Ep 6 - Mencari jawapan

23 3 0
                                    

SURAT Pemindahan saham syarikat Noah Riaz kini berada ditangannya. Dia berjaya memujuk beberapa orang pemilik saham di syarikat Noah Riaz dan meletakkan dia dikedudukan pemegang saham kedua.

Rancangan dia yang seterusnya adalah memaksa Noah Riaz memecat Noah dan menendangnya keluar dari syarikat itu. Ameer Uwais ketawa lepas. Puas hati dengan rancangannya setakat ini.


skip .....


"Bos! Saham syarikat yang lain dah dijual kepada Ameer Uwais. Pemilik Gala Holding. Puan Nada perlu isu kan untuk buat mesyuarat agong untuk perkara ni." Ujar Jackson. Noah Riaz memikirkan sesuatu. Terlalu awal untuk Nada Humaira diperkenalkan sebagai Pemegang saham terbesar syarikat tu.

"Jackson, saya tahu ni salah. Tapi guna nama saya untuk isu kan mesyuarat agong tu nanti. Pemegang saham yang lain belum boleh tahu tentang Nada Humaira." Arah Noah Riaz. Jackson hanya mengikut sahaja arahan Noah Riaz.


........................


NADA HUMAIRA menyusun barang barang basah yang dibelinya untuk mengisi dapur rumah Noah Riaz. Kimchi yang dibuatnya diletakkan ke dalam peti ais rumah itu.

Rumah itu juga sudah dibersihkan dan dihias  sedikit agar kelihatan lebih ceria. Kedengaran pintu rumah dibuka dari luar. Nada Humaira menjenguk kedepan untuk melihat.

Wajah penat Noah Riaz menghiasi mata Nada Humaira.

"Hai," sapa Noah Riaz.
"Hai,"

Mata Noah Riaz terpandang suasana rumahnya yang sedikit berbeza dari sebelum ini. Kemas dan ceria.

"I hias rumah you sikit sikit. Tambah sikit sikit." Ujar Nada Humaira sambil menyediakan makanan.

"Bagi I nombor account you nanti."

"Untuk apa?"

"Perabot yang lain ni."

"Biar jelah. You pergilah mandi dulu. I sediakan dinner." Ujar Nada Humaira.
"Yelah. You ni dalam marah berdendam dengan I jaga juga makan minum i." Nada Humaira menjeling Noah Riaz.

Makan malam yang berada diatas meja itu diperhatikan satu persatu oleh Noah Riaz. Banyaknya. Setahunya, dia tak sempat untuk membeli barang dapur lagi.

"Makanlah."

Noah Riaz mula menyudu makanan ke mulutnya. Beberapa kali kunyahan kemudian dia terhenti mengunyah. Nada Humaira memandangnya.

"Kenapa?"tegur Nada Humaira. Noah Riaz mengunyah semula. 'Telan jelah!'
"Takde apa. Adni tak duduk sini ke?" Noah Riaz mengalihkan topik.

"Dia teman sehari je hari tu."
Noah Riaz mengangguk faham lalu meneruskan makan. Nada Humaira ketap bibir melihat Noah Riaz yang masih makan makanan yang dimasaknya.

Dia tahu kenapa lelaki itu berhenti mengunyah tadi. Masin. Lauk yang dia masak masin. Ada yang lebih gula. Ada yang lebih rempah. Jujur ketika dia memasak tadi dia tidak merasa pun setiap hidangan.

Rasa bersalah mula menerpah diri. Sungguh pun dia melayani lelaki itu dingin dan kasar, Noah Riaz tidak pernah melukai hatinya. Seperti sekarang. Hatinya mula ragu dengan apa yang dia percaya selama ni.

Betul ke yang Noah Riaz dianiaya malam tu? Keputusan pemeriksaan doktor keatas dirinya turut mengesahkan yang tidak ada tanda tanda dia diperkosa tapi dia masih meraguinya. Rasa jijik pada diri sendiri itu masih menebal dalam diri.

"I dah kenyang." Nada Humaira bangun dari duduknya. Noah Riaz pelik. Setahunya Nada Humaira baru makan beberapa suap. Nasi di pinggan masih ada separuh lagi.

Dendam CintaWhere stories live. Discover now