NADA Humaira dan Noah Riaz sibuk melayan tetamu yang hadir sempena hari pertunangan Adni dan Rayyan.
Rayyan yang baru selesai untuk sesi bergambar dengan Adni mendekati mereka berdua.
"Tahniah, bro! Tak sangka nak jadi adik ipar aku rupanya kau ni." Sempat lagi Noah Riaz mengusik Rayyan. Nada Humaira tertawa perlahan.
"Kecik je dunia ni. Tengok kau dengan Nada, 10 tahun tak jumpa alih alih jadi suami isteri." Mereka bertiga ketawa lagi. Noah Riaz menepuk perlahan bahu Rayyan.
"Thanks. Tanpa kau dengan yang lain tolong aku sebelum ni rasanya Nada masih tak nak kat aku sampai sekarang ni." Ujar Noah Riaz. Rayyan senyum.
"Kau sahabat aku kan. Apa guna kawan kalau tak boleh nak tolong kawan kan? Orang yang patut kau ucap terima kasih tu patutnya kat Nada tau. Dia punya berani nak tahu juga kebenaran aku memang tabik. Beruntung kau dapat Nada tau! Ameer tu sampai ke sudah meroyan tengok kau dengan Nada. Kan, Nada?"
Nada Humaira senyum lalu mengangguk setuju.
"Tapi tak tahulah kalau orang tu rasa beruntung ke tak." Tambah Nada Humaira pula. Noah Riaz mencebik sebelum memeluk bahu Nada Humaira mesra. "Mestilah beruntung! Apa tak beruntungnya."
"Betul eh? Kalau tak I sunat you kali kedua!" Ugutan Nada Humaira disambut tawa Noah Riaz. Dalam tawa sebenarnya seriau juga dia dengar!
Rayyan tersengih melihat pasangan itu. Dalam hatinya berharap tak ada apa lagi yang jadi antara mereka. 10 tahun sudah cukup lama untuk mereka memendam perasaan.
"Rayyan, ajak keluarga yang lain makan dulu sebelum balik." Suara abah kedengaran. Rayyan angguk.
"Haahlah. Eh, makan makan. Kau jangan balik selagi tak makan eh." Ujar Noah Riaz.
"Ya, ya. Korang teman lah aku makan sekali. Segan lah."
"Nak segan apa? Kau tu dah selangkah nak masuk keluarga ni. Tak payah nak segan sangat." Bidas Noah Riaz.
"Terharu aku." Rayyan buat mimik seakan ingin menangis.
"Dah, dah. Jom makan. Ajak family kau." Rayyan akur.
....................
WEBSITE yang dibina oleh Nada Humaira untuk tujuan pembelian lukisannya secara atas talian mendapat sambutan yang hangat dari pelanggan pelanggannya sebelum ini di galeri dan pelanggan baru. Ada juga pelanggan yang menempahnya lukisan mengikut kehendak mereka sendiri selain lukisan lukisan yang memang sedia ada.
Nada Humaira tersenyum. Jari jemarinya mula menari diatas kertas lukisan untuk menyiapkan tempahan yang ada.
"Baby girl, I ada buat air untuk you." Noah Riaz masuk ke bilik itu bersama segelas teh hijau kegemarannya.
"Thank you." Teh hijau itu diteguk agak rakus sehingga habis. Noah Riaz menggeleng sebelum membersihkan bibir Nada Humaira yang comot.
"Comot!"
"Hehe. Sedap air ni you bancuh."Puji Nada Humaira. Gelas kosong itu diletakkan atas meja sebelum dia kembali fokus menyambung lukisannya yang terbantut tadi.
Noah Riaz turut memerhati lukisan yang baru separuh jalan itu.
"Cantiknya, sayang."
"Terima kasih."Kembang Nada Humaira dipuji. Noah Riaz tersenyum sinis. "I puji lukisan you, sayang. Bukan you."
Nada Humaira menjeling. Bibirnya dicebik.
Chup! Bibir Nada Humaira menjadi mangsa ciuman Noah Riaz.
"Suka sangat cebik bibir tu kan. Geram betul I!" Kali ini pipi Nada Humaira pula jadi mangsa cubitan Noah Riaz.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomCinta itu boleh berubah menjadi dendam. Tapi boleh ke dendam itu berubah menjadi bahagia? Nada Humaira, menghilangkan diri selama 10 tahun setelah satu kejadian yang menimpa dirinya. Tanpa mengetahui perkara sebenar dan apa yang terjadi sebenarnya m...