Ep 7 - Bukti

27 3 1
                                    

BEBERAPA keping gambar yang ditangkap oleh orangnya dilihat satu persatu. Gambar Nada Humaira keluar dari Gleneagles, galeri, rumah dan sebuah cafe.

Ameer Uwais membandingkan dua gambar di tempat yang sama. Sebelum Nada Humaira masuk ke cafe itu dan semasa keluar dari cafe tu.  Sampul surat bersaiz A4 yang dibawa Nada Humaira keluar dari cafe itu menarik perhatiannya. Telefonnya diambil.
"Rio, aku ada kerja untuk kau."



.........................



"Riaz, I nak cakap sikit..." Noah Riaz berhenti melangkah untuk masuk ke biliknya. Sedikit pun dia tidak menoleh.
"Sorry... I penat sangat hari ni nak gaduh dengan you." Noah Riaz terus melangkah masuk ke biliknya tanpa menanti balasan Nada Humaira.

Nada Humaira menunduk melihat sampul yang dipegangnya itu.


Bilik Noah Riaz......

Noah Riaz merebahkan tubuhnya atas katil setelah membersihkan diri. Dia sangat penat hari tu dengan masalah yang bertimbun seolah tiada penyelesaian. Matanya dipejam.
"Riaz."

Matanya kembali terbuka. Dia baru perasan sesuatu. Nada Humaira memanggil dia seperti dulu. Riaz. Hanya Nada sahaja yang memanggilnya dengan nama Riaz. Tanpa sedar dia koyak senyum nipis.



Skip....



Hujung minggu itu Nada Humaira pulang ke rumah keluarganya. Selalunya keluarganya itu yang sering melawatnya di sana kali ini dia mahu mengejutkan kedua ibu bapanya itu.

"Ya Allah budak ni! Balik tak bagitahu. Nasib baik ibu dengan abah takde rancangan nak pergi mana mana."bebel ibu yang terkejut melihat Nada Humaira sudah tercegat dihadapan pagar rumah mereka seawal pagi lagi.

"Rindu ibu dengan abah lah." Nada Humaira memeluk ibunya erat.

"Abah tak balik lagi dari masjid. Ada perjumpaan ahli jawatankuasa masjid tu. Ni, suami kamu mana?"soal Ibu.

"Kat kl."

"Budak ni. Noah tahu tak kamu balik sini?"

"Nada dah tinggalkan nota pagi tadi. Ibu, masaklah kari ayam. Nada teringin nak makan ni." Ibu menggeleng kepala. "Ibu tak sempat nak beli bahan lagi ni nak masak kari."

"Jomlah kita keluar beli!" Ajak Nada Humaira tak sabar.

"Kamu ni tak menyempat kenapa. Tak lari supermarket tu. Ibu nak cuci pinggan kat dapur tu dulu." Nada Humaira sengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Lapar lah ibu. Nada tak breakfast pagi tadi. Pinggan tu nanti Nada tolong ibu basuh eh? Jom jom."
Ibu menggeleng. Perangai anaknya ni memang tak pernah berubah!




.........................




Noah Riaz merenyuk renyuk nota yang ditinggalkan oleh Nada Humaira. Geram betul dia. Balik Kajang tak bagitahu dia. Hilang macam tu je.

"Haih.. Apa aku nak masak ni?"

Dia buka peti sejuk. Beberapa bahan basah dikeluarkan. Ayam dipotong kecil kecil sebelum diperap dan disalut dengan tepung bestari. Kemudian ayam digoreng di atas kuali sehingga keemasan.

Noah Riaz menyediakan bahan untuk membuat kuah buttermilk. Bahan bahan lain ditumis bersama butter sehingga kekuningan dan susu cair dimasukkan. Setelah itu dia memasukkan tepung jagung dan terakhir sekali ayam goreng.

Perutnya sudah berbunyi minta diisi. Noah Riaz menghidangkan buttermilk chicken yang sudah siap. Rice cooker dibuka.

"Haish!" Dia menumbuk dadanya sendiri.  Sungguh dia terlupa untuk memasak nasi tadi. Frust!

Dendam CintaWhere stories live. Discover now