"Riaz..." Pintu bilik Noah Riaz diketuk beberapa kali. Sejak mereka balik semalam lelaki itu langsung tidak keluar dari bilik.
"Riaz, you okay ke?"
NOAH Riaz yang berbaring di atas katil hanya membiarkan ketukan pada pintu biliknya. Frame gambar di tepi katil diambil.
"Mama dengan Papa dah happy ke kat sana? Noah masih berjuang kat sini. Maafkan Noah sebab gagal jaga syarikat tu. Noah gagal pertahankan segala milik Noah.. Lepas ni Noah akan kehilangan Nada pula untuk sekali lagi. Apa yang Noah kena buat sekarang ni mama? Papa?"
Frame gambar itu dipeluk erat.
"Noah rindu sangat. Kenapa awal sangat mama dengan Papa pergi? Noah takut sendiri."
Airmatanya yang mengalir dibiarkan saja. Kepalanya juga berat sangat ketika itu. Mata dipejam membiarkan kesakitan yang dirasai berlalu pergi.
.....................
Noah Riaz membuka matanya. Berbahang. Namun seketika sejuk mula dirasainya dan dahinya seperti lembab oleh sesuatu.
"Riaz, you dah bangun?"
Suara Nada Humaira menerpah gegendang telinganya. Dia memandang Nada Humaira yang duduk dibirai katil.
"Macam mana you masuk sini?"
"I guna kunci pendua. I risau sebab I panggil you tak menyahut pastu you takde makan apa langsung selain kuey teow." Jujur Nada Humaira. Noah Riaz mengambil tuala yang berada atas dahinya lalu diletakkan dalam bekas kecil disebelahnya.
"Elok elok. " Nada Humaira membantu Noah Riaz untuk duduk. "I ada masakan bubur ayam. You makan eh?"
Noah Riaz hanya mengangguk. Nada Humaira meniup terlebih dahulu bubur itu sebelum menyuap Noah Riaz.
"You tak pergi galeri ke? Kata nak tengok galeri dengan Adni."
"Siapa nak jaga you? Galeri tu tak kemana pun. Lagipun Adni ada tolong tengok tengokkan."balas Nada Humaira. Noah Riaz mengamati wajah Nada Humaira.
"Jangan layan I baik sangat Nada.."
"Tapi kenapa..?"
Noah Riaz menolak bubur ditangan Nada Humaira perlahan. 'I takut I tak mampu nak lepaskan you pergi.' namun kata kata itu hanya keluar di hatinya saja.
"Riaz..."
"Keluar dari bilik ni, Nada. I need a space." Dingin suara Noah Riaz. Nada Humaira tersentak dengan perubahan drastik Noah Riaz.
"You ni kenapa, Noah? Setiap kali ada yang jadi mesti you halau I macam ni. Kenapa I tak boleh layan you baik? Bukan ni ke yang you harapkan selama ni? I tengah cuba. I tengah berusaha untuk percayakan you, Noah." Nada Humaira jeda. Dia tidak mahu menangis dihadapan Noah Riaz lagi.
Noah Riaz diam. Dia tahu kalau Nada sudah memanggilnya Noah bermakna isterinya itu marah. Wajahnya langsung tiada riak ketika itu. Seakan tiada apa Yang berlaku.
"I tak faham dengan you ni!"
Nada Humaira keluar dari bilik Noah Riaz. Noah Riaz tertunduk. Pipinya kembali dibasahi airmata. "I'm sorry, Nada. I'm so sorry."
SUDAH tiga hari mereka tdk bertegur sapa. Nada Humaira seperti mahu mengelak daripada Noah Riaz. Dia akan keluar dari rumah sebelum Noah Riaz bangun. Kadangkala dia akan balik ke rumah lamanya bersama Adni.
Petang tu, Noah Riaz hnya makan kimchi yg dibuat Nada Humaira. Hanya dengan makan kimchi tu aje dia dapat ubatkan rindunya kpd Nada Humaira. Tengah dia menikmati makanannya, Nada Humaira masuk ke dapur bersama sebuah bungkusan. Mereka sama-sama terkejut. Awkward.
Nada Humaira meletakkan bungkusan tu dekat dgn Noah Riaz.
"Ibu kirim cekodok tu."pendek aje. Nada Humaira berpaling tapi belum sempat dia atur langkah tangannya disambar. Nada Humaira kaku.
"I rindukan you sangat."
Nada Humaira tahan sebak. Dia tak boleh berlama di situ jika tidak mesti airmatanya terlalu murah.
"I nak jumpa Adni dulu." Nada Humaira lepaskan tangan. Noah Riaz senyum pahit.
ADNI memujuk Nada Humaira. Sungguh dia terkejut apabila Nada Humaira datang ke situ dan terus memeluknya tadi.
"Akak ni macam beria nak cari kebenaran tapi dia langsung tak nampak semua tu. Akak cuba nak percayakan dia, Adni. Akak dah cuba..."Nada Humaira teresak tangis.
"Akak janganlah nangis macam ni. Abang Noah tak sengaja tu nak buat akak macam ni. Dia mesti ada reason sendiri."Adni memeluk Nada Humaira dan menggosok belakang Nada Humaira.
...................
"Aku tak tahu nak buat apa lagi. Makin aku nak jauhkan diri aku dari dia makin aku rasa sakit."luah Noah Riaz. Kyle angguk faham. Noah Riaz mengurut belakang tengkuknya.
"Aku... Aku tak boleh nak berpisah dengan dia. Silent treatment yang jadi ni cukup menyeksa aku. Aku tak tahan.."
"Noah, cuba slow talk dengan dia. Kalau kau buat macam ni bukan kau aje yang terseksa tapi Nada rasa yang sama. Dari apa yang kau cerita ni Nada betul-betul tengah cuba. Aku tahu dia pun sayangkan kau."
Noah Riaz senyum nipis. Dia tak nak hilang Nada macam 10 tahun lepas. Dia tak boleh...
Noah Riaz menerpah masuk ke galeri milk Nada Humaira. Semua pekerja ditanya untuk dia tahu di mana Nada Humaira.
"Puan Nada kata dia balik Kajang. Family matter."ujar pembantu peribadi Nada Humaira. Noah Riaz senyum kepada pembantu peribadi Nada Humaira dan pergi.
Masuk sahaja Noah Riaz dalam kereta. Dia terus menghubungi Nada Humaira. Beberapa saat menunggu panggilan putus. Noah Riaz pejam mata dan menyandarkan kepalanya pada kerusi. Telefon masih ditekap pada telinganya. Noah Riaz buka matanya.
"Aku yang beria suruh dia pergi and sekarang aku pula yang resah tak tentu pasal."Noah Riaz memandu keluar keretanya tu.
................
"Nada, Noah datang ni!"suara ibu kedengaran. Nada Humaira diam membatu dibiliknya. Dia tahu Noah Riaz datang sebab lelaki tu ada menghantar mesej kepadanya. Tapi dia tak ada hati nak jumpa.
IBU dan abah hanya menggeleng. Puas mereka memanggil Nada Humaira tapi langsung tidak didengari.
"Kamu dah makan ke, Noah? kalau belum ibu panaskan lauk untuk kamu."
"Tak apalah ibu. Saya belum rasa nak makan lagi."
"Kamu ni sama aje dgn Nada tu. Langsung tak nak makan."Noah Riaz kerut dahi. "Dia tak makan?"
"Tak. Sejak dia sampai sini pagi tadi sampai petang ni dia tak makan lagi. Ibu risau nanti dia sakit pula."
"Biar saya yang panggil dia ya, ibu?"Ibu angguk. Noah Riaz naik ke bilik Nada Humaira.Dia berdiri depan bilik Nada Humaira. Tangannya mengetuk bilik Nada Humaira perlahan.
"Nada.. you tak nak keluar ke?"Noah Riaz bersandar pada pintu bilik Nada Humaira dan duduk.
"I nak cerita dengan you macam selalu..." Nada Humaira bangun dan bergerak ke pintu biliknya. Dia turut duduk sama seperti Noah Riaz. Kini hanya pintu yg memisahkan mereka.
"Can you hear me?"Soal Noah Riaz.Nada Humaira yang berada di sebelah sana hanya angguk.
"You nak tahu satu rahsiah tak? Sebenarnya i tak suka you masak sebab tak sedap. You masak kadang kadang lebih garam macam macam lagilah..."Nada Humaira tersenyum sikit. Dia dah agak.
"... You cuma reti buat kimchi aje. Tu I salute sebab kimchi you memang best! makanan yang you masak selain kimchi semua kelaut..." kutuk Noah Riaz. Nada Humaira cebik.
"...tapi i tetap makan apa yang you masak sebab you dah cuba untuk masak. You masak aje walaupun tak sedap. I tahu you masak dengan ikhlas. Itu satu rahsia i yang I bocorkan." Noah Riaz menyandarkan kepalanya.
"I tahu I zero banyak bab tentang cinta or whatever that call tapi i nak cakap i sayangkan you. I tak harapkan you lupakan apa yang berlaku dulu tapi terima kasih sebab cuba untuk percayakan I."Nada Humaira diam sahaja mendengar.
"Nada Humaira.. I love you.."
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomCinta itu boleh berubah menjadi dendam. Tapi boleh ke dendam itu berubah menjadi bahagia? Nada Humaira, menghilangkan diri selama 10 tahun setelah satu kejadian yang menimpa dirinya. Tanpa mengetahui perkara sebenar dan apa yang terjadi sebenarnya m...