Ep 5 - Are you crazy?

28 3 2
                                    

ORANG suruhannya memberikan alamat terakhir Nada Humaira kepada Ameer Uwais. Ameer Uwais melihat lalu wajah orang suruhannya itu dipandang.

"Cyberjaya? Dia buat apa kat sana?"
"Maklumat masih samar samar bos. Apa yang pasti dia bersama dengan Noah Riaz."

Ameer Uwais berdiri dari duduknya. Dia memerhati pemandangan Kuala Lumpur dari cermin ofisnya. Orang suruhannya kekal berdiri dihadapan mejanya tanpa bergerak seinci pun.

"Aku nak kau ikut pergerakkan dorang. Apa apa update dekat aku." Orangnya itu mengangguk faham dan berlalu keluar dari ofis Ameer Uwais.

Penumbuk dikepalnya kuat. Hati Ameer Uwais semakin terbakar dengan permainan yang dimainkan Noah Riaz ketika ini.
"Aku perlu dapatkan kepercayaan Nada semula Dan hancurkan hidup Noah Riaz sedikit demi sedikit."

Interkomnya berbunyi.

"Mr. James nak berjumpa dengan bos."
"Suruh dia masuk."

Beberapa detik kemudian, James masuk ke dalam ofis Ameer Uwais. Mereka berpelukkan seketika sebelum duduk.

"Makin maki company kau sekarang." Ujar James.

Even dia Chinese namun bahasa melayunya sangat baik dan fasih. Mungkin sebab Di bersekolah di sekolah kebangsaan sejak kecil.

"Biasa aje." Jawab Ameer Uwais.

"Tapi aku dengar kau kenakan company Noah sampai hampir nak bankrupt. Gila kejam kau sekarang." James seakan tidak percaya apabila mendengar rumours tu. Tak sangkah permusuhan Ameer Uwais dan Noah Riaz kekal sehingga sekarang. Baginya, kisah lalu tu seperti tidak masuk akal untuk digaduhkan lagi.

"Aku takkan berhenti selagi dia tak melutut depan aku." Balas Ameer Uwais. James menggeleng perlahan.

"Sebab perempuan 10 tahun lepas tu ke? Kau biar betul Ameer,"tebakkan James betul. Ameer Uwais bersandar pada kerusinya.

"Yup! Rancangan aku dah hampir berjaya kalau bukan sebab Noah muncul balik dalam hidup dia pasti sekarang aku yang bersama dia."

"Dah lah tu. Kau carilah perempuan lain. Ramai lagi bunga dekat KL ni yang kau boleh dapat dengan senang."

"Tapi hati aku nak dia, James! Aku tak boleh buat apa apa."

"Kau boleh, Ameer. Tapu dendam kau tu yang kesumat sekarang ni sebab tu kau tak boleh lepaskan dia. Kau perlu tahu apa yang kau nak sebenarnya!" Ameer Uwais pandang James.

"Dan aku nak Nada Humaira!"

James melepaskan keluhan berat. Entah apa yang nak jadi dengan kawannya itu. Dia pun terlibat dengan peristiwa malam 10 tahun lepas  tapi masa tu dia terlalu mentah dan ikutkan perasaan.

"Kau masih ada peluang untuk berubah, Ameer. Jangan sampai kau hilang semua yang kau ada sekarang ni."usai menghabiskan kata katanya, James keluar dari ofis tu meninggalkan Ameer Uwais.

Ameer Uwais mendengus.


......................



"I OUTSTATION beberapa hari. So, you tinggal je kat rumah ni. Ajak Adni sekali kalau tak berani tinggal sorang." Ujar Noah Riaz setelah mereka kembali ke KL dari Cyberjaya.

Nada Humaira memerhati kondo mewah Noah Riaz yang terletak di Bangsar itu. Sempat lagi dia search harga satu unit kondominium itu yang mencecah jutaan ringgit.

"Kondo ni arwah papa dan mama yang bagi sebagai hadiah I graduate dulu." Nada Humaira memandang Noah Riaz tidak percaya. "Uncle dengan auntie dah takde?"

Dia tidak sempat untuk berjumpa dengan mereka lagi setelah 10 tahun tidak bersua.

"3 tahun lepas, papa dan mama dari Amerika nak balik ke Malaysia.  Tapi flight dorang terhempas and never make it." Nada Humaira terdiam.

Dendam CintaWhere stories live. Discover now