dia yang meminta Fariz untuk memasak tom yum Nada Humaira kerana dia tahu itu adalah favourite Nada Humaira.
"SAYA tak benarkan awak berkawan dengan Adni lagi." Noah Riaz memandang Nada Humaira seakan tidak percaya. Selesai saja mereka makan tadi mereka terus berkumpul di ruang tamu itu.
"Nada, please! Anything! Tapi bukan berpisah dengan adik awak. Saya sayangkan Adni, ikhlas! Saya sayangkan Noah juga! Please!" Rayyan merayu semahunya dengan Nada Humaira. Tidak kisahlah apa pandangan yang lain terhadapnya tapi yang dia tahu dia akan pertahankan hubungannya bersama Adni!
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomCinta itu boleh berubah menjadi dendam. Tapi boleh ke dendam itu berubah menjadi bahagia? Nada Humaira, menghilangkan diri selama 10 tahun setelah satu kejadian yang menimpa dirinya. Tanpa mengetahui perkara sebenar dan apa yang terjadi sebenarnya m...