MALAM itu Nada Humaira sibuk menyediakan air herba untuk Noah Riaz minum memandangkan suaminya itu selalu demam sejak beberapa bulan ni.
"Baby, you buat apa tu?" Noah Riaz datang menjenguk periuk yang digunakan Nada Humaira.
"Ni air herba untuk you minum. You kan selalu demam sekarang ni. So minum ni InsyaAllah antibody you meningkat. I dulu selalu minum sebab selalu demam je." Jelas Nada Humaira. Lincah tangannya menuangkan ke dalam gelas untuk diminum.
"Ye ke? Boleh percaya ke ni?"
"Mestilah boleh. Minum cepat before tidur." Gelas bertukar tangan. Noah Riaz menghidu terlebih dahulu sebelum menghirup perlahan.
"Pahitlah, sayangggg." Gelas itu diberikan semula kepada Nada Humaira.
"Minum baby. I tak nak lah you jatuh sakit lagi."
"Hmm... I nak tambah ais sikit boleh?" Nada Humaira mengangguk. Noah Riaz buka freezer lalu ais ketuk diambil lalu dimasukkan dalam gelasnya tadi.
Sekali lagi Noah Riaz menghirup air itu. Kali ini Noah Riaz menghabiskan air itu dalam sekali teguk saja.
"Better." Komen Noah Riaz sambil meletakkan gelas kosong itu diatas kaunter dapur. Nada Humaira senyum senang.
"You dah ngantuk ke? I nak cakap something ni." Ujar Nada Humaira. Noah Riaz jongket kening. "Not really. Nak cakap apa?"
"You duduk kejap. I nak ambik something kat bilik."
Noah Riaz duduk di sofa ruang tamu seperti yang dikatakan oleh Nada Humaira. Tidak lama kemudian Nada Humaira muncul bersama sampul surat ditangannya.
"I sebenarnya ada rahsia nak bagitahu you." Sampul surat itu diserahkan kepada Noah Riaz. Berkerut dahi lelaki itu.
"Apa ni?"
"Ni bukti penggelapan duit syarikat. I dah tahu siapa dalang." Noah Riaz mendongak memandang Nada Humaira yang duduk didepannya.
"How? I mean, macam mana you tahu siapa yang buat ni?"
"I siasat sendiri. Jumpa dengan bekas ketua akauntan you. Rasanya tu sebab Ameer hantar orang geledah rumah dan bilik I tapi lain pula yang dia jumpa." Gambarnya ketika sebelum dan selepas berjumpa dengan Razif Othman di sebuah cafe diberikan kepada Noah Riaz.
"Ameer suspect I ada buat something belakang dia and guess what? I actually did."
Noah Riaz letak tepi gambar dan bukti yang lain. Kedua tangannya memegang pipi Nada Humaira.
"Kenapa you suka risiko kan diri you ni? Sayang, you suka buat hati I tak tenang kan?" Nada Humaira tergelak.
"Buat kerja mestilah kena clean. Lagipun masa tu I kesian tengok you susah payah sampai demam semua tu. At least ni je yang I boleh tolong you."
"I tak faham. Kiranya Ameer suruh Razif gelapkan duit syarikat dan pindahkan duit tu dalam akaun Ameer? Akaun peribadi?" Nada Humaira mengangguk setuju dengan teori Noah Riaz.
"What a stupid guy. Dia tak fikir ke yang kalau dia pindahkan duit sebanyak tu masuk ke akaun dia dan kita dapat tahu pasal ni dia akan straight masuk jail?"
Noah Riaz speechless.
"Macam mana dia boleh percaya Razif takkan pecah tembelang pasal ni eh? RM3.5 million masuk ke akaun atas nama Ameer Uwais Bin Dato' Azran." Sempat lagi Noah Riaz melihat bukti transaksi yang diberi Razif Othman tempoh hari.
"Ameer ugut dia, sayang. Kalau Razif tak buat apa yang dia suruh dia akan bunuh family Razif. Takde pilihan, dia terpaksa gelapkan duit syarikat macam yang Ameer arahkan." Tambah Nada Humaira. Noah Riaz pandang Nada Humaira.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomCinta itu boleh berubah menjadi dendam. Tapi boleh ke dendam itu berubah menjadi bahagia? Nada Humaira, menghilangkan diri selama 10 tahun setelah satu kejadian yang menimpa dirinya. Tanpa mengetahui perkara sebenar dan apa yang terjadi sebenarnya m...