NOAH Riaz menarik Nada Humaira masuk ke dalam ofisnya. Sebelum itu sempat lagi dia meminta diri dengan yang lain.
"Cuba bagitahu I you sorok apa pula ni?" Soal Noah Riaz setelah pintu ofis dikunci. Mahu tidak mahu terpaksalah Nada Humaira keluarkan cek tunai hasil dia menjual galerinya tadi.
Berkerut dahi Noah Riaz melihat. "Cek apa ni?"
"Actually, I dah jual galeri I."
Buntang mata Noah Riaz. "Kenapa jual?"
"I nak tolong you. Proses lepas ni you perlu banyak pakai duit. Lagipun nak start balik syarikat ni dari bawah susah sayang. So, I nak tebus salah I sebelum ni. You ambik eh?"
"I takkan ambik duit you tu. Kenapa buat macam ni, Nada? Galeri tu impian you selama ni." Tanpa sedar suaranya sudah naik sedikit. Nada Humaira terdiam. Dia menunduk memandang jari sendiri.
Keluhan berat dilepaskan oleh Noah Riaz. Jemari Nada Humaira dicapai lalu digenggam.
"I'm sorry okay? I bukan tak hargai duit you tu tapi you dah banyak sangat tolong I selama ni. You kan sayang galeri tu. Kalau pasal proses mahkamah apa semua lepas ni takpe, Nada. I masih ada simpanan lagi."
"Betul ni?" Nada Humaira meminta kepastian.
"Betul, sayang."
"Kalau macam tu..." Nada Humaira bangun menghampiri potret lukisan Noah Riaz ditunding. "...I nak beli lukisan ni balik. Mana aci you beli lukisan diri you sendiri."
Noah Riaz ketawa lepas.
"Ambiklah sayangggg. So, sekarang you nak buat apa?"
Cek tunai itu diambil.
"Tak tahulah. Dah you tolak duit ni I pun tak sure nak buat. Tapi I rasa I boleh buat something kot dengan duit ni.."
"Apa dia?"
Noah Riaz menongkat dagu sambil memerhati Nada Humaira.
"I nak buat bisnes online je. Bina laman web sendiri and jual lukisan lukisan I secara online. Lagipun customer I tak tahu lagi pasal galeri tu. Nak buka galeri balik pun macam susah je nak cari tempat. Harga semua dah lah mahal." Noah Riaz angguk faham dengan plan Nada Humaira.
"You kan chairman Noah Group even sekarang ni syarikat tengah ada financial problem tapi still kaya lagi. Kalau tak pun, you guna lah duit I." Ujar Noah Riaz.
"Takkanlah I nak guna duit company you. Mana boleh macam tu. I nak usaha sendiri dulu. Apa yang penting sekarang you kena settle kan hal company ni dulu.""Sure? Okay. Lunch, bos?" Nada Humaira tergelak apabila Noah Riaz memanggilnya bos.
......................
AMEER Uwais didapati bersalah oleh mahkamah untuk semua pertuduhan dan dikehendaki membayar ganti rugi kepada Noah Group dan segala hartanya disita oleh pihak berkuasa. Noah Riaz menghelah nafas lega. Setelah beberapa kali turun naik mahkamah akhirnya semuanya dah selesai.
Ting!
'Riaz, nak kena check apa je ni?' - Nada Humaira
Nada Humaira menghantar gambar fail yang perlu mendapatkan approval dari dia. Tapi sebelum tu dia perlu check satu persatu isi kandungan sebelum turunkan sign.
'Tunggu I balik. Jap lagi I ajar you.' - Noah Riaz
"JACKSON! Dah siap ke bunga dengan hadiah tu?" Soal Nada Humaira. Jackson mengangguk pantas.
Hari ini adalah hari yang gembira buat mereka. Noah Group sudah semakin pulih, projek yang pending dan dibatalkan sebelum ini akhirnya dapat berjalan seperti biasa. Encik Razif Othman juga diambil semula menjadi ketua akauntan Noah Group.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomCinta itu boleh berubah menjadi dendam. Tapi boleh ke dendam itu berubah menjadi bahagia? Nada Humaira, menghilangkan diri selama 10 tahun setelah satu kejadian yang menimpa dirinya. Tanpa mengetahui perkara sebenar dan apa yang terjadi sebenarnya m...