Ep 11 - Sorry

35 3 0
                                    

"Noah, kenapa kamu duduk kat lantai ni?"soal ibu. Noah Riaz bangun. "tak ada apalah, ibu."

"Nada masih tak nak keluar? Haih, budak ni." Ibu ketuk pintu bilik Nada Humaira. "Nada, Suami kamu kat sini ni. Bukalah pintu ni."Nada membatu di dalam bilik. Dia masih belum ada niat untuk berjumpa Noah Riaz.
"Nad..."
"Ibu. Takpelah kalau Nada tak nak jumpa saya. Hmm.. Saya nak kena balik KL. Ada hal penting."
"Tidur sini, Noah. Bahaya drive malam malam ni." Ujar abah yang baru naik ke atas. "Nada Humaira Binti Norman! Buka pintu ni! Ke nak abah pecahkan?"suara abah tegas.
"Bah..." Noah Riaz cuba menegah namun abah menyuruhnya diam.
"Nada, Kenapa susah sangat kamu nak maafkan dia? Macam macam dah ibu dan abah nampak dia korbankan untuk kamu. Jangan sampai kamu menyesal nanti."ujar abah lagi.
"Abah, takpelah. Noah balik dulu ya?" Setelah bersalam dengan kedua mertuanya itu dia terus turun ke tingkat bawah.

Abah ketuk lagi pintu bilik Nada Humaira kali ini lebih keras.

"Jangan sampai kamu menyesal Nada. Noah tu dah banyak sangat berkorban untuk kamu."

NOAH Riaz melepaskan keluhan perlahan. Dia penat sebenarnya untuk drive lagi tapi takkan dia nak tinggal di situ jika isterinya sendiri tidak sudi bertemu dengannya.

Kereta mula bergerak namun terhenti apabila seseorang mengetuk cermin keretanya. Nada Humaira berdiri diluar dengan pyjama tidurnya.

Pantas dia membuka pintu keretanya. Ikutkan hati mahu saja dia memeluk tubuh kecil itu namun dia tahu Nada Humaira takkan menyukainya. Namun sesuatu mengejutkannya apabila Nada Humaira mencapai tangan kanannya lalu dicium lembut.

"Dah lewat ni nak drive. Lagipun you tak makan lagi kan?" Noah Riaz yang masih terkejut hanya mampu mengangguk.

Nada Humaira senyum. "I panaskan lauk eh? Kita makan."

Nada Humaira mematikan kereta Noah Riaz lalu kunci kereta dipegangnya.

"Kunci kereta you I pegang. Nanti you tinggalkan I pula." Noah Riaz tertawa. Begitu juga dengan Nada Humaira.

Skip.......

"I nak minta maaf sebab I masak sebelum ni tak sedap."

Noah Riaz yang sedang mengunyah nasi terdiam sekejap. Habis saja dia menelan dia berdehem.

"Sorry mulut I lancang sangat." Nada Humaira tergelak perlahan.

"Tapi I pandai masak kuey teow kegemaran you tau."

"Really? I nak rasa boleh?"

"Boleh. Breakfast esok I masak yang penting you tidur sini lah kalau tak I tak nak masak untuk you." Ugut Nada Humaira. Pecah tawa Noah Riaz di situ. Nasiblah hanya mereka berdua di dapur ketika ini.

"Asalkan you tak halau I dari bilik I okay je." Balas Noah Riaz. Nada Humaira mencebik bibir. "Hello, you eh yang selalu halau I."

"Sorry sayang. Banyak eh salah i kat you."

"Banyak! Nanti I nak denda you." Noah Riaz senyum gembira melihat perubahan Nada Humaira. Wanita itu sudah tidak seperti awal awal mereka berjumpa dulu.

"Denda apa?"

"Ada lah." Jawab Nada Humaira berselindung lagi. Dia meletakkan lagi lauk ayam masak merah ke dalam pinggan Noah Riaz.

"Makan sayang. Takkan I je you nak suruh makan." Kali ini giliran Noah Riaz meletakkan lauk ke dalam pinggan Nada Humaira.

Abah dan ibu yang bersembunyi disebalik dinding senyum melihat anak menantunya.

"ABAH nak cakap sikit kat dengan Noah boleh?"tegur abah yang duduk di ruang tamu seolah menanti Noah Riaz.

Noah Riaz meletakkan beg yang berisi pakaian sparenya di lantai lalu mengambil tempat di sebelah abah.

Dendam CintaWhere stories live. Discover now