NADA Humaira tersedar dari lena kerana kilat sabung menyabung. Kepalanya masih lagi terasa berat.
"Hmm.." dia tersentak melihat Noah Riaz yang masih lagi lena disebelahnya.
Nada Humaira memeriksa tubuhnya. Pakaiannya masih lagi ada. Nafas lega dihelah perlahan. Nada Humaira mengambil peluang menilik wajah tampan Noah Riaz. Jari telunjuknya naik menyentuh hidung mancung Noah Riaz kemudian dia beralih ke kening tebal terbentuk kemas itu."Nada,"
Nada Humaira terkejut. Noah Riaz mencelik matanya. Pandangan mereka bertemu. Noah Riaz memaut pinggang Nada Humaira lembut.
"You dah okay?" Noah Riaz memulakan bicara. Nada Humaira mengangguk. "You okay?"
"I okay, Nada."
"Noah, thanks for saving me." Ucap Nada Humaira tulus. Noah Riaz senyum nipis lalu mengangguk kepalanya.
"I tidur bilik I okay?" Noah Riaz mahu bangun dari katil itu namun Nada Humaira menahan. "Teman kan I malam ni boleh? I takut."
"Betul ni? You kan tak suka I..."
"Not today." Potong Nada Humaira.Noah Riaz kembali berbaring disebelah Nada Humaira. Selimut Nada Humaira dikemaskan lagi.
"Noah..."
"Nada, you tak nak panggil I Riaz lagi ke macam siang tadi?"
Nada Humaira buat muka pelik. "Bila masa I panggil you Riaz? Takde takde."
"Masa you peluk I you panggil I Riaz tau. Bukan sekali. Dua kali." Ujar Noah Riaz.
"Mustahil lah.""Betul lah. Ayat you macam ni. Riaz... Riaz. I takut." Semakin galak Noah Riaz mengusik Nada Humaira yang pipinya sudah merah.
"Eeeiiii!" Nada Humaira capai bantal lalu dia memukul Noah Riaz menggunakan bantalnya.
"Auw! Sakitlah, Nada!" Entah bagaimana malam mereka itu bertukar menjadi perang bantal. Sekurangnya mereka terlupa dengan kejadian tegang siang tadi.
....................
"Dah lama ke Ameer ugut you?"
"Lepas dia dapat surat pengesahan nikah kita. Dia kata I khianati dia." Gambar gambarnya ketika ke cafe untuk menemui Razif Othman itu rosak disimbah seperti cat merah."Dia nak bunuh I ke?"
"No, sayang. Dia takkan bunuh you tapi dia nak you." Ujar Noah Riaz.
Nada Humaira melepaskan keluhan. Dia bangun dari duduknya lalu mencapai kunci kereta.
"Nak pergi mana?"
"I nak tenangkan fikiran. Jangan ikut I."
Nada Humaira terus saja keluar dari rumah itu. Noah Riaz hanya mampu memandang. Dia tidak mahu memaksa Nada Humaira untuk kekal selamanya berada di rumah itu.
.....................
ALAMAT rumah yang tertera pada keratan kertas yang diberi Rayyan dibaca berulang kali oleh Nada Humaira. Dia memandang kiri dan kanan untuk memastikan dia tidak diikuti oleh sesiapa pun.
Bell door rumah James di tekan. Seorang wanita cina separuh abad membuka pintu utama.
"Hai. Saya Nada Humaira." Wanita itu membalasnya dengan senyuman. "Cik cari tuan James ke?"
Nada Humaira mengangguk. "Tuan James berada di Singapore sekarang ni. Tak silap saya dia balik ke sini lagi seminggu."
"Yeke? Bukan luck saya lah hari ni." Ujar Nada Humaira. Bawah bibirnya digigit perlahan.
"Cik ada nak saya sampaikan apa apa ke dekat Tuan James?"
"Oh! Boleh tak saya nak minta nombor James yang boleh saya hubungi? Sebab ada perkara urgent saya nak bincang dengan dia."
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomCinta itu boleh berubah menjadi dendam. Tapi boleh ke dendam itu berubah menjadi bahagia? Nada Humaira, menghilangkan diri selama 10 tahun setelah satu kejadian yang menimpa dirinya. Tanpa mengetahui perkara sebenar dan apa yang terjadi sebenarnya m...